I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 31 Mac 2011

April Fools Day

PERHATIAN! :: 


April Fool merupakan perayaan pembantaian Umat Islam.
Umat Islam digesa untuk tidak turut serta untuk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.


Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Was-was syaitan


Perlu disedari bahawa apabila sembahyang seseorang itu tidak diterima Allah, maka sembahyang yang dilakukan itu tidak akan berupaya menahan atau mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan. Kerana itulah terdapat orang yang melakukan sembahyang, tetapi di luar sembahyang ia tetap melakukan kemungkaran. Dalam sebuah hadis, riwayat daripada Abdullah bin Zaid, katanya: ``Pernah diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. tentang ada lelaki yang merasakan ada sesuatu keluar (daripada duburnya) ketika sedang sembahyang. Baginda menjawab agar ia tidak seharusnya keluar dari tempat sembahyang, sehinggalah ia mendengar bunyi, ataupun tercium baunya.'' Berdasarkan hadis ini ternyata bahawa apabila seseorang itu tidak yakin bahawa dirinya benar-benar terkentut atau tidak ketika sembahyang, dia jangan memberhentikan sembahyang. Kecuali ia telah pasti yang dirinya benar-benar terkentut iaitu dengan mendengar suara kentut ataupun tercium baunya. Khayalan seumpama ini boleh terjadi semata-mata kerana waswas syaitan, bukan benar-benar terkentut. Dalam Musnad dan Sunan Abu Daud, riwayat daripada Abu Said al-Rhudri dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Bahawasanya syaitan itu mendatangi salah seorang daripada kamu ketika sembahyang, lalu ia mengambil sehelai rambut dari duburnya lalu diusapnya, sehingga orang itu merasakan seolah-olah telah terkentut maka janganlah dia beredar sehinggalah ia mendengar bunyi atau tercium bau.
Untuk mengatasi masalah waswas syaitan ketika berwuduk, seseorang itu hendaklah membasuh anggota wuduk itu tiga kali sahaja, tidak lebih daripada itu, biarpun ia mengambil air wuduk di sungai yang sedang mengalir airnya. Sekiranya seseorang itu berasa waswas seperti yang dijelaskan dan ia tidak puas atau tidak yakin dengan wuduk yang dilakukan, lalu mengulanginya, maka rasa waswas itu akan terus berlaku, menyebabkan masalah waswas terus menebal. Orang yang mengalami masalah waswas ketika membaca al-Fatihah hendaklah menemui orang yang baik bacaannya lalu memperdengarkan bacaannya. Ia hendaklah membetulkan bacaannya dan diperdengarkan kepada orang tadi. Pastikan bacaannya benar. Apabila datang waswas dalam diri, ketika sembahyang merasakan al-Fatihah yang dibaca tidak betul, dia hendaklah meneruskan bacaannya. Jangan diulangi biarpun sekali kerana bacaannya telah disahkan benar oleh orang yang berautoriti. Jangan cuba membetulkan bacaan ketika sembahyang.
Untuk mengatasi pelbagai lintasan yang datang dalam ingatan ketika sembahyang, seseorang itu hendaklah memohon perlindungan Allah.
Rasulullah s.a.w. selepas membaca doa Iftitah, baginda memohon perlindungan Allah dengan membaca: A'udhu bi `Llahi mina `sy-syaitani `r-rajim min hamzihi, wa nafkhikhihi, wa nafathih (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada gangguannya dan keangkuhannya juga tipu dayanya). Kadang-kadang baginda menambah bacaan sebelumnya dengan membaca: A`udhu bi `L-lahi `s-sami`i `I-alim mina sy-syaitani (Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui daripada syaitan yang direjam.) Rasulullah s.a.w. menegah orang yang sembahyang mengangkat pandangannya ke atas. Jangan menoleh pandangan ke kanan ataupun ke kiri. Pandangan yang dilihat memudahkan datangnya khayalan ataupun ingatan yang boleh melalaikan sembahyang. Sesungguhnya, orang yang munafik itu ialah mereka yang apabila bangun mendirikan sembahyang, mereka berdiri dalam keadaan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia dan tidak mengingati Allah, kecuali sedikit.

Sabtu, 26 Mac 2011

Meh Belajo Berpenampilan Sambil Kecek Kelate


Letih nya!!! Monkey Winks Dari pukul 7.30 sampai la pukul hampir-hampir pukul 6 baru bleh balik rumah, dari pagi duk kat school je.

Buat pe ek duk school??
= Tambah ilmu laaa..ada kem kepimpinan tadi. ^_^ (proudly nk bagi tau ni,hehe, xde la)

Banyak la jugak yang saya dapat tadi, but i will give it little by little for all of you, okay? ...sikit-sikit la..haha (im not very good in english).  Why sikit-sikit? sebab tak ramai orang suka baca entry panjang-panjang.

So, here i want share sedikit maklumat or info or ilmu dengan readers semua!

Jom tukar bersama Cik Grrr daripada =>Onion Iconskepada =>Monkey Icon Cici.
~ hahaha ~

Seorang Pemimpin Haruslah Mempunyai Etiket Sosial

Etiket sosial didefinisikan sebagai: 
Kemulian peribadi untuk membina, membela, dan memelihara harga diri seseorang.

Kawe goyak pasal etiket berpakaian dulu neh.
Ni kawe nok goyak etiket hok ore laki dulu...hok ore pue kawe goyak laen kali. Insya Allah.  (Harap faham, i lov loghat kelate, ganu, kedah, nogori sembile)


Ore laki :

- Kalau pakai baju lengan baju panjang  mesti pakai dengan tie. Kalau lengan baju pendek jangan pakai tie. (Ni hop facilitator kawe goyak tdi la)

- Sematkan semua butang baju kemeja kecuali button paling atas. (Nampak macam skema sangat kalau semat semua, haha)

- Jangan lipat lengan baju anda di majlis rasmi.

- Hujung tali leher mesti labuh hingga bahagian kepala tali pinggang.

- Warna tie mesti disesuaikan dengan warna baju.

- Tie berjalu dan mempunyai pelbagai tona colour untuk baju tanpa corak.

- Jangan memakai pakaian yang berjalur keseluruhan.

- Badan kurus dan gempal perlu memakai singlet di dalam.

- Stokin dan seluar mesti sesuai/sama colour la kot.

- Kasut mesti berkilau, baru nampak handsome.

- Gunakan deodorant yang lembut.

- Baju untuk majlis rasmi jangan berpetak.

Kalau ada yang profesional pasal fashion ni, bleh la komen kat bawah okay?..share sikit pengetahuan. Tq.



Bakpo(why) kawe kecek kelate ni? Because : terikut-ikut...ni ha!

Sedikit daripada komen dalam group Cik Grrr join kat fb.
(dalam loghat kelate gamok nyo)

ouh..biase la tu..kt kfc kb mall belana..memea gtu pon diorg..x yah layan jer laen kali..ado hk kb mall ari tu sampai keno tumbuk kt ore tuo..pade muko..

diore memea suko makso ore...saya byk kali doh keno..x layan pon..tahu doh etek..

bangla kt kb mall ari tu dio pakso ore tuo tu sedekah...last2 ore tuo tu g tumbuk budak bangla tu..sie molek..tp nk buat gano..sapo suruh pakso ore kea?mybe ore tuo tu pom x berapo fresh kot...x "pookk" ore kelate oyk....


i like la! Monkey Winks hehe
jadi panjang pulok doh entry ni eh!

Isnin, 21 Mac 2011

Perjuangan Bukan Mudah

Berlalu ku biarkan ia terus berlalu dihanyut arus...
time wait for no man.
Masa itu adalah pengalamanku.

Kejayaan hanya rumah api untuk perjuangan aku...
Pelayaranku entah ke mana hala tujunya, entah di mana pula hentinya.

Perjuangan ini...
Aku sememangnya tidak kisah sekiranya gagal,
Tapi sekirnya kegagalan itu merupakan perjuangan aku yang lemah, perjuanganku dibeliti serba kepincangan.
Padahal aku tahu dan sememangnya aku boleh melakukan lebih daripada itu.
Aku tidak dapat menerima kenyataan itu,
Sukar sekali buat aku.

Sudah menjadi adat, menang, kalah dalam pertandingan, namun aku mahu menang dan kalah dalam cara yang hebat...dan cara yang bermaruah. Aku mahu ianya terus mekar dalam ingatan pihak lawanku. Walaupun kekalahan milik aku.

Namun,
Pertarungan sudah berlalu,
Walaupun kegagalan itu tidak seperti yang aku mahukan...
Aku menuntut hikmahnya, aku mempelajari sesuatu daripadanya, daripada kesilapan aku sendiri.
Sebuah perjuangan memerlukan persiapan peralatan dan komitmen yang tinggi untuk dijayakan.
Sebuah perjuangan memerlukan semangat berpasukan.
Yakinlah dalam berjuang...

Perjuangan tidak akan menbuahkan samada kejayaan atau pun kegagalan cemerlang sekali pun, dibimbing dan dipimpin oleh tangan pimpinan terhebat di dunia sekiranya, tidak disulami persembahan yang mantap di medan pertarungan.

Itulah hikmah perjuanganku...
Bagi aku...
Sebuah perjuangan tiada yang berharga selain pengalaman dan pengajaran  dalam berlari kearah kejayaan.



Sabtu, 19 Mac 2011

Antara Adam dan Hawa..Hehe

Bingkisan ringkas sahaja untuk kali ini buat last day cuti saya.Cuti-cuti ni pun sibuk, haish! Okay, back on track.

Manusia terbahagi kepada dua jantina, lelaki dan perempuan...and no papuk (yang dibuat-buat, ishk3).

Cikgu saya cakap, lelaki kalau dia kuat berusaha sekiranya dia dah berjaya melaksanakan atau mencapai sesuatu maka dia akan berusaha lagi dan terus berusaha untuk pergi lebih jauh dan dapatkan yang lebih baik. Mereka tidak mudah berputus berpuas hati dengan pencapaian mereka. Ini pendapat cikgu addmath sayalah dalam kelas, sebab student lelaki biasanya macam tu lah dia cakap. Tetapi berbeza dengan kaum hawa atau perempuan...mereka kalau dah dapat sesuatu atau berjaya mencapai sesuatu, mereka akan mudah dan cepat berpuas hati dan ada juga yang cakap, cukup lah setakat ni, dah letih dah. Biasanya kalau kalangan pelajar la kan, dorang ni kalau dah habis exam,

"ahh! yes! dah bebas, jangan exam lagi lepas ni, lenguh dah!"

and, kalau kalangan perempuan mengandung  yang biasa saya dengar daripada mulut orang-orang tua or cikgu sains saya (semua daripada cikgu, haha),

"arr! dah serik dah bersalin, tak nak dah beranak lagi!"

but, tak sampai setahun kemudian 'berisi' lagi.
Macam lawak pun ada.

Tapi itulah sedikit mengenai lelaki dan wanita. Tapi tak tahulah sejauh man kebenarannya, sebab benda-benda macam ni, kadang-kadang depends on person jugakkan??? Tapi dilihat melalui kebiasaannya macam tu lah.

Wallahualam.

p/s: jangan marah ye hawa!, adam jangan la berbangga plak.

Rabu, 16 Mac 2011

Tsunami di Jepun

Anda bayangkan sedang anda berseronok dan bersantai di tepi pantai. Tiba-tiba satu simbahan air yang amat besar datang kearah anda???


Seperti itulah yang berlaku di Jepun...






Beberapa bandar di Timur Laut Jepun mulai berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, air dan         minyak selepas dilanda musibah berkembar itu.


1) Di bandar Yamagata, penduduk beratur panjang bagi mendapatkan bekalan asas.Keadaan sama turut melanda wilayah Iwate.

2) Pusat membeli belah serta kedai runcit kehabisan bekalan makanan.


3)
Negara itu pada masa sama turut dilanda cuaca sejuk melampau.

4) Mangsa lebih terdesak bagi mendapatkan gas, keratin dan bekalan elektrik bagi menghidupkan pemanas.

5) Salji dijangka melanda dalam tempoh beberapa hari lagi. 





So, macam manalah dorang agak nya kat sana kan?? Kita kat Malaysia patut bersyukur masih selamat.


Itu lah kejadian yang berlaku sekarang, tahukah kalian betapa famous nya berita ni?
Sekiranya anda nak tahu, sampai dalam game pun ada jugak pasal tsunami yang melanda Jepun, tengok lah betapa hebatnya kejadian ini.


Bukan nak memperlekeh or buat gurauan or what okay, baru tadi Grrr main game Cityville dalam facebook...
Tup tup keluar mesej ni: 


 Earthquake Relief Fund


Zynga's Cityville and Save the Children are donating 100% of the purchase price fromsweet potato sales to help the victims of Japanese earthquake. Plant sweet potatoes and donate today!




This mean: Hmm so kalau ada sesiapa yang tak tahu jugak pasal earthquake/tsunami di Jepun ni memang katak bawah tempurung berlayer-layer laaa....


...okay jom kita tengok gambar tsunami ni...


Kawasan pergunungan hijau semua da jadi camni.


Kawasan padat rumah-rumah semua dah kosong. Hilang.









Tambahan pulak terjadi letupan loji janakuasa nuklear Daiichi, Fukushima menyebabkan rakyat di Jepun mengalami radiasi.
Ada berita bahwa letupan ni akan memberi kesan kepada cuaca di Malaysia sekarang, sebenarnya, ancaman radiasi Tahap 4 ini mengikut Skala Kejadian Radiologi dan Nuklear Antarabangsa hanya meliputi kawasan loji itu sahaja. Faktor cuaca di Jepun menyebabkan kesan radiasi tidak tersebar secara meluas. Malaysia setakat ini juga tidak menunjukkan sebarang peningkatan tahap radiasi.
So, jangan risau sangat lah.

Jepun bagai jatuh ditimpa tangga, tak ke gitu??!
But, ramai yang yakin negara Jepun mampu bangkit semula dalam kadar yang pendek malah lebih baik dari sekarang.

Pengajaran: Kuasa Allah S.W.T. begitu hebat. Subhanallah.

Okkay tu jela peringatan tuk rakyat di negara Malaysiaku tercinta.
Takut tengok gambar-gambar ni. Siapa yang tak pernah mandi laut, haaa, beware laa. Tak la...kita sama-sama doa la, okay.




p/s: sumber daripada http://mediamalaya.com/gambar-satelit-sebelum-dan-selepas-tsunami-melanda-jepun/#more-10123 , http://kulanzsalleh.com/pasca-gempa-bumi-tsunami-jepun-2011/ , http://www.tv3.com.my/ and google image,  

Sagong ! What is 'sagong' ??!

Haaa! Korang mana-mana yang nak tahu apa itu sagong/sagon!    (spell in ganu word)
Inilah dia!  Yang berbalut kertas kaler merah, pink, kuning, and hijau tu...macam-macam colour dia ada. Isinya sama je.

Hahaha~ pelik semacam je kan bunyi name dia...
Tulah, eden nak sebut pun jadi teragak-agak, takut korang tak faham..

but 'sagong' is a FOOD ok! From Terengganu, negeri kelahiran ambe, setahu saya la, maybe because sagong adalah makanan tradisi sebab tu korang anak-anak muda tak tahu kot!
And maybe negeri lain pun ada jugak. So, you know la sekarang ae bahwa sagon is food.


Okkeh, inilah antara gambar-gambar nya..
For sure guys, bukan dari En.Google ae..sebab korang tak kan jumpa kalau cari mende nih!
Eden jamin 100%
(Pandai-pandai je, padahal tak cari lagi, hak5)
K, ni saya ambik sendiri gambar and upload. 


Alahai Cik Grrr! entry apa ni???
Alahhaiii youuu ni entry sal visit Terengganu And Food laaa...
Hahaha
Kalau korang cuti-cuti ni ada pi lawat Terengganu, belilah kat Pasar Payang tu belambak la.
Makanan ni dibuat daripada isi kelapa yang dikupas (ye ke kupas? not sure la), but dalam tu ada isi kelapa and tepung beras, digoreng-goreng tanpa minyak, then ada la dimasukkan sugar jugak.

Makanan ni cam debu la tapi ada cam hapas nyior (kelapa), bukan hapas yang orang dah perah santan tu, okay.

yang debu-debu cam atas kertas tu la..(haha, malunya, letak atas kertas je)
tak pe lah, still bleh nampak kan? (malunya,tak pro langsung)

Eiii sound tak sedap laa...
Haha, cuba try test la dulu!
Lepas tu baru cakap, okay?
Camne boleh buat entry pasal ni nih??
Camni!
Sebab, yesterday la saya pergi kat Pasar Payang tengok ramai orang mai Ganu, maklumlah musim cuti kan, dorang tak de pun beli makanan ni (sagong), maybe dah ada kat nogori deme kot!..
Anak-anak muda, ini lah sagon.

Cara makan dia, bukak kat bahagian yang tak de rambu-rambu kertas tu, kalau dah makin kurang, boleh koyakkan kertas tu sampai la jadi pendek-pendek, so you can eat easily laa. (Tips)


Tak femes dats why tak beli kan?..mesti kenal pun tak kan!

(Kira makanan tradisi gak 'sagong' ni tahu??!)

Eh! Cik Grrr, sodap ko makanan tu??
Alahaiii was-was lah pulak dia ni...

Makanan ni, sedap la. Kalau tak, tak kan lah i beli, well, taste masing-masing kan, Im orang Ganu, so i like laa..
Macam keropok lekor, selain daripada orang ganu, orang lain tak makan keropok lekor yang tak digoreng! (keropok lekor rebus)

Hahaha~ awat??? korang ingat tak di masak ke?
Keropok tu di masak lah! Direbus dulu...
Then pastu, kalau rasa nak goreng baru lah goreng...

 Saya ada aunt, dia orang Johor,  ditanya why tak makan keropok rebus??
Sebab tak masak!

Hahaha ~
Mana ada tak masak, kitorang masak laaa...

Tak pe, tak pe...masing-masing punya pendapat, tapi itulah realitinya.

And you all kalau  nak beli sagong ni, make sure yang baru okkeh, baru sedap, kalau yang dah lama tu memaang gerenti tak sodap!
Rasa tengik (tak reti nak terang).

Harga : MURAH MUARAH - RM1 -BLEH DAPAT 5!
haha, promote kasi laku jualan mak cik-mak cik kat Pasar Payang.

p/s: okay thats all, for evening ni, and, to all readers, silalah add saya di facebook okay!
boleh kita chat ke, lagipun memang dah lama tak online kat account tu..
(saja nak meramaikan kenalan dalam laman sosial fb ni!)

tq to everyone yang jadi follower and read my entry, dun forget komen la sikit
hehehe..

Khamis, 10 Mac 2011

Lawan Blog Siapa Load Paling Laju ! ~jom

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Meh pakat mai sini..
Kita pakat try test tengok siapa punyer website lagi laju..

Hehehe~
Actually tadi i pi lawat blog En. Afiq and terbaca and memang sengaja baca pun entry terbaru dia...

Pasal macam mana nak tahu website or blog load laju...
Just pi saja kat laman web ni... http://whichloadsfaster.com/

And tadi i ada try buat Grrr vs Afiq ...and da result is..
The winner is..
Hehehe... Rahsia laaa...
But korang boleh buat sendiri dengan member2 or any-any website, compare saje (ishk3 cam addmath plak! haha)

Okkeh, Dats all, i like sangat mende ni...Thank You Afiq.


Jumaat, 4 Mac 2011

What teenagers need ??!





Love
-love, daripada mak ayah dorang, kadang-kadang mak ayah tidak memahami, dan tidak ingin memahami. Tu pasal, dorang ni cari pakwe, makwe, kadang-kadang bukan just tuk lepas nafsu (realiti,sorry la cakap camtu), dorang perlu kasih sayang, parents tak sedar (dorang pendam, tak tunjuk the real they feel, because mereka selama ni tak diberi pelung/tak di ajar untuk tunjuk emosi), parents membeza-beza anak-anak mereka, dalam ramai ni, pasti ada yang tersinggung, terasa hati, kecewa, dan dorang  rasa terpinggir.


 they start to think, "who am i in this family, berapa banyak harga aku kepada mereka" (sedia maklum, kadang-kadang remaja tidak berfikir panjang). And dorang akan cakap, setakat ni je ke kasih sayang mak ayah kat aku?
Remaja, sentiasa keliru, dorang sedang memahami lumrah and perjalanan hidup mereka. Dorang sedang belajar. 


Ketandusan kasih sejati, menangguk kasih murahan...


Friends
-Why they need friends?? Friend, they can share anything with them, because dorang saling memahami, dorang sebaya...but orang yang paling first berperanan untuk ni, parents (sepatut nya lebih memahami, because dah berpengalaman)...second, friends, siblings would be.
(someone said, let your child feel free to share anything with you as friend, parents be as their friend).
Remaja perlu diajak berbual mesra berdua-dua dengan parent dorang, bukan bertiga, berbincang, bercakap hal personal, sometimes perlu "up-to-date minded" and "open-minded".


Private
-It is very important, sebabnya, manusia yang membesar akan berlaku perubahan emosi. Terutama ketika zaman remaja, emosi sentiasa bergelodak, kadang-kadang, happy, need to be alone, jiwang-jiwang, sad, temper and macam-macam lah, kadang stress jugak kan?


They need private, tempat paling private adalah bilik dorang, so, kalau bilik tu still lagi share dengan adik-adik, sedikit kurang selesa, maybe dorang nak menangis nanti (pada masa-masa tertentu) tak rasa selesa, takot ada orang tengok (tak syok la kan??), kalau marah, adik-adik yang jadi mangsa.


Respect
-Eventhough dorang still kategori remaja, tak salah orang lebih tua respect dorang. Nabi pun ada buat camtu, (saya tak berapa ingat kisah tu,maaf). Everyone ada ego, ada pride, so, respect lah semua orang.
Semua nak dihargai.


Iman
-Garis panduan, most important, benteng diri dorang, dengan pelihara iman, dorang selamat dunia akhirat.




p/s: ni lah sedikit sebanyak pendapat saya mengenai remaja. ini hanya pendapat.

Wanita


Klik untuk suap nasi kepada mende ni, supaya ia membesar.

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com