I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 28 Ogos 2011

Tautan Kasihku buat Suamiku. (Bab 2)


“Ummi ! Ummi ! abang nak pakai baju mana ni ummi? Baju raya ke?.”, anakku Muslim berlari lalu menerpaku di  kamar dari belakang. Terperanjat aku dibuatnya.  “Ya Allah, terkejut mak, kenapa abang buat macam ni? Lain kali kalau nak masuk bilik ummi abang kena bagi salam dulu.” Nadaku sedikit tinggi. Anakku Muslim tunduk dengan rasa bersalah. Aku beristighfar atas kesilapanku melayan anak kecilku Muslim, sedangkan dia tidak mengerti. Lalu aku mendakapnya dan memandang matanya sambil memujuknya, “Abang, mak mintak maaf sebab berkeras suara dengan abang, bukannya mak marah abang masuk bilik mak, tapi abang mesti bagi salam dulu, tengok tadi, Alhamdulillah mak sihat walafiat tak ada sakit jantung, macam mana kalau mak sakit, boleh kena serangan jantung mak ni tau. Silap hari bulan masuk hospital. Sapa nak tolong abi jaga abang dengan adik-adik?. Hm! Lagipun abang, kita ni diajar oleh Rasulullah, bila nak masuk masjid ke,  rumah ke, bilik mak ayah ke, kena bagi salam, sebagai mendoakan dan menghormati orang dan malaikat yang ada di dalamnya.”. Muslim mengangguk faham.  “Mak! Abang mintak maaf. Lain kali abang tak buat lagi.”. Lalu diciumnya tanganku.

 Aku mengusap lembut rambutnya. “Baiklah mak maafkan, abang tanya apa tadi?”, aku cuba bertanya sekali lagi pada anakku. “Ummi, abang nak pakai baju apa? Baju raya ke ummi?”. Aku ketawa mendengar pertanyaannya, “Kenapa pulak abang nak pakai baju raya ni? Kita belum raya lagi la sayang!.”. Aku memicit hujung hidungnya. Merah padam hidungnya, semacam badut pun ada. Comel sekali anakku, lucu pula rasanya. “Habis tu mak, kita nak ke mana kalau bukan nak beraya?.”, anakku kecilku Muslim berusia lima tahun masih kebingungan.  Aku cuba menjelaskan kepadanya, “Abang, kita belum beraya lagi lah, abang ni puasa ke tak ni? Hari ni hari kedua terakhir kita berpuasa tau, cuma tinggal dua hari ni je lagi nak raya, sekarang kita nak ke kedai nak beli barang buat kuih raya.”. Muslim mengeluh, “Huh!...abang lupa la ummi, huray! Nak buat kuih raya, yes yes, okay lah ummi abang nak pakai baju lain, pergi dulu ummi.”.  Muslim berlari menuju ke biliknya. Aku hanya memerhatinya dari jauh, sudah besar panjang anakku si Muslim ni, entah sejak bila dia pandai berdandan sendiri. Biasanya mintak umminya pakaikan, ini lah agaknya orang kata zaman dah berubah, dunia dah maju. Namun segalanya tetap ada baik dan buruknya.

Aku kembali memilih pakaian untuk aku pakai hari ini. Entah kenapa mood aku serba tidak kena sahaja hari ini. Semua warna pun tidak menarik perhatianku. Sedang asyik memilih baju, suami menegurku dari belakang. “Eh, awak tak siap-siap lagi?.”. Aku mengeluh, “Entahlah abang, lenguh rasanya mencari pakaian yang sesuai ni, semuanya tak menarik perhatian saya.”. Suamiku sudah masak benar  dengan kerenahku. Aku memandangnya, dia kelihatan segak memakai t-shirt dan seluar jeans. Dia berjalan menghampiriku , “Huh! Awak ni dari dulu tak pernah berubah asal bab pakaian je memang cerewet. Apa kata awak pakai baju sedondon dengan saya hari ni, nak? Kita jadi pasangan sejoli. Saya pun nak merasa jugak macam pasangan kekasih kat luar tu. Jalan berpegang tangan, pakai baju sedondon, cuit mencuit. Boleh la!”, sambil membuat mimik muka manjanya. Aku ketawa lagi, keluargaku sememangnya sentiasa menghiburkan. Aku mencubit lengan kanannya. “Eiii, awak ni! Mengade-ngade betul la.”. Dia masih lagi membuat mimik mukanya. Mukaku mulai terasa hangat membara, Aku tersipu-sipu malu kerana tidak pernah dilayan sebegitu oleh seorang lelaki. Aku cuba menyembunyikan, namun mampu dihidunya. Suamiku tertawa melihat responku. Aku membalas sambil berpura-pura memilih baju, “Tapi kan abang, kalau dah ada tiga orang anak masih sama ke macam orang muda-muda tu sayang?.”. Lantas dia menjawab, “Eh? Kenapa tidak? Malah lebih seronok, syok apa? Anak-anak kita tu sebagai bukti ikatan cinta kita yang sah dan utuh. Bila berjalan nanti kita berpimpin tangan ramai-ramai dengan anak-anak. Nampak cute je. Lagi ramai lagi bagus, tak gitu?.”. Aku hanya mampu ketawa membayangkan kata-katanya. Aku menutup pintu almari baju lalu mencubit pipinya dengan geram. “Eiii. Ada-ada je la awak ni.”. Dia ketawa senang hati. Hatiku pula cair bagai aiskrim apabila dipanggil ‘sayang’. Panggilan itu sememangnya begitu lunak didengar. “Abang, tolong tengokkan Muslim dengan adik-adik dia tu, apa la agaknya dorang tu buat sekarang, mereka tu dah pandai berdikari sekarang ni tau.”., “Itu lah anak-anak saya Khairunisa, macam abi diorang dulu-dulu.”. Suamiku segera ke bilik mereka. Aku memandangnya dari jauh.

Apabila tiba sahaja dihadapan pintu blik anak-anak kami, suamiku terpaku seketika. Reaksi mukanya seakan-akan terjadi sesuatu yang buruk terhadap anak-anak kami. Aku melihat mereka dengan rasa curiga dan risau. Apa yang sudah terjadi?. Suamiku terus masuk ke bilik anak-anak kami. Lantas aku bergegas ke sana. Belum sempat aku menjengah ke dalam, aku terdengar suara suamiku ketawa, aku kebingungan. “Balqis, kenapa muka Balqis berminyak ni?”, tanya suamiku perlahan. Balqis hanya memandang wajah ayahnya kosong. “Eh, Balqis sapu muka dengan minyak rambut ke ni?”,suamiku bertanya lagi kepada anak kami Balqis. “Abi, adik cantik tak? Adik nak cantik macam ummi.”, jawab Balqis manja dengan senyuman ceria diwajahnya. “Wahai Puteri Balqisku sayang, tapi setahu abi, ummi tak pernah pun sapu minyak rambut kat muka dia.”, kata suamiku dengan ketawa kecil. “Ada la abi, adik selalu tengok ummi buat macam ni. Ni mesti abi lupa. Ummi selalu sapu-sapu minyak kat muka ummi, sebab tu ummi nampak cantik.”, katanya dengan yakin. Aku sudah tidak mampu menahan ketawa, aku terus masuk ke bilik dan mencelah perbualan mereka, “Assalamualaikum, ummi  dengar tadi anak ummi cakap ummi sapu minyak rambut kat muka ae? Adik, adik dah silap, yang ummi selalu sapu kat muka ummi tu bukan minyak rambut sayang, tapi itu penyegar  la sayang, budak kecil tak boleh pakai semua tu lagi, nanti rosak kulit muka adik tau.” , sambil mengusap kepala puteriku Balqis. Suamiku mulai mengerti maksud kata-kata Balqis, namun Balqis masih keliru. Dahi si Balqis berkerut-kerut. “Abi dah faham sekarang, adik masih muda, adik tetap comel macam mak walau tak sapu ‘minyak penyegar’ tu. Cuba adik tengok dalam cermin, rupa adik yang sekarang atau yang sebelum adik mekap lebih cantik?.”. balqis memandang wajahnya dalam cermin.

Balqis merenung wajahnya dengan bersungguh-sungguh. Tiba-tiba rauk wajahnya berubah. “Ummi! Abi!, kenapa ada orang minyak dalam cermin? Mana muka adik?. Adik takut!.”. Kami suami isteri ketawa mendengar kata-katanya. “Itulah rupa adik sekarang, hasil adik mekap sendiri. Cantik tak? Lebih baik adik basuh muka adik sekarang, tengok, adik sendiri pun dah takut.”, kata suamiku. Aku sudah tidak mampu menahan ketawa melihat telatahnya. “Adik tak nak muka ni! Nak muka dulu! Ummi! Abi!.”. Ayahnya hanya tersenyum melihatnya, “Mari ikut abi, kita cuci muka adik bersih-bersih biar nampak suci bersih macam ummi adik.”. Balqis didukung oleh ayahnya ke bilik air. “Huh! Memang dah sah anak ayah ni.”, keluh suamiku.Sengguh senang melihat suamiku melayan kerenah anak-anak dengan lemah lembut. Jelas terpancar aura kegembiraan dan kasih sayang pada wajah mereka. Ya Allah terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan atas segala kurniaanMu ini. Alhamdulillah, aku sedar tidak semua orang mampu menikmati sebuah kebahagian. Namun, kasih Allah di miliki oleh setiap umat Islam, berbahagialah wahai orang-orang yang beriman.  Aku hanya tersenyum  melihat kerenah mereka anak beranak.
......

5 ulasan:

MiZi berkata...

jiwang entry ni tapi bermanfaat sangat

http://www.contengcorner.com/2011/09/korban-demi-dia.html

cik grrr berkata...

Tq mizi sdi komen...klo x jiwang x ramai nk bca...haha...bgs la bermnfaat...=)

Tanpa Nama berkata...

Saya terkesan dengan cara Anda mengekspresikan pikiran-pikiran Anda tentang Blogger: dialog hidup - Catat Ulasan. Saya tidak bisa belive bahwa seseorang dapat menulis sebuah cerita yang menakjubkan seperti Thet tentang Aku cinta Blogger: dialog hidup - Catat Ulasan.

Tanpa Nama berkata...

Aku benar-benar dapat mengatakan bahwa saya belum pernah membaca informasi yang berguna begitu banyak tentang Blogger: dialog hidup - Catat Ulasan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada webmaster dari blog ini .

Tanpa Nama berkata...

Bagus posting tentang Blogger: dialog hidup - Catat Ulasan. Saya sangat terkesan dengan waktu dan usaha anda telah dimasukkan ke dalam menulis kisah ini . Aku akan memberikan Anda sebuah link di blog media sosial saya. Semua yang terbaik!

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com