I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label Motivate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivate. Papar semua catatan

Khamis, 24 November 2011

Kenapa aku yang menderita??! [muhasabah]

Biasa sangat dalam masyarakat kita dengar orang mengeluh kenapa aku yang diuji, kenapa aku kena terima semua ni, kenapa aku bukan dia dan macam-macam ragam lagi. Istighfar wahai saudara saudariku. Hati-hati ketika berbicara. Jangan mempersoalkan sesuatu hal yang sudah ditakdirkan Allah S.W.T..

MUHASABAH...

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

...................................................

RINTIHAN

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~

*ilmu yang dikongsi daripada teman mukabuku. :)
ilmu ini dan peringatan ini adalah untuk diri saya juga. InsyaAllah sama-sama kita berpusu-pusu menuju syurga Allah S.W.T..

Jumaat, 4 November 2011

Titipan kasih Ilahi..

Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Sihat?
Lama betul saya tinggalkan dunia blogging ni...erm! tapi tak pe sekarang saya mahu berblogging lagi, saya akan kemas-kemas balik masa saya, atur baik-baik dan luangkan sedikit waktu untuk blog ni. InsyaAllah. ^_^
Semenjak masuk form 4 ni...semakin busy jadinya, alhamdulillah pelajaran saya OK...cuma result exam kurang baik...
Namun, saya tidak akan berputus asa...semuanya masih muda... =)

Post saya untuk kali ini bukan sekadar ucap 'hai' sahaja tapi sedikit pengisian untuk semua...sedikit perkongsian daripada facebook...jom baca...




Tahukah kalian bahwa kekadang 'jemputan kearah kebaikan' singgah secara tiba-tiba...
Maka kutiplah titipan kasih daripada Allah apabila suara hatimu berbisik :

"Sampai BILA aku harus begini…"
"Aku perlu BERUBAH.."
"bukan begini caraku BERSYUKUR padaNYA.."

Apabila seseorang didatangi rasa HATI yang seperti itu, bermaksud dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke arah kebaikan..sambutlah, raihlah..moga dirimu sentiasa berada dalam KEBAIKAN.

Ayuh kita selami perumpamaan hidayah Allah S.W.T. dalam Surah An-Nur:Ayat 35.
Indah sekali perumpamaan-Nya, Subhanallah...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

" Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti lubang yang tidak tembus, yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu didalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak daripada pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (sahaja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya sesiapa yang dikehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Wahai pembaca sekalian, tahukah siapa golongan yang memperoleh hidayat Allah S.W.T. ??!
Ayuh kita lihat dan check diri kita...

Ciri-ciri mereka ialah:

1) Sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada Allah S.W.T. serta melakukan perintah-Nya.

2) Menjalankan urusan berjual beli tanpa lalai daripada mengingati Allah S.W.T.

3) Mendirikan solat fardhu lima waktu sehari semalam pada awal waktu.

4) Mengeluarkan zakat yang telah ditetapkan kepada mereka mengikut syarat-syarat tertentu.

5) Takut kepada pembalasan hari kiamat iaitu takut kepada azab Allah S.W.T. yang akan dikenakan sekiranya melanggar perintah Allah S.W.T..

Nur hidayat Allah S.W.T. sangat penting kepada manusia agar kehidupan kita sentiasa berada pada jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T..
Jiwa dan perasaan kita akan sentiasa gelisah tanpa hidayah Allah. Hidup kita sentiasa dalam kesusahan dan bergelumang dengan maksiat. Nauzubillahiminzalik.
Hidayah Allah adalah untuk semua manusia...
Jadi kalian macam mana?
Renungkan dan usahakan...



p/s: Sekiranya saya ada silap sila tegur ye (dengan berhemah)..Terima atas teguran anda.. =)

Ahad, 28 Ogos 2011

Tautan Kasihku buat Suamiku. (Bab 2)


“Ummi ! Ummi ! abang nak pakai baju mana ni ummi? Baju raya ke?.”, anakku Muslim berlari lalu menerpaku di  kamar dari belakang. Terperanjat aku dibuatnya.  “Ya Allah, terkejut mak, kenapa abang buat macam ni? Lain kali kalau nak masuk bilik ummi abang kena bagi salam dulu.” Nadaku sedikit tinggi. Anakku Muslim tunduk dengan rasa bersalah. Aku beristighfar atas kesilapanku melayan anak kecilku Muslim, sedangkan dia tidak mengerti. Lalu aku mendakapnya dan memandang matanya sambil memujuknya, “Abang, mak mintak maaf sebab berkeras suara dengan abang, bukannya mak marah abang masuk bilik mak, tapi abang mesti bagi salam dulu, tengok tadi, Alhamdulillah mak sihat walafiat tak ada sakit jantung, macam mana kalau mak sakit, boleh kena serangan jantung mak ni tau. Silap hari bulan masuk hospital. Sapa nak tolong abi jaga abang dengan adik-adik?. Hm! Lagipun abang, kita ni diajar oleh Rasulullah, bila nak masuk masjid ke,  rumah ke, bilik mak ayah ke, kena bagi salam, sebagai mendoakan dan menghormati orang dan malaikat yang ada di dalamnya.”. Muslim mengangguk faham.  “Mak! Abang mintak maaf. Lain kali abang tak buat lagi.”. Lalu diciumnya tanganku.

 Aku mengusap lembut rambutnya. “Baiklah mak maafkan, abang tanya apa tadi?”, aku cuba bertanya sekali lagi pada anakku. “Ummi, abang nak pakai baju apa? Baju raya ke ummi?”. Aku ketawa mendengar pertanyaannya, “Kenapa pulak abang nak pakai baju raya ni? Kita belum raya lagi la sayang!.”. Aku memicit hujung hidungnya. Merah padam hidungnya, semacam badut pun ada. Comel sekali anakku, lucu pula rasanya. “Habis tu mak, kita nak ke mana kalau bukan nak beraya?.”, anakku kecilku Muslim berusia lima tahun masih kebingungan.  Aku cuba menjelaskan kepadanya, “Abang, kita belum beraya lagi lah, abang ni puasa ke tak ni? Hari ni hari kedua terakhir kita berpuasa tau, cuma tinggal dua hari ni je lagi nak raya, sekarang kita nak ke kedai nak beli barang buat kuih raya.”. Muslim mengeluh, “Huh!...abang lupa la ummi, huray! Nak buat kuih raya, yes yes, okay lah ummi abang nak pakai baju lain, pergi dulu ummi.”.  Muslim berlari menuju ke biliknya. Aku hanya memerhatinya dari jauh, sudah besar panjang anakku si Muslim ni, entah sejak bila dia pandai berdandan sendiri. Biasanya mintak umminya pakaikan, ini lah agaknya orang kata zaman dah berubah, dunia dah maju. Namun segalanya tetap ada baik dan buruknya.

Aku kembali memilih pakaian untuk aku pakai hari ini. Entah kenapa mood aku serba tidak kena sahaja hari ini. Semua warna pun tidak menarik perhatianku. Sedang asyik memilih baju, suami menegurku dari belakang. “Eh, awak tak siap-siap lagi?.”. Aku mengeluh, “Entahlah abang, lenguh rasanya mencari pakaian yang sesuai ni, semuanya tak menarik perhatian saya.”. Suamiku sudah masak benar  dengan kerenahku. Aku memandangnya, dia kelihatan segak memakai t-shirt dan seluar jeans. Dia berjalan menghampiriku , “Huh! Awak ni dari dulu tak pernah berubah asal bab pakaian je memang cerewet. Apa kata awak pakai baju sedondon dengan saya hari ni, nak? Kita jadi pasangan sejoli. Saya pun nak merasa jugak macam pasangan kekasih kat luar tu. Jalan berpegang tangan, pakai baju sedondon, cuit mencuit. Boleh la!”, sambil membuat mimik muka manjanya. Aku ketawa lagi, keluargaku sememangnya sentiasa menghiburkan. Aku mencubit lengan kanannya. “Eiii, awak ni! Mengade-ngade betul la.”. Dia masih lagi membuat mimik mukanya. Mukaku mulai terasa hangat membara, Aku tersipu-sipu malu kerana tidak pernah dilayan sebegitu oleh seorang lelaki. Aku cuba menyembunyikan, namun mampu dihidunya. Suamiku tertawa melihat responku. Aku membalas sambil berpura-pura memilih baju, “Tapi kan abang, kalau dah ada tiga orang anak masih sama ke macam orang muda-muda tu sayang?.”. Lantas dia menjawab, “Eh? Kenapa tidak? Malah lebih seronok, syok apa? Anak-anak kita tu sebagai bukti ikatan cinta kita yang sah dan utuh. Bila berjalan nanti kita berpimpin tangan ramai-ramai dengan anak-anak. Nampak cute je. Lagi ramai lagi bagus, tak gitu?.”. Aku hanya mampu ketawa membayangkan kata-katanya. Aku menutup pintu almari baju lalu mencubit pipinya dengan geram. “Eiii. Ada-ada je la awak ni.”. Dia ketawa senang hati. Hatiku pula cair bagai aiskrim apabila dipanggil ‘sayang’. Panggilan itu sememangnya begitu lunak didengar. “Abang, tolong tengokkan Muslim dengan adik-adik dia tu, apa la agaknya dorang tu buat sekarang, mereka tu dah pandai berdikari sekarang ni tau.”., “Itu lah anak-anak saya Khairunisa, macam abi diorang dulu-dulu.”. Suamiku segera ke bilik mereka. Aku memandangnya dari jauh.

Apabila tiba sahaja dihadapan pintu blik anak-anak kami, suamiku terpaku seketika. Reaksi mukanya seakan-akan terjadi sesuatu yang buruk terhadap anak-anak kami. Aku melihat mereka dengan rasa curiga dan risau. Apa yang sudah terjadi?. Suamiku terus masuk ke bilik anak-anak kami. Lantas aku bergegas ke sana. Belum sempat aku menjengah ke dalam, aku terdengar suara suamiku ketawa, aku kebingungan. “Balqis, kenapa muka Balqis berminyak ni?”, tanya suamiku perlahan. Balqis hanya memandang wajah ayahnya kosong. “Eh, Balqis sapu muka dengan minyak rambut ke ni?”,suamiku bertanya lagi kepada anak kami Balqis. “Abi, adik cantik tak? Adik nak cantik macam ummi.”, jawab Balqis manja dengan senyuman ceria diwajahnya. “Wahai Puteri Balqisku sayang, tapi setahu abi, ummi tak pernah pun sapu minyak rambut kat muka dia.”, kata suamiku dengan ketawa kecil. “Ada la abi, adik selalu tengok ummi buat macam ni. Ni mesti abi lupa. Ummi selalu sapu-sapu minyak kat muka ummi, sebab tu ummi nampak cantik.”, katanya dengan yakin. Aku sudah tidak mampu menahan ketawa, aku terus masuk ke bilik dan mencelah perbualan mereka, “Assalamualaikum, ummi  dengar tadi anak ummi cakap ummi sapu minyak rambut kat muka ae? Adik, adik dah silap, yang ummi selalu sapu kat muka ummi tu bukan minyak rambut sayang, tapi itu penyegar  la sayang, budak kecil tak boleh pakai semua tu lagi, nanti rosak kulit muka adik tau.” , sambil mengusap kepala puteriku Balqis. Suamiku mulai mengerti maksud kata-kata Balqis, namun Balqis masih keliru. Dahi si Balqis berkerut-kerut. “Abi dah faham sekarang, adik masih muda, adik tetap comel macam mak walau tak sapu ‘minyak penyegar’ tu. Cuba adik tengok dalam cermin, rupa adik yang sekarang atau yang sebelum adik mekap lebih cantik?.”. balqis memandang wajahnya dalam cermin.

Balqis merenung wajahnya dengan bersungguh-sungguh. Tiba-tiba rauk wajahnya berubah. “Ummi! Abi!, kenapa ada orang minyak dalam cermin? Mana muka adik?. Adik takut!.”. Kami suami isteri ketawa mendengar kata-katanya. “Itulah rupa adik sekarang, hasil adik mekap sendiri. Cantik tak? Lebih baik adik basuh muka adik sekarang, tengok, adik sendiri pun dah takut.”, kata suamiku. Aku sudah tidak mampu menahan ketawa melihat telatahnya. “Adik tak nak muka ni! Nak muka dulu! Ummi! Abi!.”. Ayahnya hanya tersenyum melihatnya, “Mari ikut abi, kita cuci muka adik bersih-bersih biar nampak suci bersih macam ummi adik.”. Balqis didukung oleh ayahnya ke bilik air. “Huh! Memang dah sah anak ayah ni.”, keluh suamiku.Sengguh senang melihat suamiku melayan kerenah anak-anak dengan lemah lembut. Jelas terpancar aura kegembiraan dan kasih sayang pada wajah mereka. Ya Allah terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan atas segala kurniaanMu ini. Alhamdulillah, aku sedar tidak semua orang mampu menikmati sebuah kebahagian. Namun, kasih Allah di miliki oleh setiap umat Islam, berbahagialah wahai orang-orang yang beriman.  Aku hanya tersenyum  melihat kerenah mereka anak beranak.
......

Jumaat, 26 Ogos 2011

Tautan Kasihku buat Suamiku. (Bab 1)


Hari ni hari ke-2 terakhir ramadhan. “Ah!”, aku mengeluh keletihan penat memasak. Begitu cepat masa berlalu, belum puas dan belum cukup rasanya diri ini beribadah kepada Allah S.W.T.. Ramadhan bulan penuh keberkatan, penuh keampunan dan penuh kasih saying daripada Allah, Pencipta sekalian makhluk. Sukar sekali hati ini mahu melepaskan bulan ini pergi. Begitu sayu dan sedih.Hatiku menangis di dalam...namun InsyaAllah kupanjatkan doa agar bulan ini bukan bulan ramadhan terakhirku bersama suami dan anak-anak kami yang tercinta.


Selesai sahaja berqiamullail dengan suamiku, aku duduk di sofa dalam bilikku mengadap keluar tingkap bertemankan lampu meja. Suasana diluar begitu tenang diterangi lampu jalan yang suram. Sedang asyik aku membelek-belek buku resepi kuih raya sambil mengelamun, datang suamiku menenegurku, “Sayang, mana anak-anak? Semua dah tidur ke?”. “Ya bang, semua dah tidur, lepas je sahur  tadi terus je masuk bilik, maklum lah hujan, sejuk sangat, tidur la mereka.”. Aku mengalihkan kusyen disebelahku untuk suamiku duduk lalu dia baring di atas ribaku.  “Awak buat apa tu? Dari tadi duk membelek buku tu dari depan ke belakang, dari belakang ke depan, dah tertunggang tebalik buku tu awak belek.”. Aku ketawa kecil, lucu rasanya dengan dialog suamiku. “Ishk, abang ni, tak koyak lagi buku ni, saya cari resepi kuih raya yang sesuai lah bang, nanti saya nak buat sendiri tau dengan anak-anak, boleh lah abang rasa air tangan anak-anak abang sekali.”.  “Bertuahnya  abang diberikan isteri yang rajin dan pandai memasak macam awak ni tau, syok jugak ni, boleh abang rasa air tangan anak-anak kita,kan kan kan?.” Aku ketawa geli hati mendengarnya. “Syukur Alhamdulillah kita ditemukan jodoh ya abang. Kalau lah dulu saya jenis keras kepala tak nak ikut pilihan mak abah untuk jodohkan kita berdua, alamatnya, tak merasalah abang air tangan saya ngan anak-anak.”. “Ishk awak ni !” sambil memicit hidungku, perlahan suamiku bangun mendakapku. “Seandainya Allah telah menetapkan jodoh hamba-hambanya, maka akan bertemu dan besatu juga akhirnya tau, walau bagaimana cara sekalipun, namun, walau sekuat mana sekali pun ikatan pasangan kekasih hamba tu, kalau dah tak ada jodoh tak bersama jugak. Ber’couple sepuluh tahun pun, menghabiskan ‘boreh’ aje, hati dinodai nafsu, semua jenis dosa pun dikutipnya. Segala kasih dicurah habis, ada yang berkahwin namun tidak bahagia. Kenapa? Semuanya dah diberi sebelum waktu, bila tiba waktu yang tepat, sudah tiada apa-apa yang menarik. Tidak kurang yang berkasih namun putus ditengah jalan, akhirnya tunggang langgang lah hidup mengejar kekasih yang bukan jodohnya macam buku kat tangan awak ni, tengok dah nak koyak, mengalahkan anak-anak la awak ni.”. Suamiku ketawa puas hati berjaya mengusikku.“Abang!, ishk, betul cakap abang. Hamba Allah bukan dilarang untuk bercinta, cuma perlu sabar sedikit je dan tunggu waktu yang tepat. InsyaAllah, beroleh pahala dan rahmat Allah beserta berkat untuk selamat dunia akhirat. Alhamdulillah abang, saya dapat suami yang baik dan soleh macam awak. Rajin beribadah, penyanyang, baik, sopan, dan paling penting suka mengusik.”. Kami ketawa bersama, begitu seronok bergurau senda.Dulu sebelum kami diijab kabul, aku tidak pernah membayangkan peribadinya yang mampu menceriakan hari-hariku kerana perwatakannya yang begitu alim dan tegas. Aku juga tidak pernah mengenalinya, aku cuma berdoa agar ditemukan dengan seorang suami yang soleh dan baik disamping menjaga pergaulanku.


Seketika aku berdiam, lalu aku merenung jauh ke dalam mata suamiku, matanya sungguh menenangkan hatiku, begitu sayu rasanya, Ya Allah,aku begitu mensyukuri nikmat dan rezeki yang Engkau berikan kepadaku, begitu besar nikmatMu, Engkau telah kurniakan daku seorang suami yang soleh untuk melengkapkan sebahagian imanku dan sebagai pemimpin keluargaku ke syurga firdaus kelak, Syukur Alhamdulillah Ya Allah, Subhanallah. Aku masih berzikir memuji Allah S.W.T.. Tanpaku sedar suamiku mengesat lembut pipiku. Aku kehairanan lalu bertanya, “Mengapa abang?.”. “Kenapa awak menangis Khairunisa?.”.  “Ah!, betul ke, abang,...saya begitu cinta pada abang, namun jauh disudut hati saya juga takut, cinta saya terhadap abang akan melebihi daripada yang sepatutnya.”. “InsyaAllah sayang, abang doakan cinta sayang terhadap abang tidak akan melebihi cinta sayang kepada Allah S.W.T., selagi kukuh cinta kita terhadap Allah, dan selagi kita menggerakkan cinta kita diatas landasan cinta Allah, abang yakin, cinta kita akan tetap utuh buat selama-lamanya. InsyaAllah sayang, percayalah pada abang.”. Suamiku membelai rambutku dan mencium ubun-ubunku. Aku begitu terharu, lalu aku mencium tangan suamiku. “Amin. Abang, thankyou so much, saya juga doakan agar cinta kita sentiasa diberkatiNya, esok abang free tak?.”. “Ya sayangku, mesti lah free, kenapa?.”. “Great!, esok boleh tak abang temankan saya nak beli barang-barang buat biskut raya?.”. “For sure lah sayang.” Sambil mencubit pipiku,. “Aw! Sakit la, okay, thanks tau abang.”. Azan subuh mula berkumandang. Kami berdiam seketika menghayatinya bersama. Selesai sahaja azan berkumandang, kami menadah doa. “Subhanallah, merdu sekali alunan azan, sayang awak bangunkan anak-anak, kita solat subuh bersama-sama tau.”. “Baiklah abang. Abang pergilah bersiap dulu, nanti kami datang.”. “Baiklah, syukron ya habibi.”. “Afwan, suamiku”.
......

Isnin, 15 Ogos 2011

Setitis Kasih DI Bulan Ramadhan


Assalamualaikum wahai saudara-saudara seIslamku
...
Alhamdulillah sampai hari ni dah masuk 15 hari kita berpuasa dibulan ramadhan ni.
Sekejap je kan? Masa berlalu.....
So macam mana puasa korang okay ke tak...
CUkup ke tak...
Ibadah rasanya masam ke manis?

Semuanya korang sendirilah yang nilai...
Ambillah peluang ni...esok lusa kita tak tahu, masih hidupkah kita, matikah kita, semuanya ditangan Allah S.W.T..
Dikhuatirkan kita tak sempat berjumpa ramadhan akan datang.
Jadi ayuh lah kita sempurnakan setiap amalan pada bulan ramadhan kali ini.
Jangan sampai kita menyesal diakhirat kelak.
Rasanya tak puas nak bersoal pasal ramadhan...
Tak apalah, cuma kali ni saya nak share apa yang telah dishare oleh teman-teman facebook saya...
So, kat bawah tu korang baca lah ye...macam-macam ada.  


Manisan Untuk Korang.

The Beautiful Word Is ►الله"
Sweetest Name is ►محمد"
Most Beautiful Message Is ►اذان"
World Perfect Book Is ►قرآن"
And i'm Very Lucky That i'm ►مسلم"

Penunjuk Arah Gerbang Syurga Untuk Korang.

soalan--> Maaf tumpang tnya . Lorong CINTA Jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG bandar I MISS U Di mna??

jawapan--> Encik JLn terus ikut Jalan ILAHI , nampak Simpang 3 , masuk sblh Kanan , ikut jalan NIKAH , spAnjng JLn tu akn nampak Belah kanan , KdAI BATAS2 PERGAULAN & sblah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . Haa itu tandanya eNcik brada di JLn btl. Semoga selamat sampai .  :)

Peringatan Keselamatan Pulang Berhari Raya ni.

Pesanan dari PDRM
Jika anda memandu diwaktu mlm dan cermin kereta dilempar telur ayam jgn on wiper atau pancut air.Terus memandu dgn apa yg mampu dilihat hingga tiba ditmpt slmt.Ini krn jika telur ayam bercampur air ia akn menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap pengelihatan kita yg akan memaksa kita berhenti.Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak.Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan. - Polis DiRaja Malaysia...


Ahad, 24 Julai 2011

Mahukah merasai syurga cinta dunia?

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat blogger sekalian, dan semua yang sudi datang singgah ke blog dan entry ni...

Dibawah adalah tips bagi sesiapa yang mahu merasai nikmatnya syurga dunia... 
Selamat menonton !


Wah ! Betapa nikmatnya begitu manis...
Sehingga tidak terkata...
Sampaikan Fatimah cakap "MELETUP"...
Haha.. korang tak teringin ke nak rasa camtu?
Rugi tahu kalau melepas peluan nih...



Bagi sesiapa yang terlanjur merasai nikmat cinta sebelum kahwin...
Adalah lebih baik untuk kita bermuhasabah diri...
Beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T....
Allah itu Maha Pengampun...
Agar segala kehitaman di dalam hati terpadam...
InsyaAllah, semoga Allah melontarkan rahmat tersebut kepada kita...
Amin.

Wallahualam.

Rabu, 25 Mei 2011

Compare between u and me. Ok or nope? hm..

Is it wrong ? If kita membandingkan diri kita dengan orang lain ?
Sesetengah orang cakap bleh!
Sesetengah orang cakap nope! tak bleh.

Every persons ade reasons nya, right?
And what i want to talk about here is, about the first statement. I said boleh. And u must bandingkan. Okay, ini pandangan saya la. And, i have my own reasons. But, ini tidak bermakna saya membangkang kenyataan kedua.

First, saya kecilkan konsep perbincangan saya. Konsep: Dalam dunia blogging and belajar. Hehe, bukan apa...kerana diriku seorang blogger muda and pelajar. So, teruskan kepada perbincangan.

1. Why i said we must? This is because, apabila kita ingin mencapai sesuatu, kita perlu meletakkan matlamat. Untuk meletakkan matlamat, kita memerlukan penanda aras. So, kita perlukan kayu ukur untuk mengukur pencapaian sekarang. Supaya, matlamat yang bakal dibina, jauh lebih baik daripada sekarang. Senang kata, untuk mencari dimana kedudukan kita sekarang among all peoples! Setinggi mana kita sudah mendaki, dan berapa jauh lagi untuk sampai. Berapa lipat ganda lagi usaha yang bakal dicurahkan.

For example, membandingkan pencapaian blog A dan B, iaitu blog B yang jauh lebih baik dijadikan sebagai kayu ukur. Mengukur dengan pembaris yang lebih baik, pasti kita akan dapati blog A banyak kekurangan. Sememangnya begitulah resultnya, kerana A diukur dengan yang B yang lebih baik. If matlamat kita untuk graf menaik, akhirnya, kita akan meletakkan matlamat yang tinggi iaitu untuk menjadi setaraf dengan B or menjadi lebih baik daripada B.

Pada pendapat saya tidak salah untuk meletakkan sesuatu matlamat yang tinggi. Sebabnya, semakin tinggi matlamat kita, semakin tinggi usaha kita. Keberanian perlu ada dalam meletakkan matlamat. Risiko tinggi untuk kejayaan yang besar. ( Ada orang cakap, tak takut ke jatuh nanti sakit?, kita sediakan tilam kat bawah. Sediakan plan B,tak la sakit sangat. Ala, mana ada orang jatuh tak sakit, kecuali yang tak de receptor. )


2. Membina kekentalan mental. Jangan jadi alah bisa tegar biasa. Apa saya maksudkan, bila dah tengok dia lebih bagus daripada kita, kita biarkan sahaja. When you finds others better than you, you terus jadi layu. Come on! Dats not the way. Kita kena cakap, I can be better than her@him. Eventhough, others think you can't. This is what happened to me before. Peoples think i can't be, but, they definitely wrong. I can be better than the persons they think great. Dengan semangat ini, saya buktikan saya juga setaraf dengan mereka dan saya juga lebih baik daripada sesetengah daripada mereka. Saya tidak membiarkan kebiasaan itu sebagai suatu yang alah (yang dah sudah biasa, dibuat derk). Why? Saya ada matlamat, matlamat yang tinggi. Ia bukan main-main.


3. Dalam dunia blogging, pada pendapat saya, tak salah jugak Sebab, kita akan dapat tahu, apa kelebihan web ni, apa kelebihan web tu. Or, maybe web ni same dengan web ni. So, kita akan cuba membina suatu kelainan daripada banyak-banyak yang sudah tersedia dihidang. Tak gitu? =D

Sekali sekala maybe orang nak tukar taste kan, dan dalam dunia ni setiap orang ada citarasa masing-masing. Jadikan, maybe apa yang sudah sedia terhidang tidak memenuhi kehendak beberapa orang. Maybe mereka akan lebih suka apa yang bakal kita lahirkan. Right? or nope? =)

Oleh itu, melalui perbandingan kita mampu mencari perbezaannya. Tak gitu semua??! Renung2 kan dan luahkan.


Okay, dats all for this entry. Ini hanya pandangan saya. If ada yang kurang/tak sokong boleh dinyatakan dibwah. Ianya dapat membantu untuk mengetahui pandangan umum lebih kepada mana. 
^_^ Gud Nite ~

Khamis, 12 Mei 2011

Nak bibik minat membaca senang je!


Marilah kita memupuk minat membaca sekarang!
It is important you know! Of course you know.
Kalau nak tahu, saya dah jumpa satu cara yang saya rasa akan berhasil.
Cara ini dikongsi oleh seorang ulat buku sendiri, beliau seorang doktor pakar yang sangat minat membaca. Hari tu dia ada datang ke sekolah saya semasa forum bersama tokoh-tokoh sekolah. Bilangan mereka 6 orang, semuanya hebat-hebat belaka. Artis pun ade! Artis yang dimaksudkan bukan macam pelakon or penyanyi tapi pengacara Malaysia yang selalu ke Mesir tu!

Dah dah, mari kita teruskan.

Pertama pastikan ditangan kita sentiasa ada buku yang dibawa kemana-mana sahaja untuk dibaca, walaupun tak membaca. Bagi doktor tu, walaupun tidak membaca sekurang-kurangnya dia dapat tengok jugak buku. Walaupun kita tidak baca katanya, lama-lama kita akan rasa bodoh kerana bawak buku merata-rata tapi tak pernah membaca. Kemudian kita akan mula membelek-belek and baca sedikit. Lama-lama, kita akan rasa rugi, ilmu itu banyak, kenapa kita ambil sedikit? Rugi.Sekali kita baca buku, kita akan rasa nak lagi, nak lagi dan lagi. Sempat juga doktor ni buat 1 analogi untuk kami kat dewan sekolah aritu.

Sekarang kita berada dalam dewan, membaca ibarat kita membuka banyak pintu dewan ini untuk kita melihat. Kita akan dapat mengenali dunia dengan lebih luas. Apabila orang bercakap mengenai dunia belah sini, kita tahu. Apabila orang bercakap mengenai dunia sebelah sana, kita tahu. Apabila berlaku percanggahan idea, kita tahu mana yang betul dan mana yang salah, mungkin jugak dua-duanya itu benar. Kerana, pandangan dan ilmu kita lebih banyak dan jauh.

Nasihat beliau, kadang-kadang apabila kita perlu membuat pilihan atau keputusan dalam hidup, jika kita berilmu kita dapat memilih jalan yang betul dan ianya banyak (jalan).

Beliau ada menceritakan, semasa beliau kecik, ayah dia selalu nasihatkan bacalah buku. Ayah beliau sehingga akhir hayat mencari seorang guru uuntuk belajar.

So, kepada pelajar, ibu bapa, or anyone. Bawalah buku bersama sepanjang masa. Ikutlah orang nak cakap apa. Tapi kita orang yang nak cari ilmu. Ilmu itu bukan sedikit, ilmu itu banyak. Sepanjang kita hidup, belum habis lagi ilmu untuk kita pelajari dan terokai. Ilmu Allah begitu luas, ingat analogi ilmu yang Allah bagi kepada manusia adalah sebanayk mana air laut yang melekat pada hujung jarum yang dicelup ke dalam  lautan yang luas. Ingatlah jangan kita meninggi diri dan merasa riak.

p/s: esok hari guru, kepada semua guru-guru selamat hari guru. Terima kasih untuk segala pengorbanan dan kesabaran dalam mendidik kami pelajarmu.

Isnin, 21 Mac 2011

Perjuangan Bukan Mudah

Berlalu ku biarkan ia terus berlalu dihanyut arus...
time wait for no man.
Masa itu adalah pengalamanku.

Kejayaan hanya rumah api untuk perjuangan aku...
Pelayaranku entah ke mana hala tujunya, entah di mana pula hentinya.

Perjuangan ini...
Aku sememangnya tidak kisah sekiranya gagal,
Tapi sekirnya kegagalan itu merupakan perjuangan aku yang lemah, perjuanganku dibeliti serba kepincangan.
Padahal aku tahu dan sememangnya aku boleh melakukan lebih daripada itu.
Aku tidak dapat menerima kenyataan itu,
Sukar sekali buat aku.

Sudah menjadi adat, menang, kalah dalam pertandingan, namun aku mahu menang dan kalah dalam cara yang hebat...dan cara yang bermaruah. Aku mahu ianya terus mekar dalam ingatan pihak lawanku. Walaupun kekalahan milik aku.

Namun,
Pertarungan sudah berlalu,
Walaupun kegagalan itu tidak seperti yang aku mahukan...
Aku menuntut hikmahnya, aku mempelajari sesuatu daripadanya, daripada kesilapan aku sendiri.
Sebuah perjuangan memerlukan persiapan peralatan dan komitmen yang tinggi untuk dijayakan.
Sebuah perjuangan memerlukan semangat berpasukan.
Yakinlah dalam berjuang...

Perjuangan tidak akan menbuahkan samada kejayaan atau pun kegagalan cemerlang sekali pun, dibimbing dan dipimpin oleh tangan pimpinan terhebat di dunia sekiranya, tidak disulami persembahan yang mantap di medan pertarungan.

Itulah hikmah perjuanganku...
Bagi aku...
Sebuah perjuangan tiada yang berharga selain pengalaman dan pengajaran  dalam berlari kearah kejayaan.



Selasa, 1 Februari 2011

Kem Motivasi Penginsafan Belia

Mo


apabila ada sahaja kem motivasi untuk pelajar dan belia.
kebiasaannya para motivasi akan menggunakan aura atau perihal harapan dan pengorbanan ibu dan bapa dalam memotivasikan, menyedarkan dan menginsafkan para peserta.

perihal ini amatlah sensitif sehingga para peserta menangis.
dan cara ini amatlah berkesan.
sekeras manapun, se'gengster' manapun seseorang itu, mereka tetap akan merasa sedih dan bergenang air mata apabila perihal ini di sentuh.

para motivasi akan memainkan lagu nyanyian Sudirman bertajuk 'ayah dan ibu'.
lagu ini begitu memilukan hati dan cukup sayu.
alunan nya begitu menyentuh jiwa setiap peserta.
termasuk para peserta lelaki.
suara sudirman begitu indah sehingga kini lagunya dimainkan.
sehingga mampu menginsafkan ramai orang.

itu sekadar permulaan.
mereka akan membacakan kesah-kesah dan situasi tertentu yang akan membuatkan para peserta terfikir apakah yang akan berlaku sekiranya ibu dan bapa mereka sudah tiada sambil diiringi lagu.

sebagai contohnya :

1) seperti dalam video diatas...sebuah lori meluncur laju, merempuh kereta ayah, kereta ayanh berpusing-pusing...(...)

2) pagi ini anda bertengkar dan melawan cakap ibu/bapa anda. anda pergi kesekolah dalam keadaan anda tertekan dan ibu/bapa anda tidak redha dan marah kepada anda. bagaimana sekiranya anda pulang kerumah dan mendapati ramai orang berkumpul di dalam rumah anda. ramai orang menanti anda di tangga naik rumah anda.apabila anda melangkah di hadapan tangga, anda diberitahu bahawa ibu/ayah anda telah tiada...

kemudian anda melihat sekujur badan orang yang anda kenali, anda amat sayangi, anda derhakai kaku diatas tilam berselimut putih/berkapan...

kemudian diteruskan lagi dengan situasi ibu/bapa mula dimandikan, dikapankan, diusung, ditanam, dan akhir sekali ditinggalkan.



para peserta akkan mula merasai sebuah kehilangan...maka berderailah airmata mereka...
mereka juga kan merasa takutnya kematian...

Pada pandangan saya, ibu bapa adalah elemen penting dalam kehidupan seorang insan. ibu bapa memberikan sebuah pengharapan yang tinggi terhadap anaknya. Harapannya tidak lain tidak bukan melihat seorang anak kecil yang dipelihara dibesarkan menjadi seorang manusia yang berjaya.

Perihal ini akan menyetuh jiwa mereka apabila mereka menyedari kegagalan mereka dalam menjayakan dan membanggakan ibu bapa mereka. Mereka akan merasa sedih apabila menyedari mereka telah mensia-siakan waktu yang mereka ada untuk berkhidmat kepada ibu bapa mereka. Padahal kadang-kadang perkara yang diminta ibu bapa mereka tidaklah terlamapu sukar untuk dilaksanakan.

Sebagai contoh: 

Ibu menyuruh Min ke kedai membeli barang untuk masak tengahari. Min berkeras, maka ibunya dengan kecewa dan marah pergi ke kedai berjalan kaki. Ketika ibunya melintas jalan, sebuah motor yang sedang memecut laju melanggar ibunya. Ibunya menghembuskan nafas terakhirnya tanpa Min di sisi.

Min mendapat berita ini setelah ibunya tiada, Min belum sempat meminta maaf. Min diselubungi rasa bersalah dan kesal yang menebal dihati. Air mata Min berderai laju, dilihatnya mayat ibunya berlumuran darah....(and so on)



kemudian program ini diakhiri dengan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan ibu bapa dalam nada yang mendayu.

So, program ini lebih kepada future vision dan penyesalan yang begitu tebal. Dimasukkan juga elemen-elemen Islam. Menunjukkan mereka kepada cahaya dan pegangan yang sebenarnya.

Program-program ini banyak memainkan emosi dan perasaan peserta. Isu atau perihal yang paling mudah menyentuh emosi dan perasaan adalah perihal ibu bapa.

Okkeh...itu saja yang dapat saya kongsi pada malam ini.


Keinginan Mendalam Sumber Keberanian

keberanian suatu anugerah...
peluang...
satu sinar...

oleh itu seandainya anda diberi peluang untuk menonjulkan bakat anda jangan lepaskan..

hiraukan orang disekeliling anda yang hanya melemahkan anda..

ada kemungkinan mereka memandang rendah dan mengejek anda...itu adalah kerana mereka tidak tahu kemampuan anda..

sedangkan anda lebih dari mampu.. ANDA LEBIH DARI MAMPU!


padahal itu adalah kelebihan anda yang tiada pada orang lain mahupun 'pengejek anda' tadi..
setiap orang mempunyai bakat..

percayalah mereka akan tabik dan hormat pada anda apabila anda berjaya melakukannya...
jangan terfikir untuk gagal terlebih dahulu...
berfikiran positif lah...

berfikiran positif anda akan mampu melakukannya...dan anda mampu menerima kekalahan...
ketakutan suatu cabaran...
kejayaan suatu kebanggaan...



tapi bagaimana anda mengenengahkan bakat anda??

adakah anda menunggu sehingga seseorang memaksa dan merayu pada anda untuk melakukannya?

sekiranya itulah tindakan anda..        risikonya amatlah bahaya...

bakat anda akan terpendam selamanya dan anda akan terus menanti-nanti...
sehingga suatu tahap anda kecewa.

and you will end up with nothing.

ATAU.

anda memcari setiap lubang-lubang kecil dan lorong-lorong untuk anda masuk...
dan anda persiapkan mental dan fizikal anda untuk mencelah di lubang-lubang dan lorong-lorong tersebut...

anda letakkan satu tujuan...

anda letakkan sebuah pengharapan...

anda sandarkan pada usaha anda...

anda tentukan buahnya.

ANDA LEBIH BERTUAH SEKIRANYA.

peluang anda telah berada di depan mata...
suatu tindakan bodoh sekiranya anda tidak mengambilnya...


sekiranya anda ditanya...adakah anda mahukan ini??

SEKIRANYA ANDA BENAR-BENAR MAHU...DENGAN YAKIN DAN JUJUR KATAKAN 

"YA. SAYA MAHU, SAYA SANGAT-SANGAT MAHUKANNYA"...JANGAN ANDA 

MENIPU DIRI SENDIRI

 DENGAN MENGATAKAN ANDA TIDAK LAYYAK UNTUK SESUATU...SEMUA ORANG 

LAYAK UNTUK SEBUAH PELUANG...JANGAN ANDA TERLAMAPU OVER MERENDAH 

DIRI...

INGIN,YAKIN,LAKUKAN TERBAIK

ANDA PASTI PUAS DENGAN TINDAKAN ANDA...

sesuatu yang mampu memberikan anda sebuah kehidupan dan pengalaman baru...

JANGAN TAKUT KALAH !!!
JANGAN TAKUT GAGAL !!!

TAPI TAKUT LAH SENADAINYA ANDA TIDAK MAMPU MELAKUKAN APA YANG ANDA

 INGINKAN DAN APA YANG ANDA LEBIH DARI MAMPU untuk LAKUKAN....

suatu kerugian sekiranya anda membiarkan perkara ini berlaku....

HIDUP ANDA MILIK ANDA.
HIDUP AKU MILIK AKU.

ARAH TUJU AKU ADALAH KEHENDAK KU.

KAU BUKAN PENGHALANG KEMENANGAN AKU DALM PERJUANGAN DIRIKU.

MATLAMATKU HANYA INI.

DAN MATLAMAT INI HANYA MILIK AKU.

JANGAN KAU RAGUT DARIKU.

INI LAST WARNING AKU AE.

AKAL DAN IMAN TALI AKU BERGANTUNG.

IMPIANKU PASTI MENJADI KENYATAAN...

INSYA ALLAH.



=) =) =) =) =)

aku, kau, dia , berhak untuk mengecapi impian 
ia bukan suatu khayalan kita
kerna kita telah memulakan strategi kita
sebuah strategi yang besar dan teliti
hanya aku, kau, dan dia berhak dan layak melaksanakannya.

Isnin, 3 Januari 2011

Jom Realisasi Azam 2011 !

saya ada terbaca dalam sebuah buku motivasi karangan Dr. Shukri Abdullah iaitu Falsafah Kejayaan.






MANUSIA CEMERLANG FOKUS KEPADA KERJA PENTING WALAUPUN TIDAK SERONOK 
SEMENTARA MANUSIA LEMAH FOKUS KEPADA KERJA SERONOK WALAUPUN TIDAK PENTING.






Yang perlu diutamakan bukanlah sama ada sesuatu kerja itu seronok atau tidak tetapi samada sesuatu kerja itu mustahak atau tidak.




Sekiranya perkara itu mustahak, walaupun tidak seronok, kita perlu lakukan kerana itulah yang menjadi amalan utama untuk cemerlang.




Ok saya rasa falsafah diatas sudah cukup memberi pemahaman kepada sekalian makhluk Allah yang membaca nya, tidak perlu lah di hurai lebih-lebih, sebab tak ramai yang rajin membaca perkara sebegini. Lagipun kalian di kurniakan otak yang hebat untuk digunakan. Betol tak ?




Tahniah kepada anda yang berminat membaca entry motivasi. Anda sememangnya seorang berpeluang cerah untuk terus berjaya, tapi perlu ingat sekadar motivasi tidak mampu menjalankan plan ini, anda perlukan usaha menggerakkan nya. Okay?...thats all.




tq for reading

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com