“Ummi ! Ummi ! abang nak pakai baju mana ni ummi? Baju raya
ke?.”, anakku Muslim berlari lalu menerpaku di
kamar dari belakang. Terperanjat aku dibuatnya. “Ya Allah, terkejut mak, kenapa abang buat
macam ni? Lain kali kalau nak masuk bilik ummi abang kena bagi salam dulu.” Nadaku
sedikit tinggi. Anakku Muslim tunduk dengan rasa bersalah. Aku beristighfar
atas kesilapanku melayan anak kecilku Muslim, sedangkan dia tidak mengerti.
Lalu aku mendakapnya dan memandang matanya sambil memujuknya, “Abang, mak
mintak maaf sebab berkeras suara dengan abang, bukannya mak marah abang masuk
bilik mak, tapi abang mesti bagi salam dulu, tengok tadi, Alhamdulillah mak
sihat walafiat tak ada sakit jantung, macam mana kalau mak sakit, boleh kena
serangan jantung mak ni tau. Silap hari bulan masuk hospital. Sapa nak tolong
abi jaga abang dengan adik-adik?. Hm! Lagipun abang, kita ni diajar oleh
Rasulullah, bila nak masuk masjid ke,
rumah ke, bilik mak ayah ke, kena bagi salam, sebagai mendoakan dan
menghormati orang dan malaikat yang ada di dalamnya.”. Muslim mengangguk
faham. “Mak! Abang mintak maaf. Lain
kali abang tak buat lagi.”. Lalu diciumnya tanganku.
Aku mengusap lembut
rambutnya. “Baiklah mak maafkan, abang tanya apa tadi?”, aku cuba bertanya
sekali lagi pada anakku. “Ummi, abang nak pakai baju apa? Baju raya ke ummi?”.
Aku ketawa mendengar pertanyaannya, “Kenapa pulak abang nak pakai baju raya ni?
Kita belum raya lagi la sayang!.”. Aku memicit hujung hidungnya. Merah padam
hidungnya, semacam badut pun ada. Comel sekali anakku, lucu pula rasanya.
“Habis tu mak, kita nak ke mana kalau bukan nak beraya?.”, anakku kecilku
Muslim berusia lima tahun masih kebingungan.
Aku cuba menjelaskan kepadanya, “Abang, kita belum beraya lagi lah,
abang ni puasa ke tak ni? Hari ni hari kedua terakhir kita berpuasa tau, cuma
tinggal dua hari ni je lagi nak raya, sekarang kita nak ke kedai nak beli
barang buat kuih raya.”. Muslim mengeluh, “Huh!...abang lupa la ummi, huray! Nak buat kuih raya, yes yes, okay lah ummi abang nak pakai
baju lain, pergi dulu ummi.”. Muslim
berlari menuju ke biliknya. Aku hanya memerhatinya dari jauh, sudah besar
panjang anakku si Muslim ni, entah sejak bila dia pandai berdandan sendiri.
Biasanya mintak umminya pakaikan, ini lah agaknya orang kata zaman dah berubah,
dunia dah maju. Namun segalanya tetap ada baik dan buruknya.
Aku kembali memilih pakaian untuk aku pakai hari ini. Entah
kenapa mood aku serba tidak kena sahaja hari ini. Semua warna pun tidak menarik
perhatianku. Sedang asyik memilih baju, suami menegurku dari belakang. “Eh,
awak tak siap-siap lagi?.”. Aku mengeluh, “Entahlah abang, lenguh rasanya mencari
pakaian yang sesuai ni, semuanya tak menarik perhatian saya.”. Suamiku sudah
masak benar dengan kerenahku. Aku
memandangnya, dia kelihatan segak memakai t-shirt
dan seluar jeans. Dia berjalan
menghampiriku , “Huh! Awak ni dari
dulu tak pernah berubah asal bab pakaian je memang cerewet. Apa kata awak pakai
baju sedondon dengan saya hari ni, nak? Kita jadi pasangan sejoli. Saya pun nak
merasa jugak macam pasangan kekasih kat luar tu. Jalan berpegang tangan, pakai
baju sedondon, cuit mencuit. Boleh la!”, sambil membuat mimik muka manjanya.
Aku ketawa lagi, keluargaku sememangnya sentiasa menghiburkan. Aku mencubit
lengan kanannya. “Eiii, awak ni! Mengade-ngade betul la.”. Dia masih lagi
membuat mimik mukanya. Mukaku mulai terasa hangat membara, Aku tersipu-sipu malu
kerana tidak pernah dilayan sebegitu oleh seorang lelaki. Aku cuba
menyembunyikan, namun mampu dihidunya. Suamiku tertawa melihat responku. Aku
membalas sambil berpura-pura memilih baju, “Tapi kan abang, kalau dah ada tiga
orang anak masih sama ke macam orang muda-muda tu sayang?.”. Lantas dia
menjawab, “Eh? Kenapa tidak? Malah lebih seronok, syok apa? Anak-anak kita tu sebagai bukti ikatan cinta kita yang
sah dan utuh. Bila berjalan nanti kita berpimpin tangan ramai-ramai dengan
anak-anak. Nampak cute je. Lagi ramai
lagi bagus, tak gitu?.”. Aku hanya mampu ketawa membayangkan kata-katanya. Aku
menutup pintu almari baju lalu mencubit pipinya dengan geram. “Eiii. Ada-ada je
la awak ni.”. Dia ketawa senang hati. Hatiku pula cair bagai aiskrim apabila
dipanggil ‘sayang’. Panggilan itu sememangnya begitu lunak didengar. “Abang,
tolong tengokkan Muslim dengan adik-adik dia tu, apa la agaknya dorang tu buat sekarang,
mereka tu dah pandai berdikari sekarang ni tau.”., “Itu lah anak-anak saya
Khairunisa, macam abi diorang dulu-dulu.”. Suamiku segera ke bilik mereka. Aku
memandangnya dari jauh.
Apabila tiba sahaja dihadapan pintu blik anak-anak kami, suamiku
terpaku seketika. Reaksi mukanya seakan-akan terjadi sesuatu yang buruk
terhadap anak-anak kami. Aku melihat mereka dengan rasa curiga dan risau. Apa
yang sudah terjadi?. Suamiku terus masuk ke bilik anak-anak kami. Lantas aku
bergegas ke sana. Belum sempat aku menjengah ke dalam, aku terdengar suara
suamiku ketawa, aku kebingungan. “Balqis, kenapa muka Balqis berminyak ni?”, tanya
suamiku perlahan. Balqis hanya memandang wajah ayahnya kosong. “Eh, Balqis sapu
muka dengan minyak rambut ke ni?”,suamiku bertanya lagi kepada anak kami
Balqis. “Abi, adik cantik tak? Adik nak cantik macam ummi.”, jawab Balqis manja
dengan senyuman ceria diwajahnya. “Wahai Puteri Balqisku sayang, tapi setahu
abi, ummi tak pernah pun sapu minyak rambut kat muka dia.”, kata suamiku dengan
ketawa kecil. “Ada la abi, adik selalu tengok ummi buat macam ni. Ni mesti abi
lupa. Ummi selalu sapu-sapu minyak kat muka ummi, sebab tu ummi nampak
cantik.”, katanya dengan yakin. Aku sudah tidak mampu menahan ketawa, aku terus
masuk ke bilik dan mencelah perbualan mereka, “Assalamualaikum, ummi dengar tadi anak ummi cakap ummi sapu minyak
rambut kat muka ae? Adik, adik dah silap, yang ummi selalu sapu kat muka ummi
tu bukan minyak rambut sayang, tapi itu penyegar la sayang, budak kecil tak boleh pakai semua
tu lagi, nanti rosak kulit muka adik tau.” , sambil mengusap kepala puteriku Balqis. Suamiku mulai mengerti maksud
kata-kata Balqis, namun Balqis masih keliru. Dahi si Balqis berkerut-kerut. “Abi
dah faham sekarang, adik masih muda, adik tetap comel macam mak walau tak sapu ‘minyak
penyegar’ tu. Cuba adik tengok dalam cermin, rupa adik yang sekarang atau yang
sebelum adik mekap lebih cantik?.”. balqis memandang wajahnya dalam cermin.
Balqis merenung wajahnya dengan bersungguh-sungguh.
Tiba-tiba rauk wajahnya berubah. “Ummi! Abi!, kenapa ada orang minyak dalam
cermin? Mana muka adik?. Adik takut!.”. Kami suami isteri ketawa mendengar
kata-katanya. “Itulah rupa adik sekarang, hasil adik mekap sendiri. Cantik tak?
Lebih baik adik basuh muka adik sekarang, tengok, adik sendiri pun dah takut.”, kata suamiku. Aku sudah tidak mampu menahan ketawa melihat telatahnya. “Adik tak nak muka ni!
Nak muka dulu! Ummi! Abi!.”. Ayahnya hanya tersenyum melihatnya, “Mari ikut
abi, kita cuci muka adik bersih-bersih biar nampak suci bersih macam ummi
adik.”. Balqis didukung oleh ayahnya ke bilik air. “Huh! Memang dah sah anak
ayah ni.”, keluh suamiku.Sengguh senang melihat suamiku melayan kerenah
anak-anak dengan lemah lembut. Jelas terpancar aura kegembiraan dan kasih
sayang pada wajah mereka. Ya Allah terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan
atas segala kurniaanMu ini. Alhamdulillah, aku sedar tidak semua orang mampu
menikmati sebuah kebahagian. Namun, kasih Allah di miliki oleh setiap umat
Islam, berbahagialah wahai orang-orang yang beriman. Aku hanya tersenyum melihat kerenah mereka anak beranak.
......