I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

Our Way after SPM..


Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan Fatin tinggalkan blog ni, akhirnya muncul kembali...
This is my first entry for this year. Believe it or NOT?
You have to... :)

So, what I have to share with you after that long break?
Nothing much, but important.

First of all, I am SPM candidates. So, siapa siapa yang calon-calon SPM jugak tu, meh la luang sikit masa baca entry ni...nak share share sikit ni...
As SPM candidates, kita dah tak banyak masa untuk main-main and what-so-ever-lah.
So, please start from now untuk mulakan usaha anda. (Bagi mereka yang masih lalai, yang dah lama start or semalam start tu, tahniah untuk korang).
I have a question for you (if you are SPM candidates).

Apa rancangan awak selepas keluar result nanti? Nak pergi "mana"?

Haaa...cepat cepat jawab! Sebab saya masih tak dapat nak jawab. masih kurang jelas.
So, siapa siapa yang ada masalah macam saya ni, here is the solution...  -> SOLUTION

Ini adalah link untuk korang cari maklumat yang tepat daripada sumber yang tepat mengenai halatuju selepas SPM.
Now, awak tanya diri awak what you want to be in future? Decide now. Luangkan sedikit masa untuk masa korang.
Then, dapatkan maklumat mengenai kerjaya yang pilih daripada right person.
Here, we can get it. InsyaAllah, they will help us.


Here are some of advice I got from some people.. it might be useful for all of us.

- Bila nak pilih course, kerjaya, universiti, or sebarang tawaran yang awak dapat jangan duk ikut member.

- Pilih bidang yang awak betul-betul suka buat, kalau tak awak mungkin akan berhenti sekerat jalan dan tak dapat nak bersaing dengan orang yang lagi hebat yang betul-betul mahu.

- Jangan takut hilang kawan, contohnya, awak ikut kawan awak pilih masuk matriks/Asasi/form 6 (contoh saje) sedangkan awak nak pilih bidang lain, so awak dah silap langkah. Bukan apa takut tak boleh berundur, so say 'tata' kat impian awak. Its okay untuk berpisah, bila dah lama nanti awak akan jumpa kawan baru. Bila dah jumpa kawan baru, kena pandai pilih kawan yang elok-elok. (How if we desperate?..huhu...insyaAllah tak!)


Okay-lah setakat itu sahajalah kita hari ni yep!...Fatin harap semua ni berguna untuk korang semua. And jadikan kepayahan dan kesukaran dalam mengha dapi SPM ini sebagai challenge untuk kita. InsyaAllah disebalik setiap kesukaran pasti ada kemudahannya.

Titipan dari hati ke hati,
Apa yang penting adalah kita berusaha, kerana kejayaan sebenar adalah kejayaan kita berusaha, bukan diukur pada pencapaian kita. Dr. Mohd Shafie Md Amin Al-Muqri ada menyatakan dalam penulisnya beliau bertajuk Yang Dicapai Bukan Kejayaan melalui majalah Q&A, "..mana mungkin kita diukur dan dinilai berdasarkan perkara yang di luar kawalan kita (yakni hasilnya)."

Beliau menerangkan bahawa Allah S.W.T. mengukur kejayaan manusia berdasarkan perbuatan bukan apa yang dicapai berdasarkan firman Allah:

"(Allah) Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya (yakni perbuatannya bukan pencapaiannya)."
(Al-Mulk 67:2)



Untuk baca lebih lanjut mengenai penulisan Dr. Mohd Shafie Md Amin Al-Muqri  , korang boleh cari dalam majalah Q&A, isu #05 (versi ke-5 gitulah kot, hehe), page 7.
SO, semoga Allah bersama kalian dalam SPM nanti. Janji solat jangan tinggal yeee kenkawan. InsyaAllah, amin.

Rabu, 16 November 2011

Kenali Cendawan

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Itulah ungkapan untuk artis-artis baru sekarang ni. Hehe.
Tapi kita bukan nak cakap pasal artis sekarang nih, tapi mengenai cendawan. Tadi saya duk search internet cari resepi pasta, spaghetti...and dalam resepi tu banyak guna cendawan, macam-macam jenis ada, cendawan tu la cendawan ni la. Hm,  saya ni manalah kenal jenis-jenis cendawan ni, memang 'buta cendawan' la. So saya pun search la kat internet. And alang-alang menyeluk pesakam biar sampai pangkal lengan kan? Huhu.(saya salah mengeja tegur ye..hihi)

So, saya kongsikan sidikit dapatan daripada 'kajian' beberapa jam depan laptop ni dengan korang. Mana tau nanti-nanti dah berkeluarga, mak mentua ke, isteri ke, mintak belikan cendawan inoki, korang tak kenal pulak (seperti fokus kepada lelaki je nih, hihi). So meh sini saya tunjuk beberapa jenis cendawan yang boleh dimakan. Semoga berguna untuk korang jugak ilmu ni. Jom survey sekejap. =D



~ HOHOHO ~
RAMAINYA BERMINAT NAK TAU PASAL CENDAWAN YE! 
MAI DEKAT! MAI DEKAT! hehe...
Inilah dia ~
kat bawah gambar tu nama cendawan tu ya~ jangan silap tengok plak. :)


CENDAWAN INOKI



 

CENDAWAN BUSUT



`

CENDAWAN GERGASI/GIANT
 (pelik aje name dia-sebabnya dia memang 'giant', besar in size)



Semacam bola golf je kan? huhu..

CENDAWAN BUTANG



Ini cendawan tiram putih. 
Haa...yang ini tak tahu cendawan tiram apa..huhu..
Tapi nampak macam cendawan tiram putih. (memandai je kan?)
Ini pun macam cendawan tiram putih. Hehe.
CENDAWAN TIRAM




CENDAWAN TIRAM KELABU

Excuse me, saya mencelah sekejap ye. Nak kasi tau cendawan tiram ni ada 3 jenis:
- Cendawan tiram putih
- Cendawan tiram kelabu
- Cendawan tiram abalone

Continue lagi ya! hehe...



CENDAWAN SHIITAKE/HIOKO
(Hioko adalah dalam bahasa Jepun.)




CENDAWAN KUKUR




CENDAWAN LING ZHI
(Juga kenali sebagai: Ganoderma lucidum, ia merupakan cendawan herba, klik untuk lebih info.)




Haaa...kat sini saya kongsikan jugak sebuah resepi untuk korang manfaatkan. Masakan berasaskan cendawan. Klik aja ya! (Tapi saya belum cuba lagi) Moga enjoy ~

Ini pulak blog rujukan mengenai cendawan.Huhu.

Setakat ni sajalah, harap bermanfaat. =D

Jumaat, 26 Ogos 2011

Tautan Kasihku buat Suamiku. (Bab 1)


Hari ni hari ke-2 terakhir ramadhan. “Ah!”, aku mengeluh keletihan penat memasak. Begitu cepat masa berlalu, belum puas dan belum cukup rasanya diri ini beribadah kepada Allah S.W.T.. Ramadhan bulan penuh keberkatan, penuh keampunan dan penuh kasih saying daripada Allah, Pencipta sekalian makhluk. Sukar sekali hati ini mahu melepaskan bulan ini pergi. Begitu sayu dan sedih.Hatiku menangis di dalam...namun InsyaAllah kupanjatkan doa agar bulan ini bukan bulan ramadhan terakhirku bersama suami dan anak-anak kami yang tercinta.


Selesai sahaja berqiamullail dengan suamiku, aku duduk di sofa dalam bilikku mengadap keluar tingkap bertemankan lampu meja. Suasana diluar begitu tenang diterangi lampu jalan yang suram. Sedang asyik aku membelek-belek buku resepi kuih raya sambil mengelamun, datang suamiku menenegurku, “Sayang, mana anak-anak? Semua dah tidur ke?”. “Ya bang, semua dah tidur, lepas je sahur  tadi terus je masuk bilik, maklum lah hujan, sejuk sangat, tidur la mereka.”. Aku mengalihkan kusyen disebelahku untuk suamiku duduk lalu dia baring di atas ribaku.  “Awak buat apa tu? Dari tadi duk membelek buku tu dari depan ke belakang, dari belakang ke depan, dah tertunggang tebalik buku tu awak belek.”. Aku ketawa kecil, lucu rasanya dengan dialog suamiku. “Ishk, abang ni, tak koyak lagi buku ni, saya cari resepi kuih raya yang sesuai lah bang, nanti saya nak buat sendiri tau dengan anak-anak, boleh lah abang rasa air tangan anak-anak abang sekali.”.  “Bertuahnya  abang diberikan isteri yang rajin dan pandai memasak macam awak ni tau, syok jugak ni, boleh abang rasa air tangan anak-anak kita,kan kan kan?.” Aku ketawa geli hati mendengarnya. “Syukur Alhamdulillah kita ditemukan jodoh ya abang. Kalau lah dulu saya jenis keras kepala tak nak ikut pilihan mak abah untuk jodohkan kita berdua, alamatnya, tak merasalah abang air tangan saya ngan anak-anak.”. “Ishk awak ni !” sambil memicit hidungku, perlahan suamiku bangun mendakapku. “Seandainya Allah telah menetapkan jodoh hamba-hambanya, maka akan bertemu dan besatu juga akhirnya tau, walau bagaimana cara sekalipun, namun, walau sekuat mana sekali pun ikatan pasangan kekasih hamba tu, kalau dah tak ada jodoh tak bersama jugak. Ber’couple sepuluh tahun pun, menghabiskan ‘boreh’ aje, hati dinodai nafsu, semua jenis dosa pun dikutipnya. Segala kasih dicurah habis, ada yang berkahwin namun tidak bahagia. Kenapa? Semuanya dah diberi sebelum waktu, bila tiba waktu yang tepat, sudah tiada apa-apa yang menarik. Tidak kurang yang berkasih namun putus ditengah jalan, akhirnya tunggang langgang lah hidup mengejar kekasih yang bukan jodohnya macam buku kat tangan awak ni, tengok dah nak koyak, mengalahkan anak-anak la awak ni.”. Suamiku ketawa puas hati berjaya mengusikku.“Abang!, ishk, betul cakap abang. Hamba Allah bukan dilarang untuk bercinta, cuma perlu sabar sedikit je dan tunggu waktu yang tepat. InsyaAllah, beroleh pahala dan rahmat Allah beserta berkat untuk selamat dunia akhirat. Alhamdulillah abang, saya dapat suami yang baik dan soleh macam awak. Rajin beribadah, penyanyang, baik, sopan, dan paling penting suka mengusik.”. Kami ketawa bersama, begitu seronok bergurau senda.Dulu sebelum kami diijab kabul, aku tidak pernah membayangkan peribadinya yang mampu menceriakan hari-hariku kerana perwatakannya yang begitu alim dan tegas. Aku juga tidak pernah mengenalinya, aku cuma berdoa agar ditemukan dengan seorang suami yang soleh dan baik disamping menjaga pergaulanku.


Seketika aku berdiam, lalu aku merenung jauh ke dalam mata suamiku, matanya sungguh menenangkan hatiku, begitu sayu rasanya, Ya Allah,aku begitu mensyukuri nikmat dan rezeki yang Engkau berikan kepadaku, begitu besar nikmatMu, Engkau telah kurniakan daku seorang suami yang soleh untuk melengkapkan sebahagian imanku dan sebagai pemimpin keluargaku ke syurga firdaus kelak, Syukur Alhamdulillah Ya Allah, Subhanallah. Aku masih berzikir memuji Allah S.W.T.. Tanpaku sedar suamiku mengesat lembut pipiku. Aku kehairanan lalu bertanya, “Mengapa abang?.”. “Kenapa awak menangis Khairunisa?.”.  “Ah!, betul ke, abang,...saya begitu cinta pada abang, namun jauh disudut hati saya juga takut, cinta saya terhadap abang akan melebihi daripada yang sepatutnya.”. “InsyaAllah sayang, abang doakan cinta sayang terhadap abang tidak akan melebihi cinta sayang kepada Allah S.W.T., selagi kukuh cinta kita terhadap Allah, dan selagi kita menggerakkan cinta kita diatas landasan cinta Allah, abang yakin, cinta kita akan tetap utuh buat selama-lamanya. InsyaAllah sayang, percayalah pada abang.”. Suamiku membelai rambutku dan mencium ubun-ubunku. Aku begitu terharu, lalu aku mencium tangan suamiku. “Amin. Abang, thankyou so much, saya juga doakan agar cinta kita sentiasa diberkatiNya, esok abang free tak?.”. “Ya sayangku, mesti lah free, kenapa?.”. “Great!, esok boleh tak abang temankan saya nak beli barang-barang buat biskut raya?.”. “For sure lah sayang.” Sambil mencubit pipiku,. “Aw! Sakit la, okay, thanks tau abang.”. Azan subuh mula berkumandang. Kami berdiam seketika menghayatinya bersama. Selesai sahaja azan berkumandang, kami menadah doa. “Subhanallah, merdu sekali alunan azan, sayang awak bangunkan anak-anak, kita solat subuh bersama-sama tau.”. “Baiklah abang. Abang pergilah bersiap dulu, nanti kami datang.”. “Baiklah, syukron ya habibi.”. “Afwan, suamiku”.
......

Isnin, 15 Ogos 2011

Setitis Kasih DI Bulan Ramadhan


Assalamualaikum wahai saudara-saudara seIslamku
...
Alhamdulillah sampai hari ni dah masuk 15 hari kita berpuasa dibulan ramadhan ni.
Sekejap je kan? Masa berlalu.....
So macam mana puasa korang okay ke tak...
CUkup ke tak...
Ibadah rasanya masam ke manis?

Semuanya korang sendirilah yang nilai...
Ambillah peluang ni...esok lusa kita tak tahu, masih hidupkah kita, matikah kita, semuanya ditangan Allah S.W.T..
Dikhuatirkan kita tak sempat berjumpa ramadhan akan datang.
Jadi ayuh lah kita sempurnakan setiap amalan pada bulan ramadhan kali ini.
Jangan sampai kita menyesal diakhirat kelak.
Rasanya tak puas nak bersoal pasal ramadhan...
Tak apalah, cuma kali ni saya nak share apa yang telah dishare oleh teman-teman facebook saya...
So, kat bawah tu korang baca lah ye...macam-macam ada.  


Manisan Untuk Korang.

The Beautiful Word Is ►الله"
Sweetest Name is ►محمد"
Most Beautiful Message Is ►اذان"
World Perfect Book Is ►قرآن"
And i'm Very Lucky That i'm ►مسلم"

Penunjuk Arah Gerbang Syurga Untuk Korang.

soalan--> Maaf tumpang tnya . Lorong CINTA Jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG bandar I MISS U Di mna??

jawapan--> Encik JLn terus ikut Jalan ILAHI , nampak Simpang 3 , masuk sblh Kanan , ikut jalan NIKAH , spAnjng JLn tu akn nampak Belah kanan , KdAI BATAS2 PERGAULAN & sblah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . Haa itu tandanya eNcik brada di JLn btl. Semoga selamat sampai .  :)

Peringatan Keselamatan Pulang Berhari Raya ni.

Pesanan dari PDRM
Jika anda memandu diwaktu mlm dan cermin kereta dilempar telur ayam jgn on wiper atau pancut air.Terus memandu dgn apa yg mampu dilihat hingga tiba ditmpt slmt.Ini krn jika telur ayam bercampur air ia akn menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap pengelihatan kita yg akan memaksa kita berhenti.Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak.Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan. - Polis DiRaja Malaysia...


Ahad, 24 Julai 2011

Mahukah merasai syurga cinta dunia?

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat blogger sekalian, dan semua yang sudi datang singgah ke blog dan entry ni...

Dibawah adalah tips bagi sesiapa yang mahu merasai nikmatnya syurga dunia... 
Selamat menonton !


Wah ! Betapa nikmatnya begitu manis...
Sehingga tidak terkata...
Sampaikan Fatimah cakap "MELETUP"...
Haha.. korang tak teringin ke nak rasa camtu?
Rugi tahu kalau melepas peluan nih...



Bagi sesiapa yang terlanjur merasai nikmat cinta sebelum kahwin...
Adalah lebih baik untuk kita bermuhasabah diri...
Beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T....
Allah itu Maha Pengampun...
Agar segala kehitaman di dalam hati terpadam...
InsyaAllah, semoga Allah melontarkan rahmat tersebut kepada kita...
Amin.

Wallahualam.

Rabu, 1 Jun 2011

Ada Orang Berkenan kat * ! Euw~

Ada orang berkenan kat I ! Tak suka la ... geli. Muak. Saya muda lagi, jauhkan mende camni. Hate it. Seriously.

Camni kesahnya. Hari selasa minggu ni, saya pi pasar malam, nak beli makanan sikit.
Beli la ayam, nasi air, and so on ngan adik. Then, mak ada mintak belikan sawi, halia, and mee kuning . Sebab, malam tu nak buat mee rebus.

SO, kat pasar malam tu ada kedai jual bahan-bahan camni. So, saya pun pergi la beli.
Tengok-tengok, mee kuning ada, halia ada, sawi tak de. Then, I beli la yang mana ada. Sawi tu saya nak cari kat len la. But, Akak yang menjual kat kat situ, dia bagi free timun batang belambak. Ade la dekat 6 or 7 batang gitu. I just say, thanks.

Then, bawak balik umah. Malamnya mak cakap " ada orang berkenan kat mung la tu, nak buat menantu ! "..

EIII !!! PE KES NYA??! Geli la, muak, tak suka. euw~ im still young la. Jauhkan mende2 camtu. Sebabnya pe tau??! Kes timun ijau panajng tu la ni. Kalau ada orang bagi mende tu mean macam mak saya cakap tu. Orang tua dulu-dulu ni suka sangat mereka-reka. Lemah jantung. Saya tak percaya pun mende ni semua. Tapi ia tetap buat saya merasa euw~ (maaf kalau tergedik, but itu yang saya rasa) T_T .

Syukur la jugak kalau betul, mean laku la jugak saya ni. But I hate it ! tunggu la waktunya.

Dulu pernah sekali ada saudara saya. Si ibu kepada anak lelaki dia cakap sal nak jodoh-jodohkan I ngan anak dia. Macam seyes, macam gurau. Saya TAK SUKA ! Rasa muak, benci je tengok muka anak dia. Eii...geli ! Korang pernha rasa tak. Ah!

Sorry la..memang macam tu. haih! T_T Anybody please tell me, this is all false!


Selasa, 31 Mei 2011

Meh Buat Kosmetik Sendiri

Semalam kerana I ter-over rajin, pi bukak youtube then belek-belek video lawak, then sampai video cara pakai shawl, then sampai cara-cara luruskan rambut and lembut/lembabkan kulit wajah gitu! Hehe..~

But, sambil-sambil tu korang bleh la lembut jiwa disamping lembutkan rambut and kulit muka tu! dengan lagu Can You Take My Heart niMSN Onion Icons  !
Lagu ni best jugak, korang tekan button petak kat lagu Anuar Zain tu then bukak yang ni, k. Hehe ~ Tak mo tak pe la.





Nak tau tak buat macam mana? Easiest way ni. Tak perlu bajet mahal-mahal sangat. Eh, tak sabar-sabar nampak?! ^_^ Okay, meh sini nak habaq. First thing is, bahan dia, paling penting ni... ialah! --->YOGURT ! haaa! tu dia ~
Cara nak guna untuk :

1) Luruskan rambut.

Ambil 2 sudu besar yogurt add with a spoon olive oil. Then, mix it. Now, apply mende tuh kat rambut korang. Biarkan selama 30 minutes. Then bila agak-agak kering..you bilas dengan lukewarm water, then cool water. Done!

2) Lembabkan muka.

Ambil 1 sudu yogurt, then gunakan brush tuk sapu-sapu kat muka cute korang tu. Biarkan selama 20 minutes, then bilas with lukewarm water. Then, ... DONE!

Senang je an??! - Daripada pembacaa saya la...(baca yang kat bawah video tu,hehe), ramai yang cakap cara ni memang menjadi. So korang apa lagi? Buat la sekarang! MySpace

Just A simple tips from youtube to share wif  korang. ^_^
Nak lagi? You olz search youtube sendiri okay.


Nak tanya cikit, klu saya buat lagu ni untuk blog ni OK X? hihi..just asking...

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com