I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 17 Februari 2011

Angp0w FREE untuk BLOGGER !!!

Siapa nak join??
Meh join kat sini DISINI !


syarat nye senang je..

1) bg link korg kat komen di entry blog ini..
..
2) jadi follower blog ni..

2 je syarat nye senang kan...
sebar2 kan la lucky draw ni ye..hehe

hadiah
pemenang utama :

shawl dan RM10 topup

peserta ke 53:
RM 10 topup

peserta ke 83 :
RM10 topup


TARIKH TUTUP PENYERATAAN


15.3




* Asyik duk join contest/lucky draw orang len je.....haish! rasa cam nak buat contest gak je....FIRST CONTEST BY CIK GRRR...haaa camne??...

Isnin, 14 Februari 2011

Wah Wah Wah! (simple thing about me as blogger)

Wah3..akhir nya tercapai jugak bilangan visitor blog ni 1000 lebih! hehe...alhamdulillah. Bleh la kasi semangat sikit!

Actually, perkara yang paling membuat blogger (me) happy and excited untuk menulis ialah apabila dia dapat share something dengan orang-orang lain (visitor/follower). Lebih syok lagi entry tu membantu orang and mampu memberi kebaikan or macam inspirasi. I like like like la sesangat bab yang ni.

And perkara yang paling best ialah apabila dia mendapati blog nya dikunjungi ramai orang!
And apabila ada orang meninggalkan komen dibawah entry mengenai entry tersebut.

Bukan setakat meninggalkan jejak di shoutbox. Kadang-kadang ada jugak orang melawat but tak tinggal jejak. Tapi tak pe lah asalkan yang paling penting dia baca entry tu sampai habis! and suka baca...thats all.

Bloggers ada matlamat dia tuk dicapai, ada blogger yang nk capai visitor ke 100 or 500  or seribu or nombor-nombor yang cantik or maybe jugak yang bermakna bagi dia(blogger).
0R! dia nak tinggikan side income dia melalui nuffnang misalnya.

Well, me, just nak share something dengan orang and nak nak tengok blog ni sentiasa ada orang.
Paling penting dorang enjoy baca entry, tapi susah nak buat tu, pa pe pun i'll find something interesting tuk di'share'kan.

Sebab tu Cik Grrr tak add nuffnang, maybe one day lah.

Itu je sedikit luahan kegembiraan Cik Grrr! (hihi, tak suka baca entry ni pun tak pe)

Khamis, 10 Februari 2011

PepatahMelawak

Pepatah Melayu
Message: Pepatah Melayu


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta
pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear
reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati
meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan
hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli
gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga...
nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok,
jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin
lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai
kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.


13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian
lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan
isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-
nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak
sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri
sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah
hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu
tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging
dicincang tandanya ada kenduri





p/s: haa...yang ni saya copy and paste dari tagged...tak tahu dari mana asal nya, so saya rasa ianya ada sikit kelucuan and nak share ngan korang semua, okay.


lagi pun lama tak bukak tagged sejak chat room ditutup, hari ni rasa free sikit so, bukak tagged la. and i got dis for you. ^_^

Jumaat, 4 Februari 2011

I Cemburu U Dengki

Elok la sangat sorang cemburu@jealous sorang lagi dengki..
IShk, apasal lak ngan ni 'u' ni dengki...'I' cemburu je..
Melampau betol la..

Eh, tak ke 2 bende ni sama?

Haa! tu la korang, tak tau.. (eh, betol ke korang tak tau, aku hentam je..hihi..jangan marah erk!)

So, to anyone yang tak tahu, biar Cik Grrr kasi tau..

YUP, both of these words have different meaning

Jealous@Cemburu bermaksud iri hati terhadap seseorang, namun dia akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dia cemburukan itu tanpa mengambil hak or kemenangan yang dimiliki oleh orang yang dicemburuinya...

Manakala, dengki pula bererti..dia iri hati dan dia akan dapatkannya tetapi, orang yang dicemburuinya akan kehilangan perkara yang dimilikinya yang menjadi faktor si pencemburu tadi cemburu kepadanya.

~Huh!~ jelas ke tak jelas sekarang??


So, kalau ada sesiapa cakap kat korang yang dia cemburu, itu masih boleh di ambil sedikit ringan, but kalau dorang cakap dengki! haaa....korang berhati-hati lah..mungkin korang akan kehilangan benda yang korang miliki itu.

Lebih-lebih lagi bagi orang yang memiliki harta kekayaan, dan 'makwe' cantik-cantik or 'pakwe' handsome-handsome.

And blogger too! Silap hari bulan korang kena hack!

So, berwaspadalah dengan words yang diperkatakan..beware..alert.

Selasa, 1 Februari 2011

Kem Motivasi Penginsafan Belia

Mo


apabila ada sahaja kem motivasi untuk pelajar dan belia.
kebiasaannya para motivasi akan menggunakan aura atau perihal harapan dan pengorbanan ibu dan bapa dalam memotivasikan, menyedarkan dan menginsafkan para peserta.

perihal ini amatlah sensitif sehingga para peserta menangis.
dan cara ini amatlah berkesan.
sekeras manapun, se'gengster' manapun seseorang itu, mereka tetap akan merasa sedih dan bergenang air mata apabila perihal ini di sentuh.

para motivasi akan memainkan lagu nyanyian Sudirman bertajuk 'ayah dan ibu'.
lagu ini begitu memilukan hati dan cukup sayu.
alunan nya begitu menyentuh jiwa setiap peserta.
termasuk para peserta lelaki.
suara sudirman begitu indah sehingga kini lagunya dimainkan.
sehingga mampu menginsafkan ramai orang.

itu sekadar permulaan.
mereka akan membacakan kesah-kesah dan situasi tertentu yang akan membuatkan para peserta terfikir apakah yang akan berlaku sekiranya ibu dan bapa mereka sudah tiada sambil diiringi lagu.

sebagai contohnya :

1) seperti dalam video diatas...sebuah lori meluncur laju, merempuh kereta ayah, kereta ayanh berpusing-pusing...(...)

2) pagi ini anda bertengkar dan melawan cakap ibu/bapa anda. anda pergi kesekolah dalam keadaan anda tertekan dan ibu/bapa anda tidak redha dan marah kepada anda. bagaimana sekiranya anda pulang kerumah dan mendapati ramai orang berkumpul di dalam rumah anda. ramai orang menanti anda di tangga naik rumah anda.apabila anda melangkah di hadapan tangga, anda diberitahu bahawa ibu/ayah anda telah tiada...

kemudian anda melihat sekujur badan orang yang anda kenali, anda amat sayangi, anda derhakai kaku diatas tilam berselimut putih/berkapan...

kemudian diteruskan lagi dengan situasi ibu/bapa mula dimandikan, dikapankan, diusung, ditanam, dan akhir sekali ditinggalkan.



para peserta akkan mula merasai sebuah kehilangan...maka berderailah airmata mereka...
mereka juga kan merasa takutnya kematian...

Pada pandangan saya, ibu bapa adalah elemen penting dalam kehidupan seorang insan. ibu bapa memberikan sebuah pengharapan yang tinggi terhadap anaknya. Harapannya tidak lain tidak bukan melihat seorang anak kecil yang dipelihara dibesarkan menjadi seorang manusia yang berjaya.

Perihal ini akan menyetuh jiwa mereka apabila mereka menyedari kegagalan mereka dalam menjayakan dan membanggakan ibu bapa mereka. Mereka akan merasa sedih apabila menyedari mereka telah mensia-siakan waktu yang mereka ada untuk berkhidmat kepada ibu bapa mereka. Padahal kadang-kadang perkara yang diminta ibu bapa mereka tidaklah terlamapu sukar untuk dilaksanakan.

Sebagai contoh: 

Ibu menyuruh Min ke kedai membeli barang untuk masak tengahari. Min berkeras, maka ibunya dengan kecewa dan marah pergi ke kedai berjalan kaki. Ketika ibunya melintas jalan, sebuah motor yang sedang memecut laju melanggar ibunya. Ibunya menghembuskan nafas terakhirnya tanpa Min di sisi.

Min mendapat berita ini setelah ibunya tiada, Min belum sempat meminta maaf. Min diselubungi rasa bersalah dan kesal yang menebal dihati. Air mata Min berderai laju, dilihatnya mayat ibunya berlumuran darah....(and so on)



kemudian program ini diakhiri dengan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan ibu bapa dalam nada yang mendayu.

So, program ini lebih kepada future vision dan penyesalan yang begitu tebal. Dimasukkan juga elemen-elemen Islam. Menunjukkan mereka kepada cahaya dan pegangan yang sebenarnya.

Program-program ini banyak memainkan emosi dan perasaan peserta. Isu atau perihal yang paling mudah menyentuh emosi dan perasaan adalah perihal ibu bapa.

Okkeh...itu saja yang dapat saya kongsi pada malam ini.


Keinginan Mendalam Sumber Keberanian

keberanian suatu anugerah...
peluang...
satu sinar...

oleh itu seandainya anda diberi peluang untuk menonjulkan bakat anda jangan lepaskan..

hiraukan orang disekeliling anda yang hanya melemahkan anda..

ada kemungkinan mereka memandang rendah dan mengejek anda...itu adalah kerana mereka tidak tahu kemampuan anda..

sedangkan anda lebih dari mampu.. ANDA LEBIH DARI MAMPU!


padahal itu adalah kelebihan anda yang tiada pada orang lain mahupun 'pengejek anda' tadi..
setiap orang mempunyai bakat..

percayalah mereka akan tabik dan hormat pada anda apabila anda berjaya melakukannya...
jangan terfikir untuk gagal terlebih dahulu...
berfikiran positif lah...

berfikiran positif anda akan mampu melakukannya...dan anda mampu menerima kekalahan...
ketakutan suatu cabaran...
kejayaan suatu kebanggaan...



tapi bagaimana anda mengenengahkan bakat anda??

adakah anda menunggu sehingga seseorang memaksa dan merayu pada anda untuk melakukannya?

sekiranya itulah tindakan anda..        risikonya amatlah bahaya...

bakat anda akan terpendam selamanya dan anda akan terus menanti-nanti...
sehingga suatu tahap anda kecewa.

and you will end up with nothing.

ATAU.

anda memcari setiap lubang-lubang kecil dan lorong-lorong untuk anda masuk...
dan anda persiapkan mental dan fizikal anda untuk mencelah di lubang-lubang dan lorong-lorong tersebut...

anda letakkan satu tujuan...

anda letakkan sebuah pengharapan...

anda sandarkan pada usaha anda...

anda tentukan buahnya.

ANDA LEBIH BERTUAH SEKIRANYA.

peluang anda telah berada di depan mata...
suatu tindakan bodoh sekiranya anda tidak mengambilnya...


sekiranya anda ditanya...adakah anda mahukan ini??

SEKIRANYA ANDA BENAR-BENAR MAHU...DENGAN YAKIN DAN JUJUR KATAKAN 

"YA. SAYA MAHU, SAYA SANGAT-SANGAT MAHUKANNYA"...JANGAN ANDA 

MENIPU DIRI SENDIRI

 DENGAN MENGATAKAN ANDA TIDAK LAYYAK UNTUK SESUATU...SEMUA ORANG 

LAYAK UNTUK SEBUAH PELUANG...JANGAN ANDA TERLAMAPU OVER MERENDAH 

DIRI...

INGIN,YAKIN,LAKUKAN TERBAIK

ANDA PASTI PUAS DENGAN TINDAKAN ANDA...

sesuatu yang mampu memberikan anda sebuah kehidupan dan pengalaman baru...

JANGAN TAKUT KALAH !!!
JANGAN TAKUT GAGAL !!!

TAPI TAKUT LAH SENADAINYA ANDA TIDAK MAMPU MELAKUKAN APA YANG ANDA

 INGINKAN DAN APA YANG ANDA LEBIH DARI MAMPU untuk LAKUKAN....

suatu kerugian sekiranya anda membiarkan perkara ini berlaku....

HIDUP ANDA MILIK ANDA.
HIDUP AKU MILIK AKU.

ARAH TUJU AKU ADALAH KEHENDAK KU.

KAU BUKAN PENGHALANG KEMENANGAN AKU DALM PERJUANGAN DIRIKU.

MATLAMATKU HANYA INI.

DAN MATLAMAT INI HANYA MILIK AKU.

JANGAN KAU RAGUT DARIKU.

INI LAST WARNING AKU AE.

AKAL DAN IMAN TALI AKU BERGANTUNG.

IMPIANKU PASTI MENJADI KENYATAAN...

INSYA ALLAH.



=) =) =) =) =)

aku, kau, dia , berhak untuk mengecapi impian 
ia bukan suatu khayalan kita
kerna kita telah memulakan strategi kita
sebuah strategi yang besar dan teliti
hanya aku, kau, dan dia berhak dan layak melaksanakannya.

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com