I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger

Khamis, 21 April 2011

Menanggani Pelajar Bermasalah

Pelajar bermasalah ni macam-macam halnya. Letih, jenuh menegur...tapi nak buat macam mana, sekolah ada undang-undang kena laksana, untuk disiplinkan belia, bakal pemimpin negara.

Hari saya ada jugak dengar pasal Kem Fasilitator, saya berminat sesangat, but tak terpilih, nak buat macam mana bukan rezeki sayalah tu, but daripada Kem Kepimpinan lain yang saya join, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin.

Perkara tersebut termasuklah :


1) Meletakkan satu standard disiplin yang diingini.


2)Bertindak dengan segera.


3)Siasat dan berbincang sebelum bertindak.


4)Fahami prosedur dan tindakan disiplin yang betul.


5)Berikan hak membela diri.


6)Pastikan adanya langkah susulan.


7)Usaha yang berterusan bagi memastikan masalah selesai.



But, i think better seandainya, kita cuba menyelami dan memahami situasi yang dialami pelajar tu. Ada guru dia terus hukum pelajar tu. Kadang-kadang semua yang dilakukan pelajar tu ber'reason' dan ada yang tak bersalah. Lebih kita memahami, lebih mudah kita nak membaiki perumitan tu. Tak gitu?

Seringkali saya tengok cikgu duk marah, tengking, denda pelajar, macam pelajar tu tak de air muka. Yes, i know, dorang macam tak serik-serik. Tapi keras sangat. Bukan sorang dua, hampir keseluruhan. Jadi, makin bengang lah pelajar ni. Kalau yang pelajar 'keras', cikgu pun ber'keras' semua patah.

Tapi, tidak dinafikan pengurusan sekolah pun bagus, pelajar ni dihantar ke bilik kaunseling. Tapi, setiap kali ke kaunseling, dorang cakap cikgu duk play tape yang sama. Yela, ada yang menjadi, tapi ada yang terlalu sukar menerima (degil sikit) diorang cakap dah boleh hafal nasihat-nasihat cikgu kaunseling buat karangan.

So, macam mana nak atasi masalah ni agaknya??!
Moral decline makin merungsingkan.


Berpakaian Untuk Wanita

Dulu saya dah buat berpakaian untuk lelaki ....so, sekarang untuk kaum hawa pulak! Beres tak? Kui3...

Okkeh Jom, I make it simple okay :

- Elak gunakan kain yang berkilat. Duk tengah panas, tup tup terpancar kat mata pemandu motor, kereta, tak pasal2 kena marah..hehe. Mean, majlis rasmi jangan pakai kain berkilat.

- Jangan terikut-ikut fesyen.

- Pakai pewangi yang lembut. Agar tidak terlalu menusuk hidung, dan tidak merimaskan orang sekeliling, kalau awak tu jenis tak berbau, tak payah pakai la. Kan3?!

- Jangan pakai pakaian satu warna sahaja. Bak kata orang, kalau baju biru tu, seluar biru, kasut biru, lipstick biru, eyshadow, blusher, senang citer semua birulah, pelik tak? haha..lawak la. But, jangan melebihi 3 warna. Ini untuk somthing like majlis rasmi laaa...

- Pilih warna ikut kesesuaian kulit anda, kalau kulit gelap sikit tu, pakai lah pakaian yang warna terang sikit, mean bukan warna gelap lah, takut tak nampak periang, or ceria. And kulit pun bleh nampak cerah sikit kalau pakai warna cerah. (Bukan majlis rasmi)

- Apabila bersolek, jangan keterlaluan, ikut majlis adn jangan over sangat, okay. Sampai lain jadinya daripada muka asal. Ishk3, tak patut3...

- Seandainya anda bertudung, pakailah tudung yang kemas, labuh menutup dada dan belakang badan anda, tidak terlalu jarang sehingga menampakkan leher dan tidak seperti biarawati Kristian. Faham? Ok. Tudung 'groove' jangan dipakai untuk majlis rasmi.

- Sekiranya tidak memakai selendang, ikat rambut kemas-kemas dan jagalah kebersihan rambut, dan pastikan tidak berbau hapak. Rambut pulak warnanya janganlah melampau, sampai merah menyala, takut saya. Pastu rambut perempuan pendek nampak macam lelaki. Dosa. (Tak pakai tudung pun satu hal, larangan Allah kita ikut, ada hikmatnya.)

p/s:  Okkeh, itulah serba sedikit...ini setakat saya tahu, tanyalah yang lebih pakar.

Sabtu, 9 April 2011

Cintamu wanita..



Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah.

“...Wanita lebih baik dan unggul dr lelaki dlm soal cinta. Wanita lbih mndlm cintanya dr lelaki, lbih ikhlas dlm cinta dn lbih bsar pngorbanannya demi cinta. Wanita juga byk menanggung pnderitaan dlm cnta brbnding llki...” "...Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka...


"Milikilah insan yang apabila kamu pandang wajahnya kamu ingAtkanALLAH, apbila kamu dengar kata-katanya ilmu tentang ISLAMbertambah, apabila kamu lihat kelakukannya kamu teringatkanAKHIRAT dan apabila kamu bercakap denganya kamu berusaha untuk BERTAUBAT..."


Daripada: http://syazwaniblog.blogspot.com."

Rabu, 6 April 2011

OMK !!! (oh mak kau)...

OMK!!!
Saya malu laa..

Tadi saya tengah memasak kat dapur duk buat jemput (know what jemput?) and goreng donut. Then someone datang, so adik saya ni dia baru dari bilik air, dia suruh saya pergi tengok kat luar ada orang datang. Dah tengah syok duk kacau adunan nih, terpaksa laaa tinggalkan sekejap.

Pastu saya kedepan rumah, and chit chat sikit dengan perempuan tu. First tu dia tengok saya pelik jee..ishk apahal kan??! Macam something wrong laa, but buat derk je..huhu.

Dia tanya ni rumah dot dot dot ke? saya cakap a'a yela, betullah tu, kanapa ? Rupanya dia tengah cari rumah sewa kat area ni, dia tanya, kat kawasan ni ada rumah sewa tak? But, saya dengar bilik sewa. Pastu saya ingatkan dia bertanya pasal bilik sewa yang abah saya buat tu. Then, saya cakaplah "oww, bilik tak siap lagi.". Dia cakap, "tak pe lah bulan depan pun boleh,saya nak tengok dulu." Hairanlah saya dibuatnye, kalau bilik sewa ni biasanya orang nak sewa cepatkan? right on time. Dia tanya, kat mana tu? Saya cakap kat sana sambil tunjuk arahnya, i just say, "kat sana, dekat taman....bla3".  Kebetulan mak and abah tak ada kat rumah. Then dia kata, awak ikut saya lah, tunjuk tempat tu, naik kereta saya."

Tanpa syak wasangka terhadap perempuan tu akan menculik saya or what, i said, okay. sekejap ae. Then I call my father, cakap sepatah dua and adik pun kasi kunci bilik, saya pun keluar, masuk dalam kereta dia. Dia cakap, kereta bersepah sikit, lebih kurang camni ayat dia..."kereta ni sepah sikit, maklumlah orang bekerja." sambil-sambil kutip barang atas kusyen kereta. Saya masuk.

Saya sembang la sekejap ngan dia, tanya, "Akak ni kerja apa?" yelah dah cakap orang bekerja. Dia bahasakan diri dia Zam, Kak Zam. Then dia pun pusing kereta dia kat simpang depan rumah saya, and saya borak2 sikit, tanya asal dari mana and bla2. Then dia cakap, "Akak dah dari pagi tadi cari rumah sewa kat kawasan ni, tak jumpa2. Akak kerja buat insuran, akak bukak syarikat kat tepi kedai katil mr.X." Dia nampak keletihan je.

Saya pun, aik??! " Akak cari rumah sewa ke bilik sewa? yang saya nak tunjuk ni bilik sewa."

Dia pun, "HAAA??!!,akak dah berkeluarga, akak nak cari rumah sewa bukan bilik sewa."

Saya pun, join HAAA!!! jugak laa. Mak aih, awat tak sensitif sangat telinga den ni. Alamak dah silap la. Nasib baru pusing kereta.

Then dia berhenti depan rumah saya, saya pun cakap, jap saya call abah saya.
Then saya kasi cakap ngan perempuan ni. Aduhai, dalam hati aku, malu laaa... ishk, dah siap naik keta dia lagi, camna la ni. Saya tanya macam mana boleh kenal abah saya ni, dia cakap jiran saya yang bagitau. Ishk3.

Then, right on time, abah saya sampai rumah, "Haaa, tu abah saya dia dah balik." Aish, at same time gak, saya ambik phone saya and ambil no kak zam tu. Then, and keluar, at same time cakap "sori r kak, saya silap dengar.". Dia cakap, "tak pe.". Dia pun borak dengan abah saya. Abah saya cakap, tak pe lah nanti saya bagitahu kalau ada rumah sewa kosong. Then she thanks my father and went.



jeput manis(ganu bahasa)




Pastu i give her number to my father, and masuk balik dalam rumah, sambung masak and makan makanan tu banyok2, Huh, malu lah jugak. Tak patut, tak patut. Ahh!

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com