Abu Hurairah yang juga sahabat Nabi Muhammada S.A.W. melaporkan, 'Pada suatu malam, selepas mengerjakan sembahyang Isyak saya dan Nabi Muhammad keluar berjalan-jalan. Dalam perjalanan, saya berjumpa dengan seorang wanita.Wanita itu bertanya, "Abu Hurairah, saya telah melakukan satu dosa. Adakah saya masih boleh bertaubat?"
Saya pun bertanya kepada wanita itu, "Apakah dosa yang saudari telah lakukan?"
Wanita itu menjawab, "Saya berzina sehingga melahirkan anak zina. Kemudian saya bunuh anak itu."
Saya pun berkata kepada wanita itu, "Terlaknatlah engkau. Demi Allah, taubatmu tidak diterima Allah."
Wanita yang mendengar kata-kata itu berasa sedih dan terus berlalu perrgi dari situ. Selepas itu, saya terfikir dalam hati, mangapakah saya memberi fatwa kepada wanita itu sedangkan Nabi Muhammad berada bersama saya. Tanpa berlengah lagi, saya kembali kepada Nabi Muhammad. Saya ceritakan pertemuan saya dengan wanita itu tadi.
Nabi Muhammad berkata, "Saudara sudah membuat salah, Adakah saudara tidak mendengar ayat Al-Quran 68 hingga 70 dalam surah al-Furqan yang bermaksud, "Dan orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan."
Selepas mendengar Nabi Muhammad berkata demikian, saya pun keluar dan mencari wanita itu. Saya bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain dan bertanya, "Bolehkah kamu tunjukkan kepada saya wanita yang bertanya kepada saya sebentar tadi berkenaan masalahnya?"
Salah seorang daripada kanak-kanak itu menjawab, "Wanita itu sudah menjadi gila, pak cik Abu Hurairah."
Apabila mendengar kata kanak-kanak itu, saya pun tetap meneruskan niat mencari wanita itu dan akhirnya bertemu juga. Akhirnya, saya bertemu dengan wanita itu dan terus memberitahu berkenaan taubatnya masih diterima Allah.
Wanita itu yang mendengar kata saya terus menjerit dan berkata, "Saya mempunyai kebun dan saya sedekahkan kebun itu hanya kerana Allah dan Rasul."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan