I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 28 Ogos 2011

Tautan Kasihku buat Suamiku. (Bab 2)


“Ummi ! Ummi ! abang nak pakai baju mana ni ummi? Baju raya ke?.”, anakku Muslim berlari lalu menerpaku di  kamar dari belakang. Terperanjat aku dibuatnya.  “Ya Allah, terkejut mak, kenapa abang buat macam ni? Lain kali kalau nak masuk bilik ummi abang kena bagi salam dulu.” Nadaku sedikit tinggi. Anakku Muslim tunduk dengan rasa bersalah. Aku beristighfar atas kesilapanku melayan anak kecilku Muslim, sedangkan dia tidak mengerti. Lalu aku mendakapnya dan memandang matanya sambil memujuknya, “Abang, mak mintak maaf sebab berkeras suara dengan abang, bukannya mak marah abang masuk bilik mak, tapi abang mesti bagi salam dulu, tengok tadi, Alhamdulillah mak sihat walafiat tak ada sakit jantung, macam mana kalau mak sakit, boleh kena serangan jantung mak ni tau. Silap hari bulan masuk hospital. Sapa nak tolong abi jaga abang dengan adik-adik?. Hm! Lagipun abang, kita ni diajar oleh Rasulullah, bila nak masuk masjid ke,  rumah ke, bilik mak ayah ke, kena bagi salam, sebagai mendoakan dan menghormati orang dan malaikat yang ada di dalamnya.”. Muslim mengangguk faham.  “Mak! Abang mintak maaf. Lain kali abang tak buat lagi.”. Lalu diciumnya tanganku.

 Aku mengusap lembut rambutnya. “Baiklah mak maafkan, abang tanya apa tadi?”, aku cuba bertanya sekali lagi pada anakku. “Ummi, abang nak pakai baju apa? Baju raya ke ummi?”. Aku ketawa mendengar pertanyaannya, “Kenapa pulak abang nak pakai baju raya ni? Kita belum raya lagi la sayang!.”. Aku memicit hujung hidungnya. Merah padam hidungnya, semacam badut pun ada. Comel sekali anakku, lucu pula rasanya. “Habis tu mak, kita nak ke mana kalau bukan nak beraya?.”, anakku kecilku Muslim berusia lima tahun masih kebingungan.  Aku cuba menjelaskan kepadanya, “Abang, kita belum beraya lagi lah, abang ni puasa ke tak ni? Hari ni hari kedua terakhir kita berpuasa tau, cuma tinggal dua hari ni je lagi nak raya, sekarang kita nak ke kedai nak beli barang buat kuih raya.”. Muslim mengeluh, “Huh!...abang lupa la ummi, huray! Nak buat kuih raya, yes yes, okay lah ummi abang nak pakai baju lain, pergi dulu ummi.”.  Muslim berlari menuju ke biliknya. Aku hanya memerhatinya dari jauh, sudah besar panjang anakku si Muslim ni, entah sejak bila dia pandai berdandan sendiri. Biasanya mintak umminya pakaikan, ini lah agaknya orang kata zaman dah berubah, dunia dah maju. Namun segalanya tetap ada baik dan buruknya.

Aku kembali memilih pakaian untuk aku pakai hari ini. Entah kenapa mood aku serba tidak kena sahaja hari ini. Semua warna pun tidak menarik perhatianku. Sedang asyik memilih baju, suami menegurku dari belakang. “Eh, awak tak siap-siap lagi?.”. Aku mengeluh, “Entahlah abang, lenguh rasanya mencari pakaian yang sesuai ni, semuanya tak menarik perhatian saya.”. Suamiku sudah masak benar  dengan kerenahku. Aku memandangnya, dia kelihatan segak memakai t-shirt dan seluar jeans. Dia berjalan menghampiriku , “Huh! Awak ni dari dulu tak pernah berubah asal bab pakaian je memang cerewet. Apa kata awak pakai baju sedondon dengan saya hari ni, nak? Kita jadi pasangan sejoli. Saya pun nak merasa jugak macam pasangan kekasih kat luar tu. Jalan berpegang tangan, pakai baju sedondon, cuit mencuit. Boleh la!”, sambil membuat mimik muka manjanya. Aku ketawa lagi, keluargaku sememangnya sentiasa menghiburkan. Aku mencubit lengan kanannya. “Eiii, awak ni! Mengade-ngade betul la.”. Dia masih lagi membuat mimik mukanya. Mukaku mulai terasa hangat membara, Aku tersipu-sipu malu kerana tidak pernah dilayan sebegitu oleh seorang lelaki. Aku cuba menyembunyikan, namun mampu dihidunya. Suamiku tertawa melihat responku. Aku membalas sambil berpura-pura memilih baju, “Tapi kan abang, kalau dah ada tiga orang anak masih sama ke macam orang muda-muda tu sayang?.”. Lantas dia menjawab, “Eh? Kenapa tidak? Malah lebih seronok, syok apa? Anak-anak kita tu sebagai bukti ikatan cinta kita yang sah dan utuh. Bila berjalan nanti kita berpimpin tangan ramai-ramai dengan anak-anak. Nampak cute je. Lagi ramai lagi bagus, tak gitu?.”. Aku hanya mampu ketawa membayangkan kata-katanya. Aku menutup pintu almari baju lalu mencubit pipinya dengan geram. “Eiii. Ada-ada je la awak ni.”. Dia ketawa senang hati. Hatiku pula cair bagai aiskrim apabila dipanggil ‘sayang’. Panggilan itu sememangnya begitu lunak didengar. “Abang, tolong tengokkan Muslim dengan adik-adik dia tu, apa la agaknya dorang tu buat sekarang, mereka tu dah pandai berdikari sekarang ni tau.”., “Itu lah anak-anak saya Khairunisa, macam abi diorang dulu-dulu.”. Suamiku segera ke bilik mereka. Aku memandangnya dari jauh.

Apabila tiba sahaja dihadapan pintu blik anak-anak kami, suamiku terpaku seketika. Reaksi mukanya seakan-akan terjadi sesuatu yang buruk terhadap anak-anak kami. Aku melihat mereka dengan rasa curiga dan risau. Apa yang sudah terjadi?. Suamiku terus masuk ke bilik anak-anak kami. Lantas aku bergegas ke sana. Belum sempat aku menjengah ke dalam, aku terdengar suara suamiku ketawa, aku kebingungan. “Balqis, kenapa muka Balqis berminyak ni?”, tanya suamiku perlahan. Balqis hanya memandang wajah ayahnya kosong. “Eh, Balqis sapu muka dengan minyak rambut ke ni?”,suamiku bertanya lagi kepada anak kami Balqis. “Abi, adik cantik tak? Adik nak cantik macam ummi.”, jawab Balqis manja dengan senyuman ceria diwajahnya. “Wahai Puteri Balqisku sayang, tapi setahu abi, ummi tak pernah pun sapu minyak rambut kat muka dia.”, kata suamiku dengan ketawa kecil. “Ada la abi, adik selalu tengok ummi buat macam ni. Ni mesti abi lupa. Ummi selalu sapu-sapu minyak kat muka ummi, sebab tu ummi nampak cantik.”, katanya dengan yakin. Aku sudah tidak mampu menahan ketawa, aku terus masuk ke bilik dan mencelah perbualan mereka, “Assalamualaikum, ummi  dengar tadi anak ummi cakap ummi sapu minyak rambut kat muka ae? Adik, adik dah silap, yang ummi selalu sapu kat muka ummi tu bukan minyak rambut sayang, tapi itu penyegar  la sayang, budak kecil tak boleh pakai semua tu lagi, nanti rosak kulit muka adik tau.” , sambil mengusap kepala puteriku Balqis. Suamiku mulai mengerti maksud kata-kata Balqis, namun Balqis masih keliru. Dahi si Balqis berkerut-kerut. “Abi dah faham sekarang, adik masih muda, adik tetap comel macam mak walau tak sapu ‘minyak penyegar’ tu. Cuba adik tengok dalam cermin, rupa adik yang sekarang atau yang sebelum adik mekap lebih cantik?.”. balqis memandang wajahnya dalam cermin.

Balqis merenung wajahnya dengan bersungguh-sungguh. Tiba-tiba rauk wajahnya berubah. “Ummi! Abi!, kenapa ada orang minyak dalam cermin? Mana muka adik?. Adik takut!.”. Kami suami isteri ketawa mendengar kata-katanya. “Itulah rupa adik sekarang, hasil adik mekap sendiri. Cantik tak? Lebih baik adik basuh muka adik sekarang, tengok, adik sendiri pun dah takut.”, kata suamiku. Aku sudah tidak mampu menahan ketawa melihat telatahnya. “Adik tak nak muka ni! Nak muka dulu! Ummi! Abi!.”. Ayahnya hanya tersenyum melihatnya, “Mari ikut abi, kita cuci muka adik bersih-bersih biar nampak suci bersih macam ummi adik.”. Balqis didukung oleh ayahnya ke bilik air. “Huh! Memang dah sah anak ayah ni.”, keluh suamiku.Sengguh senang melihat suamiku melayan kerenah anak-anak dengan lemah lembut. Jelas terpancar aura kegembiraan dan kasih sayang pada wajah mereka. Ya Allah terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan atas segala kurniaanMu ini. Alhamdulillah, aku sedar tidak semua orang mampu menikmati sebuah kebahagian. Namun, kasih Allah di miliki oleh setiap umat Islam, berbahagialah wahai orang-orang yang beriman.  Aku hanya tersenyum  melihat kerenah mereka anak beranak.
......

Jumaat, 26 Ogos 2011

Tautan Kasihku buat Suamiku. (Bab 1)


Hari ni hari ke-2 terakhir ramadhan. “Ah!”, aku mengeluh keletihan penat memasak. Begitu cepat masa berlalu, belum puas dan belum cukup rasanya diri ini beribadah kepada Allah S.W.T.. Ramadhan bulan penuh keberkatan, penuh keampunan dan penuh kasih saying daripada Allah, Pencipta sekalian makhluk. Sukar sekali hati ini mahu melepaskan bulan ini pergi. Begitu sayu dan sedih.Hatiku menangis di dalam...namun InsyaAllah kupanjatkan doa agar bulan ini bukan bulan ramadhan terakhirku bersama suami dan anak-anak kami yang tercinta.


Selesai sahaja berqiamullail dengan suamiku, aku duduk di sofa dalam bilikku mengadap keluar tingkap bertemankan lampu meja. Suasana diluar begitu tenang diterangi lampu jalan yang suram. Sedang asyik aku membelek-belek buku resepi kuih raya sambil mengelamun, datang suamiku menenegurku, “Sayang, mana anak-anak? Semua dah tidur ke?”. “Ya bang, semua dah tidur, lepas je sahur  tadi terus je masuk bilik, maklum lah hujan, sejuk sangat, tidur la mereka.”. Aku mengalihkan kusyen disebelahku untuk suamiku duduk lalu dia baring di atas ribaku.  “Awak buat apa tu? Dari tadi duk membelek buku tu dari depan ke belakang, dari belakang ke depan, dah tertunggang tebalik buku tu awak belek.”. Aku ketawa kecil, lucu rasanya dengan dialog suamiku. “Ishk, abang ni, tak koyak lagi buku ni, saya cari resepi kuih raya yang sesuai lah bang, nanti saya nak buat sendiri tau dengan anak-anak, boleh lah abang rasa air tangan anak-anak abang sekali.”.  “Bertuahnya  abang diberikan isteri yang rajin dan pandai memasak macam awak ni tau, syok jugak ni, boleh abang rasa air tangan anak-anak kita,kan kan kan?.” Aku ketawa geli hati mendengarnya. “Syukur Alhamdulillah kita ditemukan jodoh ya abang. Kalau lah dulu saya jenis keras kepala tak nak ikut pilihan mak abah untuk jodohkan kita berdua, alamatnya, tak merasalah abang air tangan saya ngan anak-anak.”. “Ishk awak ni !” sambil memicit hidungku, perlahan suamiku bangun mendakapku. “Seandainya Allah telah menetapkan jodoh hamba-hambanya, maka akan bertemu dan besatu juga akhirnya tau, walau bagaimana cara sekalipun, namun, walau sekuat mana sekali pun ikatan pasangan kekasih hamba tu, kalau dah tak ada jodoh tak bersama jugak. Ber’couple sepuluh tahun pun, menghabiskan ‘boreh’ aje, hati dinodai nafsu, semua jenis dosa pun dikutipnya. Segala kasih dicurah habis, ada yang berkahwin namun tidak bahagia. Kenapa? Semuanya dah diberi sebelum waktu, bila tiba waktu yang tepat, sudah tiada apa-apa yang menarik. Tidak kurang yang berkasih namun putus ditengah jalan, akhirnya tunggang langgang lah hidup mengejar kekasih yang bukan jodohnya macam buku kat tangan awak ni, tengok dah nak koyak, mengalahkan anak-anak la awak ni.”. Suamiku ketawa puas hati berjaya mengusikku.“Abang!, ishk, betul cakap abang. Hamba Allah bukan dilarang untuk bercinta, cuma perlu sabar sedikit je dan tunggu waktu yang tepat. InsyaAllah, beroleh pahala dan rahmat Allah beserta berkat untuk selamat dunia akhirat. Alhamdulillah abang, saya dapat suami yang baik dan soleh macam awak. Rajin beribadah, penyanyang, baik, sopan, dan paling penting suka mengusik.”. Kami ketawa bersama, begitu seronok bergurau senda.Dulu sebelum kami diijab kabul, aku tidak pernah membayangkan peribadinya yang mampu menceriakan hari-hariku kerana perwatakannya yang begitu alim dan tegas. Aku juga tidak pernah mengenalinya, aku cuma berdoa agar ditemukan dengan seorang suami yang soleh dan baik disamping menjaga pergaulanku.


Seketika aku berdiam, lalu aku merenung jauh ke dalam mata suamiku, matanya sungguh menenangkan hatiku, begitu sayu rasanya, Ya Allah,aku begitu mensyukuri nikmat dan rezeki yang Engkau berikan kepadaku, begitu besar nikmatMu, Engkau telah kurniakan daku seorang suami yang soleh untuk melengkapkan sebahagian imanku dan sebagai pemimpin keluargaku ke syurga firdaus kelak, Syukur Alhamdulillah Ya Allah, Subhanallah. Aku masih berzikir memuji Allah S.W.T.. Tanpaku sedar suamiku mengesat lembut pipiku. Aku kehairanan lalu bertanya, “Mengapa abang?.”. “Kenapa awak menangis Khairunisa?.”.  “Ah!, betul ke, abang,...saya begitu cinta pada abang, namun jauh disudut hati saya juga takut, cinta saya terhadap abang akan melebihi daripada yang sepatutnya.”. “InsyaAllah sayang, abang doakan cinta sayang terhadap abang tidak akan melebihi cinta sayang kepada Allah S.W.T., selagi kukuh cinta kita terhadap Allah, dan selagi kita menggerakkan cinta kita diatas landasan cinta Allah, abang yakin, cinta kita akan tetap utuh buat selama-lamanya. InsyaAllah sayang, percayalah pada abang.”. Suamiku membelai rambutku dan mencium ubun-ubunku. Aku begitu terharu, lalu aku mencium tangan suamiku. “Amin. Abang, thankyou so much, saya juga doakan agar cinta kita sentiasa diberkatiNya, esok abang free tak?.”. “Ya sayangku, mesti lah free, kenapa?.”. “Great!, esok boleh tak abang temankan saya nak beli barang-barang buat biskut raya?.”. “For sure lah sayang.” Sambil mencubit pipiku,. “Aw! Sakit la, okay, thanks tau abang.”. Azan subuh mula berkumandang. Kami berdiam seketika menghayatinya bersama. Selesai sahaja azan berkumandang, kami menadah doa. “Subhanallah, merdu sekali alunan azan, sayang awak bangunkan anak-anak, kita solat subuh bersama-sama tau.”. “Baiklah abang. Abang pergilah bersiap dulu, nanti kami datang.”. “Baiklah, syukron ya habibi.”. “Afwan, suamiku”.
......

Isnin, 15 Ogos 2011

Setitis Kasih DI Bulan Ramadhan


Assalamualaikum wahai saudara-saudara seIslamku
...
Alhamdulillah sampai hari ni dah masuk 15 hari kita berpuasa dibulan ramadhan ni.
Sekejap je kan? Masa berlalu.....
So macam mana puasa korang okay ke tak...
CUkup ke tak...
Ibadah rasanya masam ke manis?

Semuanya korang sendirilah yang nilai...
Ambillah peluang ni...esok lusa kita tak tahu, masih hidupkah kita, matikah kita, semuanya ditangan Allah S.W.T..
Dikhuatirkan kita tak sempat berjumpa ramadhan akan datang.
Jadi ayuh lah kita sempurnakan setiap amalan pada bulan ramadhan kali ini.
Jangan sampai kita menyesal diakhirat kelak.
Rasanya tak puas nak bersoal pasal ramadhan...
Tak apalah, cuma kali ni saya nak share apa yang telah dishare oleh teman-teman facebook saya...
So, kat bawah tu korang baca lah ye...macam-macam ada.  


Manisan Untuk Korang.

The Beautiful Word Is ►الله"
Sweetest Name is ►محمد"
Most Beautiful Message Is ►اذان"
World Perfect Book Is ►قرآن"
And i'm Very Lucky That i'm ►مسلم"

Penunjuk Arah Gerbang Syurga Untuk Korang.

soalan--> Maaf tumpang tnya . Lorong CINTA Jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG bandar I MISS U Di mna??

jawapan--> Encik JLn terus ikut Jalan ILAHI , nampak Simpang 3 , masuk sblh Kanan , ikut jalan NIKAH , spAnjng JLn tu akn nampak Belah kanan , KdAI BATAS2 PERGAULAN & sblah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . Haa itu tandanya eNcik brada di JLn btl. Semoga selamat sampai .  :)

Peringatan Keselamatan Pulang Berhari Raya ni.

Pesanan dari PDRM
Jika anda memandu diwaktu mlm dan cermin kereta dilempar telur ayam jgn on wiper atau pancut air.Terus memandu dgn apa yg mampu dilihat hingga tiba ditmpt slmt.Ini krn jika telur ayam bercampur air ia akn menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap pengelihatan kita yg akan memaksa kita berhenti.Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak.Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan. - Polis DiRaja Malaysia...


Khamis, 11 Ogos 2011

Ramadhan Mubarak

Asslamualaikum semua !

Selamat Menjalani Ibadah Puasa ya! Diharapkan ramadhan kali ni dapat mengajar kita kesabaran, kesyukuran, kemanisan beribadah kepada Allah S.W.T. dan menjadikan kita seorang hamba yang lebih baik daripada sebelumnya.InsyaAllah, ayuh kita ambil  peluang ni untuk kita sama-sama mengaut pahala yang berlipat ganda, dan berusaha mencari dan mengorek lubuk emas (malam lailatulkodar)...

Bulan puasa ni kan, cuba kita belajar untuk makan sedikit, tak perlulah kita pergi ke bazar ramadhan everyday, and spend almost RM50.00. Ianya membazir bukan?

Bagi orang yang tak faham dia cakap bulan puasa menambahkan berat badan.
Betul ke??!

Eh, takkk..salah tu.
Puasa ni boleh menjadi diet yang baik tau...masalah yang jadi bertambah berat badan tu pasal makan ikut nafsu.
Nak nak time buka puasa, huh, mana ada atas meja tu, habis dihentamnya...macam tak makan setahun...
Padahal baru 1 hari..

Kalau nak tahu..Rasulullah S.A.W. pergi berperang pada bulan ramadhan hanya dengan memakan 3 biji buah kurma je tau...
Itu sudah cukup buat beliau...

Ada orang makan nasi 2 pinggang buat sahur, pastu?
Terlentang kemalasan...buat ekrja tak larat...dah tu makan sampai boyok!
Sampao dapat penyakit PJD..
Hm !

Tau apa PJD ??!
Korang boleh rawat penyakit ni bulan puasa nih tau..kecik sikit ke, besar sikit ke, InsyaAllah mujarab.
PJD tu ialah, Perut Jalan Depan/ Perut Jalan Dulu...


OK lah, semoga ramadhan menjadi Madrasah Tarbiah buat kita semua...
TIdak berniat hendak menyentuh sensitiviti sesiapa, sekadar bergurau...
Mohon maaf seandai terkasar bahasa...
Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan..

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com