I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger

Jumaat, 22 Jun 2012

Our Way after SPM..


Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan Fatin tinggalkan blog ni, akhirnya muncul kembali...
This is my first entry for this year. Believe it or NOT?
You have to... :)

So, what I have to share with you after that long break?
Nothing much, but important.

First of all, I am SPM candidates. So, siapa siapa yang calon-calon SPM jugak tu, meh la luang sikit masa baca entry ni...nak share share sikit ni...
As SPM candidates, kita dah tak banyak masa untuk main-main and what-so-ever-lah.
So, please start from now untuk mulakan usaha anda. (Bagi mereka yang masih lalai, yang dah lama start or semalam start tu, tahniah untuk korang).
I have a question for you (if you are SPM candidates).

Apa rancangan awak selepas keluar result nanti? Nak pergi "mana"?

Haaa...cepat cepat jawab! Sebab saya masih tak dapat nak jawab. masih kurang jelas.
So, siapa siapa yang ada masalah macam saya ni, here is the solution...  -> SOLUTION

Ini adalah link untuk korang cari maklumat yang tepat daripada sumber yang tepat mengenai halatuju selepas SPM.
Now, awak tanya diri awak what you want to be in future? Decide now. Luangkan sedikit masa untuk masa korang.
Then, dapatkan maklumat mengenai kerjaya yang pilih daripada right person.
Here, we can get it. InsyaAllah, they will help us.


Here are some of advice I got from some people.. it might be useful for all of us.

- Bila nak pilih course, kerjaya, universiti, or sebarang tawaran yang awak dapat jangan duk ikut member.

- Pilih bidang yang awak betul-betul suka buat, kalau tak awak mungkin akan berhenti sekerat jalan dan tak dapat nak bersaing dengan orang yang lagi hebat yang betul-betul mahu.

- Jangan takut hilang kawan, contohnya, awak ikut kawan awak pilih masuk matriks/Asasi/form 6 (contoh saje) sedangkan awak nak pilih bidang lain, so awak dah silap langkah. Bukan apa takut tak boleh berundur, so say 'tata' kat impian awak. Its okay untuk berpisah, bila dah lama nanti awak akan jumpa kawan baru. Bila dah jumpa kawan baru, kena pandai pilih kawan yang elok-elok. (How if we desperate?..huhu...insyaAllah tak!)


Okay-lah setakat itu sahajalah kita hari ni yep!...Fatin harap semua ni berguna untuk korang semua. And jadikan kepayahan dan kesukaran dalam mengha dapi SPM ini sebagai challenge untuk kita. InsyaAllah disebalik setiap kesukaran pasti ada kemudahannya.

Titipan dari hati ke hati,
Apa yang penting adalah kita berusaha, kerana kejayaan sebenar adalah kejayaan kita berusaha, bukan diukur pada pencapaian kita. Dr. Mohd Shafie Md Amin Al-Muqri ada menyatakan dalam penulisnya beliau bertajuk Yang Dicapai Bukan Kejayaan melalui majalah Q&A, "..mana mungkin kita diukur dan dinilai berdasarkan perkara yang di luar kawalan kita (yakni hasilnya)."

Beliau menerangkan bahawa Allah S.W.T. mengukur kejayaan manusia berdasarkan perbuatan bukan apa yang dicapai berdasarkan firman Allah:

"(Allah) Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya (yakni perbuatannya bukan pencapaiannya)."
(Al-Mulk 67:2)



Untuk baca lebih lanjut mengenai penulisan Dr. Mohd Shafie Md Amin Al-Muqri  , korang boleh cari dalam majalah Q&A, isu #05 (versi ke-5 gitulah kot, hehe), page 7.
SO, semoga Allah bersama kalian dalam SPM nanti. Janji solat jangan tinggal yeee kenkawan. InsyaAllah, amin.

Selasa, 20 Disember 2011

Doamu...

.
jika ALLAH S.W.T ''MEMAKBULKAN'' doaMU..
Maka ALLAH S.W.T ''MENEGUHKAN'' kepercayaanMU kepada ''NYA''....

jika ALLAH S.W.T ''MENANGGUHKAN'' doaMU.....
Maka ALLAH S.W.T menguji ''KESABARAN'' MU...

jika ALLAH S.W.T tidak ''MEMAKBULKAN'' doaMU....
Maka ALLAH S.W.T telah mrancang sesuatu yang''LEBIH BAIK'' buatMU...

jadi jgn buruk sangka dgn Allah yer..:)

Selama ni..
Banyak perkara yang minta kepada Allah S.W.T. , Allah makbulkan.
Alhamdulillah...
Gembira sangat..daripada perkara-perkara yang kecil sehinggalah perkara-perkara yang besar.
Boleh dikatakan, kebanyakkan doa saya Allah S.W.T. makbulkan.
Kadang-kadang terdetik jugak dalam hati saya kenapa mudah sangat untuk dimakbulkan. Rupa-rupanya itulah apa Allah S.W.T. inginkan. Alhamdulillah. :D


Korang tahu tak kenapa doa seorang ibu adalah yang paling mudah termakbul.
Hal ini adalah kerana seorang ibu terlalu kasih akan anaknya berbanding orang lain. Maka doanya lah yang paling makbul.
Apabila telah tertutup mata ibumu, maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah S.W.T. iaitu doa seorang ibu.

Jumaat, 9 Disember 2011

2 kali Masuk Dapur.

Assalamualaikumu semua... :)

How are you? Hehe...semoga semua sihat walafiat OK..
Entry kali ni just nak cite-cite je... barang siapa mahu membacanya di alu-alukan.. :D

Pelik je tajuk tu kan?? 2 kali masuk dapur? Sape tu? Haha. <Its me>
Hari ni dah masuk kali ke-2 saya duk dapur dalam minggu ni. Kali ke-2, maksudnya kali ke-2 main masak-masak. Bukan maksudnya sebelum ni tak pernah masuk dapur..hehe..(tapi ada jugak betulnya sikit2 tu,lalala~ ^^) tapi...2 kali tu maksudnya mencuba resepi-resepi barat...

Hari tu ada buat spaghetti...hehe..Alhamdulillah...menjadi jugak. Cuma tekak ni tak mampu nak telan banyak-banyak, so makannya ciputtt je. Punya la beriya-iya nak buat, last-last alahai ciput je makan. Tapi hari saya ngan emak memang tak makan nasi. Abah and adik-adik pun tak suka makanan camni. Tekak sambal belacan lah katakan. Kah3..Emak je yang makan. Katanya dah sedap, tapi bagi saya kurang. Maybe campak belacan sikit baru power... :D

Hari ni pulak buat pizza...haa! Resepi kali ni saya suka. Bukan main lenguh tangan duk menguli tadi. Saya tenyeh-tenyeh doh tu dalam 30 minit kot. Pastu saya bakar (jemur) dia tengah panas. Kasi kulat-kulat yeast tu mengamuk, kasi dia tumbuk tepung tu jadi doh yang kembang bulat bergolek. Haa! baru puas hati ni. Haha.
(Kejam je bunyi nye. Sekali sekala.. ^^) Hehe.

Adunan tadi saya buat dalam 4 cawan tepung, dapat 4 keping pizza...intinya ada 2 jenis, bertema seafood & ayam.

Nyum3!!! Pakat duk makan...tu pun rasa cam tak cukup. Haih! Family saya ni badan bukan besar pun, tapi perut macam semut. Huhuhu~

Hm! Nanti-nanti saya sharekan photo dan resepinya OK!..

That all for now. ^_^




Khamis, 24 November 2011

Kenapa aku yang menderita??! [muhasabah]

Biasa sangat dalam masyarakat kita dengar orang mengeluh kenapa aku yang diuji, kenapa aku kena terima semua ni, kenapa aku bukan dia dan macam-macam ragam lagi. Istighfar wahai saudara saudariku. Hati-hati ketika berbicara. Jangan mempersoalkan sesuatu hal yang sudah ditakdirkan Allah S.W.T..

MUHASABAH...

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

...................................................

RINTIHAN

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~

*ilmu yang dikongsi daripada teman mukabuku. :)
ilmu ini dan peringatan ini adalah untuk diri saya juga. InsyaAllah sama-sama kita berpusu-pusu menuju syurga Allah S.W.T..

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com