I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 27 Januari 2011

Layan !

jom layan....hik hik hik










Dream.. ~

selepas solat magrib tadi aku duduk termenung..
tingkap bilikku dibuka luas..
angin malam ni bertiup kuat..
nyaman nya..

detik hatiku "alangkah indah nya jika dapat kudengari suara seorang laki-laki bergelar suamiku mengaji pada waktu begini?"

detik hatiku lagi "alangkah seronoknya melihat orang tersayang mengajar anak-anakku mengaji?"

bila lah semua ni akan terjadi?..
beginikah jadi nya atau.... sebaliknya?
Insya Allah suatu hari nanti...aku mahukan seorang suami yang soleh =)
bersama putera puteri yang solleh dan solehah..

=p tak salah doa kan??

langit gelap membiru..
bintang-bintang berkerdipan..
Subhanallah...cantiknya...indah nya...



Ya Allah, mesti best kalau dapat tengok bintang-bintang ni dengan dekat...
kalaulah aku dapat jadi angkasawan macam Sheikh Muzaffar (dah la handsome! hehe)..

Gambar kahwin Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bersama Dr. Halina
tahniah akhir nya bersatu jugak!
tak pe lah, paling kurang pun kalau dapat guna teleskop pun jadi lah!...


~mimpi ku bakal jadi kenyataan~
hik hik hik
amin.


Kuasa Allah !

dari jauh aku merenung ke hadapan..
indah nya dunia Allah..
indah nya hidup..

mengenai langit yang di cipta tinggi..
tak pernah ke korang fikir??

jelas tertulis qalam Allah..
" Dan langit telah di tinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan itu, agar kamu jangan merusak keseimbangan itu, Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu."

(Ar-Rahman,ayat 7- 9)


Allah Maha Bijaksana

Sabtu, 22 Januari 2011

HElp ME!!! anyone please!

Alhamdulillah, akhir nya dapat jugak saya bukak balik account blogger ni, dah lama tak buka sejak few weeks bukak sekolah dah tak ingat password.

Alhamdulillah, naseb bleh jumpa balik bila bukak laptop lama...syukran syukran ya Allah..

Okkeh, cerita terbaru dari Cik Grrr is, I got tawaran SBPI !!!
Woww tak sangka betul la laku jugak my PMR sijil kan?...alhamdulillah...

But, masalah sekarang ni, I tak tahu samada nak pergi or tak...

First, takot biler pi sana, cara belajar tak sama, susah nak ikot, maybe laju sangat ke...and ketinggalan, SPM pun down! (nooo!)

Second, takot tak tahan balik semula ke sekolah lama, malu laaa...but, kalau kerna hostel tu, Insya Allah I tak kesah, I try my best nk sesuai kan diri...

Third, still sayang school lama la...

Istikharah dah buat dah, and now, i have to think!

SO???....anyone can you help me, to make thid decision, opinion pun jadi la...anyone ada citer sal SBP ni boleh share kat sini, okay?...thank ypu so much!

Khamis, 6 Januari 2011

Promosi Maksiat Dan Buka Aib Sendiri

Sedikit kutipan dari entry ni...untuk direnung bersama...


Promosi Maksiat Dan Buka Aib Sendiri | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.
Justeru, jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalahSENYAP DAN SEMBUNYIKAN.
Ia bukan hipokrit! Tetapi ia dituntut oleh Allah dan rasul-Nya dan usahakan bertaubat.
Hipokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya.
Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik.
Rasulullah bersabda :
"Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah."
[Dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syeikh (Al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh Al-Zahabi.]
Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor yang diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahu ihukum dan kaedah pemulihan.
Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan.
Di dalam sebuah lagi hadis disebutkan :-
Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : "Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini?" Lalu jawab lelaki itu: "Ya Wahai Tuhan.." dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : "Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya." - Riwayat Al-Bukhari
Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebagainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.
Kesimpulan
Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah.
Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

Seloka : Cinta Di Mata Remaja | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Seloka : Cinta Di Mata Remaja | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.
Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.
Ada yang kata cinta itu,
C - cinta
I - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... macam tu la gayanya...
Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.
Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.
Mula-mula bercinta semua cantik di mata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai...

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com