I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label Food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Food. Papar semua catatan

Rabu, 16 November 2011

Kenali Cendawan

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Itulah ungkapan untuk artis-artis baru sekarang ni. Hehe.
Tapi kita bukan nak cakap pasal artis sekarang nih, tapi mengenai cendawan. Tadi saya duk search internet cari resepi pasta, spaghetti...and dalam resepi tu banyak guna cendawan, macam-macam jenis ada, cendawan tu la cendawan ni la. Hm,  saya ni manalah kenal jenis-jenis cendawan ni, memang 'buta cendawan' la. So saya pun search la kat internet. And alang-alang menyeluk pesakam biar sampai pangkal lengan kan? Huhu.(saya salah mengeja tegur ye..hihi)

So, saya kongsikan sidikit dapatan daripada 'kajian' beberapa jam depan laptop ni dengan korang. Mana tau nanti-nanti dah berkeluarga, mak mentua ke, isteri ke, mintak belikan cendawan inoki, korang tak kenal pulak (seperti fokus kepada lelaki je nih, hihi). So meh sini saya tunjuk beberapa jenis cendawan yang boleh dimakan. Semoga berguna untuk korang jugak ilmu ni. Jom survey sekejap. =D



~ HOHOHO ~
RAMAINYA BERMINAT NAK TAU PASAL CENDAWAN YE! 
MAI DEKAT! MAI DEKAT! hehe...
Inilah dia ~
kat bawah gambar tu nama cendawan tu ya~ jangan silap tengok plak. :)


CENDAWAN INOKI



 

CENDAWAN BUSUT



`

CENDAWAN GERGASI/GIANT
 (pelik aje name dia-sebabnya dia memang 'giant', besar in size)



Semacam bola golf je kan? huhu..

CENDAWAN BUTANG



Ini cendawan tiram putih. 
Haa...yang ini tak tahu cendawan tiram apa..huhu..
Tapi nampak macam cendawan tiram putih. (memandai je kan?)
Ini pun macam cendawan tiram putih. Hehe.
CENDAWAN TIRAM




CENDAWAN TIRAM KELABU

Excuse me, saya mencelah sekejap ye. Nak kasi tau cendawan tiram ni ada 3 jenis:
- Cendawan tiram putih
- Cendawan tiram kelabu
- Cendawan tiram abalone

Continue lagi ya! hehe...



CENDAWAN SHIITAKE/HIOKO
(Hioko adalah dalam bahasa Jepun.)




CENDAWAN KUKUR




CENDAWAN LING ZHI
(Juga kenali sebagai: Ganoderma lucidum, ia merupakan cendawan herba, klik untuk lebih info.)




Haaa...kat sini saya kongsikan jugak sebuah resepi untuk korang manfaatkan. Masakan berasaskan cendawan. Klik aja ya! (Tapi saya belum cuba lagi) Moga enjoy ~

Ini pulak blog rujukan mengenai cendawan.Huhu.

Setakat ni sajalah, harap bermanfaat. =D

Jumaat, 20 Mei 2011

Watermelon Juice !

 
 Assalamualaikum,
Hari ni cuma nak share Juice Watermelon je. Kenapa erk? Saje je, maklumlah sekarang ni musim panas sikit kan, so why not hilangkan dahaga dengan minuman ni kan. Lagipun saya memang suka masak memasak cuma malas. Haha.

Tengok gambaq2 ni, sedap tak??! Hehe, tak sedap tak pe lah.
Ni saya sendiri buat.
 So, nak kongsi sikit camne nak buat ae.

Ingredients:
Buah tembikai.
Air mineral / air kosong la.
Gula.
Ice.

Apparatus (cam buat peka sains pul0k) :
Mesin pengisar.
Papan pemotong.
Pisau.

First korang just potong buah ni jadi tiga segi gitu, ambil isi dia sahaja. Ikut kreativiti korang la asalkan bleh ambil isinya, k. Kuantiti bergantung pada korang la nak buat air banyak mana and sepekat mana. Kalau saya, guna 1/4 daripada buah tu untuk buat 1 jag air ni.

Second, korang masukkan dalam mesin pengisar, letak air mineral sikit, and gula. Then, korang kisarkannya. Apabila siap, tuangkan kedalam gelas, campur air sikit, kot kot la manis sangat ke or pekat sangat ke. Ikut selera masing-masing, siap je letak ice.

Lastly ready to drink. Cuba try letak ice cream float. Agak-agak sedap tak? Hmm...rasa ok jugak an. Jom try buat. Hehe. That's all for today k.



Sori pic ni tak rotate lagi.

Aik! da habes da? hehe..

Rabu, 16 Mac 2011

Sagong ! What is 'sagong' ??!

Haaa! Korang mana-mana yang nak tahu apa itu sagong/sagon!    (spell in ganu word)
Inilah dia!  Yang berbalut kertas kaler merah, pink, kuning, and hijau tu...macam-macam colour dia ada. Isinya sama je.

Hahaha~ pelik semacam je kan bunyi name dia...
Tulah, eden nak sebut pun jadi teragak-agak, takut korang tak faham..

but 'sagong' is a FOOD ok! From Terengganu, negeri kelahiran ambe, setahu saya la, maybe because sagong adalah makanan tradisi sebab tu korang anak-anak muda tak tahu kot!
And maybe negeri lain pun ada jugak. So, you know la sekarang ae bahwa sagon is food.


Okkeh, inilah antara gambar-gambar nya..
For sure guys, bukan dari En.Google ae..sebab korang tak kan jumpa kalau cari mende nih!
Eden jamin 100%
(Pandai-pandai je, padahal tak cari lagi, hak5)
K, ni saya ambik sendiri gambar and upload. 


Alahai Cik Grrr! entry apa ni???
Alahhaiii youuu ni entry sal visit Terengganu And Food laaa...
Hahaha
Kalau korang cuti-cuti ni ada pi lawat Terengganu, belilah kat Pasar Payang tu belambak la.
Makanan ni dibuat daripada isi kelapa yang dikupas (ye ke kupas? not sure la), but dalam tu ada isi kelapa and tepung beras, digoreng-goreng tanpa minyak, then ada la dimasukkan sugar jugak.

Makanan ni cam debu la tapi ada cam hapas nyior (kelapa), bukan hapas yang orang dah perah santan tu, okay.

yang debu-debu cam atas kertas tu la..(haha, malunya, letak atas kertas je)
tak pe lah, still bleh nampak kan? (malunya,tak pro langsung)

Eiii sound tak sedap laa...
Haha, cuba try test la dulu!
Lepas tu baru cakap, okay?
Camne boleh buat entry pasal ni nih??
Camni!
Sebab, yesterday la saya pergi kat Pasar Payang tengok ramai orang mai Ganu, maklumlah musim cuti kan, dorang tak de pun beli makanan ni (sagong), maybe dah ada kat nogori deme kot!..
Anak-anak muda, ini lah sagon.

Cara makan dia, bukak kat bahagian yang tak de rambu-rambu kertas tu, kalau dah makin kurang, boleh koyakkan kertas tu sampai la jadi pendek-pendek, so you can eat easily laa. (Tips)


Tak femes dats why tak beli kan?..mesti kenal pun tak kan!

(Kira makanan tradisi gak 'sagong' ni tahu??!)

Eh! Cik Grrr, sodap ko makanan tu??
Alahaiii was-was lah pulak dia ni...

Makanan ni, sedap la. Kalau tak, tak kan lah i beli, well, taste masing-masing kan, Im orang Ganu, so i like laa..
Macam keropok lekor, selain daripada orang ganu, orang lain tak makan keropok lekor yang tak digoreng! (keropok lekor rebus)

Hahaha~ awat??? korang ingat tak di masak ke?
Keropok tu di masak lah! Direbus dulu...
Then pastu, kalau rasa nak goreng baru lah goreng...

 Saya ada aunt, dia orang Johor,  ditanya why tak makan keropok rebus??
Sebab tak masak!

Hahaha ~
Mana ada tak masak, kitorang masak laaa...

Tak pe, tak pe...masing-masing punya pendapat, tapi itulah realitinya.

And you all kalau  nak beli sagong ni, make sure yang baru okkeh, baru sedap, kalau yang dah lama tu memaang gerenti tak sodap!
Rasa tengik (tak reti nak terang).

Harga : MURAH MUARAH - RM1 -BLEH DAPAT 5!
haha, promote kasi laku jualan mak cik-mak cik kat Pasar Payang.

p/s: okay thats all, for evening ni, and, to all readers, silalah add saya di facebook okay!
boleh kita chat ke, lagipun memang dah lama tak online kat account tu..
(saja nak meramaikan kenalan dalam laman sosial fb ni!)

tq to everyone yang jadi follower and read my entry, dun forget komen la sikit
hehehe..

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com