Hari ni hari ke-2 terakhir ramadhan. “Ah!”, aku mengeluh
keletihan penat memasak. Begitu cepat masa berlalu, belum puas dan belum cukup
rasanya diri ini beribadah kepada Allah S.W.T.. Ramadhan bulan penuh
keberkatan, penuh keampunan dan penuh kasih saying daripada Allah, Pencipta
sekalian makhluk. Sukar sekali hati ini mahu melepaskan bulan ini pergi. Begitu
sayu dan sedih.Hatiku menangis di dalam...namun InsyaAllah kupanjatkan doa agar
bulan ini bukan bulan ramadhan terakhirku bersama suami dan anak-anak kami yang
tercinta.
Selesai sahaja berqiamullail dengan suamiku, aku duduk di
sofa dalam bilikku mengadap keluar tingkap bertemankan lampu meja. Suasana
diluar begitu tenang diterangi lampu jalan yang suram. Sedang asyik aku
membelek-belek buku resepi kuih raya sambil mengelamun, datang suamiku
menenegurku, “Sayang, mana anak-anak? Semua dah tidur ke?”. “Ya bang, semua dah
tidur, lepas je sahur tadi terus je
masuk bilik, maklum lah hujan, sejuk sangat, tidur la mereka.”. Aku mengalihkan
kusyen disebelahku untuk suamiku duduk lalu dia baring di atas ribaku. “Awak buat apa tu? Dari tadi duk membelek buku
tu dari depan ke belakang, dari belakang ke depan, dah tertunggang tebalik buku
tu awak belek.”. Aku ketawa kecil, lucu rasanya dengan dialog suamiku. “Ishk,
abang ni, tak koyak lagi buku ni, saya cari resepi kuih raya yang sesuai lah
bang, nanti saya nak buat sendiri tau dengan anak-anak, boleh lah abang rasa
air tangan anak-anak abang sekali.”. “Bertuahnya
abang diberikan isteri yang rajin dan pandai
memasak macam awak ni tau, syok jugak ni, boleh abang rasa air tangan anak-anak
kita,kan kan kan?.” Aku ketawa geli hati mendengarnya. “Syukur Alhamdulillah kita
ditemukan jodoh ya abang. Kalau lah dulu saya jenis keras kepala tak nak ikut
pilihan mak abah untuk jodohkan kita berdua, alamatnya, tak merasalah abang air
tangan saya ngan anak-anak.”. “Ishk awak ni !” sambil memicit hidungku, perlahan
suamiku bangun mendakapku. “Seandainya Allah telah menetapkan jodoh hamba-hambanya,
maka akan bertemu dan besatu juga akhirnya tau, walau bagaimana cara sekalipun,
namun, walau sekuat mana sekali pun ikatan pasangan kekasih hamba tu, kalau dah
tak ada jodoh tak bersama jugak. Ber’couple
sepuluh tahun pun, menghabiskan ‘boreh’ aje, hati dinodai nafsu, semua
jenis dosa pun dikutipnya. Segala kasih dicurah habis, ada yang berkahwin namun
tidak bahagia. Kenapa? Semuanya dah diberi sebelum waktu, bila tiba waktu yang
tepat, sudah tiada apa-apa yang menarik. Tidak kurang yang berkasih namun putus
ditengah jalan, akhirnya tunggang langgang lah hidup mengejar kekasih yang
bukan jodohnya macam buku kat tangan awak ni, tengok dah nak koyak, mengalahkan
anak-anak la awak ni.”. Suamiku ketawa puas hati berjaya mengusikku.“Abang!, ishk,
betul cakap abang. Hamba Allah bukan dilarang untuk bercinta, cuma perlu sabar
sedikit je dan tunggu waktu yang tepat. InsyaAllah, beroleh pahala dan rahmat
Allah beserta berkat untuk selamat dunia akhirat. Alhamdulillah abang, saya
dapat suami yang baik dan soleh macam awak. Rajin beribadah, penyanyang, baik,
sopan, dan paling penting suka mengusik.”. Kami ketawa bersama, begitu seronok
bergurau senda.Dulu sebelum kami diijab kabul, aku tidak pernah membayangkan peribadinya
yang mampu menceriakan hari-hariku kerana perwatakannya yang begitu alim dan
tegas. Aku juga tidak pernah mengenalinya, aku cuma berdoa agar ditemukan
dengan seorang suami yang soleh dan baik disamping menjaga pergaulanku.
Seketika aku berdiam, lalu aku merenung jauh ke dalam mata suamiku, matanya sungguh menenangkan hatiku, begitu sayu rasanya, Ya Allah,aku begitu mensyukuri nikmat dan rezeki yang Engkau berikan kepadaku, begitu besar nikmatMu, Engkau telah kurniakan daku seorang suami yang soleh untuk melengkapkan sebahagian imanku dan sebagai pemimpin keluargaku ke syurga firdaus kelak, Syukur Alhamdulillah Ya Allah, Subhanallah. Aku masih berzikir memuji Allah S.W.T.. Tanpaku sedar suamiku mengesat lembut pipiku. Aku kehairanan lalu bertanya, “Mengapa abang?.”. “Kenapa awak menangis Khairunisa?.”. “Ah!, betul ke, abang,...saya begitu cinta pada abang, namun jauh disudut hati saya juga takut, cinta saya terhadap abang akan melebihi daripada yang sepatutnya.”. “InsyaAllah sayang, abang doakan cinta sayang terhadap abang tidak akan melebihi cinta sayang kepada Allah S.W.T., selagi kukuh cinta kita terhadap Allah, dan selagi kita menggerakkan cinta kita diatas landasan cinta Allah, abang yakin, cinta kita akan tetap utuh buat selama-lamanya. InsyaAllah sayang, percayalah pada abang.”. Suamiku membelai rambutku dan mencium ubun-ubunku. Aku begitu terharu, lalu aku mencium tangan suamiku. “Amin. Abang, thankyou so much, saya juga doakan agar cinta kita sentiasa diberkatiNya, esok abang free tak?.”. “Ya sayangku, mesti lah free, kenapa?.”. “Great!, esok boleh tak abang temankan saya nak beli barang-barang buat biskut raya?.”. “For sure lah sayang.” Sambil mencubit pipiku,. “Aw! Sakit la, okay, thanks tau abang.”. Azan subuh mula berkumandang. Kami berdiam seketika menghayatinya bersama. Selesai sahaja azan berkumandang, kami menadah doa. “Subhanallah, merdu sekali alunan azan, sayang awak bangunkan anak-anak, kita solat subuh bersama-sama tau.”. “Baiklah abang. Abang pergilah bersiap dulu, nanti kami datang.”. “Baiklah, syukron ya habibi.”. “Afwan, suamiku”.

......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan