membesar...hidup penuh dengan pengalaman baru, setiap hari pasti diriku bermonolog sendiri memikirkan setiap yang terjadi dan bakal terjadi...aku berdialog sepanjang hidup ku, kadang2 aku bingung dan buntu...cuba mengenali dunia dan hidup sebagai hamba Allah yang kerdil lagi lemah dan hina...
Khamis, 12 Mei 2011
Nak bibik minat membaca senang je!
Marilah kita memupuk minat membaca sekarang!
It is important you know! Of course you know.
Kalau nak tahu, saya dah jumpa satu cara yang saya rasa akan berhasil.
Cara ini dikongsi oleh seorang ulat buku sendiri, beliau seorang doktor pakar yang sangat minat membaca. Hari tu dia ada datang ke sekolah saya semasa forum bersama tokoh-tokoh sekolah. Bilangan mereka 6 orang, semuanya hebat-hebat belaka. Artis pun ade! Artis yang dimaksudkan bukan macam pelakon or penyanyi tapi pengacara Malaysia yang selalu ke Mesir tu!
Dah dah, mari kita teruskan.
Pertama pastikan ditangan kita sentiasa ada buku yang dibawa kemana-mana sahaja untuk dibaca, walaupun tak membaca. Bagi doktor tu, walaupun tidak membaca sekurang-kurangnya dia dapat tengok jugak buku. Walaupun kita tidak baca katanya, lama-lama kita akan rasa bodoh kerana bawak buku merata-rata tapi tak pernah membaca. Kemudian kita akan mula membelek-belek and baca sedikit. Lama-lama, kita akan rasa rugi, ilmu itu banyak, kenapa kita ambil sedikit? Rugi.Sekali kita baca buku, kita akan rasa nak lagi, nak lagi dan lagi. Sempat juga doktor ni buat 1 analogi untuk kami kat dewan sekolah aritu.
Sekarang kita berada dalam dewan, membaca ibarat kita membuka banyak pintu dewan ini untuk kita melihat. Kita akan dapat mengenali dunia dengan lebih luas. Apabila orang bercakap mengenai dunia belah sini, kita tahu. Apabila orang bercakap mengenai dunia sebelah sana, kita tahu. Apabila berlaku percanggahan idea, kita tahu mana yang betul dan mana yang salah, mungkin jugak dua-duanya itu benar. Kerana, pandangan dan ilmu kita lebih banyak dan jauh.
Nasihat beliau, kadang-kadang apabila kita perlu membuat pilihan atau keputusan dalam hidup, jika kita berilmu kita dapat memilih jalan yang betul dan ianya banyak (jalan).
Beliau ada menceritakan, semasa beliau kecik, ayah dia selalu nasihatkan bacalah buku. Ayah beliau sehingga akhir hayat mencari seorang guru uuntuk belajar.
So, kepada pelajar, ibu bapa, or anyone. Bawalah buku bersama sepanjang masa. Ikutlah orang nak cakap apa. Tapi kita orang yang nak cari ilmu. Ilmu itu bukan sedikit, ilmu itu banyak. Sepanjang kita hidup, belum habis lagi ilmu untuk kita pelajari dan terokai. Ilmu Allah begitu luas, ingat analogi ilmu yang Allah bagi kepada manusia adalah sebanayk mana air laut yang melekat pada hujung jarum yang dicelup ke dalam lautan yang luas. Ingatlah jangan kita meninggi diri dan merasa riak.
p/s: esok hari guru, kepada semua guru-guru selamat hari guru. Terima kasih untuk segala pengorbanan dan kesabaran dalam mendidik kami pelajarmu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
saya selalu gak membaca.. tapi komik la.. ok ker.. heh3
Wajib Baca dan : Mizi Ajak Ni
haha, komek? ntah la, tgk la bhgian mn ia membantu...
Catat Ulasan