I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label Opinion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Opinion. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Ogos 2011

Tautan Kasihku buat Suamiku. (Bab 1)


Hari ni hari ke-2 terakhir ramadhan. “Ah!”, aku mengeluh keletihan penat memasak. Begitu cepat masa berlalu, belum puas dan belum cukup rasanya diri ini beribadah kepada Allah S.W.T.. Ramadhan bulan penuh keberkatan, penuh keampunan dan penuh kasih saying daripada Allah, Pencipta sekalian makhluk. Sukar sekali hati ini mahu melepaskan bulan ini pergi. Begitu sayu dan sedih.Hatiku menangis di dalam...namun InsyaAllah kupanjatkan doa agar bulan ini bukan bulan ramadhan terakhirku bersama suami dan anak-anak kami yang tercinta.


Selesai sahaja berqiamullail dengan suamiku, aku duduk di sofa dalam bilikku mengadap keluar tingkap bertemankan lampu meja. Suasana diluar begitu tenang diterangi lampu jalan yang suram. Sedang asyik aku membelek-belek buku resepi kuih raya sambil mengelamun, datang suamiku menenegurku, “Sayang, mana anak-anak? Semua dah tidur ke?”. “Ya bang, semua dah tidur, lepas je sahur  tadi terus je masuk bilik, maklum lah hujan, sejuk sangat, tidur la mereka.”. Aku mengalihkan kusyen disebelahku untuk suamiku duduk lalu dia baring di atas ribaku.  “Awak buat apa tu? Dari tadi duk membelek buku tu dari depan ke belakang, dari belakang ke depan, dah tertunggang tebalik buku tu awak belek.”. Aku ketawa kecil, lucu rasanya dengan dialog suamiku. “Ishk, abang ni, tak koyak lagi buku ni, saya cari resepi kuih raya yang sesuai lah bang, nanti saya nak buat sendiri tau dengan anak-anak, boleh lah abang rasa air tangan anak-anak abang sekali.”.  “Bertuahnya  abang diberikan isteri yang rajin dan pandai memasak macam awak ni tau, syok jugak ni, boleh abang rasa air tangan anak-anak kita,kan kan kan?.” Aku ketawa geli hati mendengarnya. “Syukur Alhamdulillah kita ditemukan jodoh ya abang. Kalau lah dulu saya jenis keras kepala tak nak ikut pilihan mak abah untuk jodohkan kita berdua, alamatnya, tak merasalah abang air tangan saya ngan anak-anak.”. “Ishk awak ni !” sambil memicit hidungku, perlahan suamiku bangun mendakapku. “Seandainya Allah telah menetapkan jodoh hamba-hambanya, maka akan bertemu dan besatu juga akhirnya tau, walau bagaimana cara sekalipun, namun, walau sekuat mana sekali pun ikatan pasangan kekasih hamba tu, kalau dah tak ada jodoh tak bersama jugak. Ber’couple sepuluh tahun pun, menghabiskan ‘boreh’ aje, hati dinodai nafsu, semua jenis dosa pun dikutipnya. Segala kasih dicurah habis, ada yang berkahwin namun tidak bahagia. Kenapa? Semuanya dah diberi sebelum waktu, bila tiba waktu yang tepat, sudah tiada apa-apa yang menarik. Tidak kurang yang berkasih namun putus ditengah jalan, akhirnya tunggang langgang lah hidup mengejar kekasih yang bukan jodohnya macam buku kat tangan awak ni, tengok dah nak koyak, mengalahkan anak-anak la awak ni.”. Suamiku ketawa puas hati berjaya mengusikku.“Abang!, ishk, betul cakap abang. Hamba Allah bukan dilarang untuk bercinta, cuma perlu sabar sedikit je dan tunggu waktu yang tepat. InsyaAllah, beroleh pahala dan rahmat Allah beserta berkat untuk selamat dunia akhirat. Alhamdulillah abang, saya dapat suami yang baik dan soleh macam awak. Rajin beribadah, penyanyang, baik, sopan, dan paling penting suka mengusik.”. Kami ketawa bersama, begitu seronok bergurau senda.Dulu sebelum kami diijab kabul, aku tidak pernah membayangkan peribadinya yang mampu menceriakan hari-hariku kerana perwatakannya yang begitu alim dan tegas. Aku juga tidak pernah mengenalinya, aku cuma berdoa agar ditemukan dengan seorang suami yang soleh dan baik disamping menjaga pergaulanku.


Seketika aku berdiam, lalu aku merenung jauh ke dalam mata suamiku, matanya sungguh menenangkan hatiku, begitu sayu rasanya, Ya Allah,aku begitu mensyukuri nikmat dan rezeki yang Engkau berikan kepadaku, begitu besar nikmatMu, Engkau telah kurniakan daku seorang suami yang soleh untuk melengkapkan sebahagian imanku dan sebagai pemimpin keluargaku ke syurga firdaus kelak, Syukur Alhamdulillah Ya Allah, Subhanallah. Aku masih berzikir memuji Allah S.W.T.. Tanpaku sedar suamiku mengesat lembut pipiku. Aku kehairanan lalu bertanya, “Mengapa abang?.”. “Kenapa awak menangis Khairunisa?.”.  “Ah!, betul ke, abang,...saya begitu cinta pada abang, namun jauh disudut hati saya juga takut, cinta saya terhadap abang akan melebihi daripada yang sepatutnya.”. “InsyaAllah sayang, abang doakan cinta sayang terhadap abang tidak akan melebihi cinta sayang kepada Allah S.W.T., selagi kukuh cinta kita terhadap Allah, dan selagi kita menggerakkan cinta kita diatas landasan cinta Allah, abang yakin, cinta kita akan tetap utuh buat selama-lamanya. InsyaAllah sayang, percayalah pada abang.”. Suamiku membelai rambutku dan mencium ubun-ubunku. Aku begitu terharu, lalu aku mencium tangan suamiku. “Amin. Abang, thankyou so much, saya juga doakan agar cinta kita sentiasa diberkatiNya, esok abang free tak?.”. “Ya sayangku, mesti lah free, kenapa?.”. “Great!, esok boleh tak abang temankan saya nak beli barang-barang buat biskut raya?.”. “For sure lah sayang.” Sambil mencubit pipiku,. “Aw! Sakit la, okay, thanks tau abang.”. Azan subuh mula berkumandang. Kami berdiam seketika menghayatinya bersama. Selesai sahaja azan berkumandang, kami menadah doa. “Subhanallah, merdu sekali alunan azan, sayang awak bangunkan anak-anak, kita solat subuh bersama-sama tau.”. “Baiklah abang. Abang pergilah bersiap dulu, nanti kami datang.”. “Baiklah, syukron ya habibi.”. “Afwan, suamiku”.
......

Ahad, 24 Julai 2011

Tiada yang mustahil

Ada orang berkata, dalam dunia ini tidak ada yang mustahil untuk dilakukan..
Semua boleh dilakukan..
Paling penting berusaha..

Ya, betul..
Memang betul...
Tapi jangan tersalah tafsir...
Perkataan "Tidak ada yang mustahil" hanyalah untuk Allah...
Segalanya adalah tidak mustahil untuk-Nya laksanakan..
Bukannya manusia..

Manusia hanya berjaya melaksanakannya apabila Allah mengizinkan...
Kerana setiap sesuatu yang terjadi adalah atas kehendak dan ketentuan Allah...

Apabila kita berbicara...
Pada pendapat saya adalah lebih baik mengatakan, "Tiada yang mustahil dilaksanakan dengan izin Allah"...
Sebagai hamba-Nya kita hendaklah sentiasa menaruh harapan pada-Nya...
Berdoalah kepada Allah agar apa yang dirancang dan diusahakan akan berjaya...
InsyaAllah, kekuasaan Allah begitu besar...segala boleh berlaku semudah petik jari bagi Allah.

Tak gitu??!
Wallahualam.
Salam tazkirah..
^_^

Jumaat, 4 Mac 2011

What teenagers need ??!





Love
-love, daripada mak ayah dorang, kadang-kadang mak ayah tidak memahami, dan tidak ingin memahami. Tu pasal, dorang ni cari pakwe, makwe, kadang-kadang bukan just tuk lepas nafsu (realiti,sorry la cakap camtu), dorang perlu kasih sayang, parents tak sedar (dorang pendam, tak tunjuk the real they feel, because mereka selama ni tak diberi pelung/tak di ajar untuk tunjuk emosi), parents membeza-beza anak-anak mereka, dalam ramai ni, pasti ada yang tersinggung, terasa hati, kecewa, dan dorang  rasa terpinggir.


 they start to think, "who am i in this family, berapa banyak harga aku kepada mereka" (sedia maklum, kadang-kadang remaja tidak berfikir panjang). And dorang akan cakap, setakat ni je ke kasih sayang mak ayah kat aku?
Remaja, sentiasa keliru, dorang sedang memahami lumrah and perjalanan hidup mereka. Dorang sedang belajar. 


Ketandusan kasih sejati, menangguk kasih murahan...


Friends
-Why they need friends?? Friend, they can share anything with them, because dorang saling memahami, dorang sebaya...but orang yang paling first berperanan untuk ni, parents (sepatut nya lebih memahami, because dah berpengalaman)...second, friends, siblings would be.
(someone said, let your child feel free to share anything with you as friend, parents be as their friend).
Remaja perlu diajak berbual mesra berdua-dua dengan parent dorang, bukan bertiga, berbincang, bercakap hal personal, sometimes perlu "up-to-date minded" and "open-minded".


Private
-It is very important, sebabnya, manusia yang membesar akan berlaku perubahan emosi. Terutama ketika zaman remaja, emosi sentiasa bergelodak, kadang-kadang, happy, need to be alone, jiwang-jiwang, sad, temper and macam-macam lah, kadang stress jugak kan?


They need private, tempat paling private adalah bilik dorang, so, kalau bilik tu still lagi share dengan adik-adik, sedikit kurang selesa, maybe dorang nak menangis nanti (pada masa-masa tertentu) tak rasa selesa, takot ada orang tengok (tak syok la kan??), kalau marah, adik-adik yang jadi mangsa.


Respect
-Eventhough dorang still kategori remaja, tak salah orang lebih tua respect dorang. Nabi pun ada buat camtu, (saya tak berapa ingat kisah tu,maaf). Everyone ada ego, ada pride, so, respect lah semua orang.
Semua nak dihargai.


Iman
-Garis panduan, most important, benteng diri dorang, dengan pelihara iman, dorang selamat dunia akhirat.




p/s: ni lah sedikit sebanyak pendapat saya mengenai remaja. ini hanya pendapat.

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com