Astarghfirullaha'zim !
Takut rasanya melihat keadaan negara kita sekarang.
Saya sangat berharap agar rakyat Malaysia berfikir dengan baik dan mampu membuat pertimbang yang wajar berdasarkan syariat Islam dalam memilih pemimpin negara.
Pilihlah pemimpin melalui sifat-sifat kepimpinan dan tauladannya...
Bukan kerana pengaruhnya, bukan kerana raut wajahnya, bukan juga kerana keterpaksaan.
Paling penting pemimpin itu haruslah
berpegang kuat pada agama tauhid. ( agama Islam )...
Yakinlah apabila kita menegakkan hukum Allah, Insya Allah, Allah akan melindungi kita...
Tidak perlu ada rasa risau dan sangsi, terhadap kekuasaan Allah S.W.T. kerana Allah itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Mengatahui, Maha Adil, Maha Penyayang, dan banyak lagi, rujuklah pada 99 nama Allah S.W.T.. (jangan sekadar mengetahui namanya, tapi hayatilah dan amatilah dengan teliti melalui penzahiran-Nya pada dunia ini...)
Kuasa Allah tiada tandingan lain, kerana Allah Maha Esa, Tuhan yang satu... Tuhan seru sekalian alam. Tiada siapa yang dapat melawan kekuasan-Nya. Yakinlah. Insya Allah, Allah akan membantu hamba-hamba-Nya yang berjihad pada jalannya.
Pemimpin juga yang hebat adalah pemimpin yang berakhlak hebat.
Janganlah kita takut untuk menjalankan hukum Allah S.W.T..
Sebagai pemimpin tanggungjawabnya besar, bukan hanya di atas dunia semata-mata. Namun, kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...
Samada kita amanah atau tidak segala pembalasan akan dibalas pada hari akhirat.
Dan tahukah siapa yang berkuasa pada hari pembalasan tersebut?! Allah S.W.T. . Termaktub dalam kalam Allah, Al-Qur'an, dalam surah Al-Fatihah, ayat 4. Sesungguhnya Al-Qur'an adalah kitab yang benar. Tiada siapa yang mampu menciptanya, kecuali Allah S.W.T. .
Dan, beruntunglah
para pemimpin yang adil, kerana mereka termasuk dalam 7 golongan yang akan
mendapat naugan daripada Allah S.W.T. di akhirat kelak. Tahukan kalian?! Bahwa, manusia akan dihimpunkan di padang masyar selama 300 tahun akhirat. 1 tahun akhirat tidak sama tempohnya 1 tahun dunia. Di sana manusia tidak akan mati lagi. Seazab mana pun tidak akan ada dapat lari, nak menyorok kat mana?... Kalau atas dunia, bolehlah bunuh diri kan, sebab tak tahan hidup. Tapi kat akhirat, nak bunuh diri ke? Cubalah, tapi manusia takkan matiii... jadi, sedarlah bahwa naugan Allah itu begitu besar nilainya pada akhirat kelak.
Dek kerana amanah kalian wahai pemimpin tersangatlah besar, maka ganjaran untuk kalian juga besar. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
Tidak kira samada pemimpin negara, sekolah, syarikat, mahupun rumahtangga. Itulah janji Allah. Allah tidak akan sesekali memungkiri janji-janjinya.
Contoh terbaik sebagai tauladan adalah Nabi Muhammad S.A.W.
Lihatlah bagaimana kepimpinan beliau dalam memimpin Madinah dan Mekah. Juga rakyatnya yang pelbagai agama. Namun, keadaan negara begitu baik...melalui pemerintahan beliau. Subhanallah.
"Manusia itu akan mengikut cara hidup pemimpin mereka"
"Action speak louder than words"
Dengan ini, saya mohon agar setiap ahli bagi sesebuah organisasi mahupun sesiapa sahaja, berpegang teguhlah pada agama Allah S.W.T. dalam setiap hal, setiap keputusan, dan setiap tindakan. InsyaAllah kita akan dapat membuat keputusan yang paling tepat dan diberkati. Setiap hal niatkan lah kerana Allah S.W.T.. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.
Saya mohon maaf sekira tersinggung hati dan perasaan sesiapa, namun tujuan saya hanya untuk menyampaikan sedikit ilmu. Agar kita sama-sama beringat.
Segala yang baik ambillah sebagai pengajaran, segala yang buruk ditinggalkan.
Segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T. . Segala kekurangan datang daripada saya sendiri.