Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. |
Allah ma'ana. (Allah bersama kita)
Alhamdulillah, Malaysia berjaya dan mengaum dengan megah apabila memenangi pingat emas untuk negara dalam sukan SEA-26 2011.
Tahniah saya ucapkan atas kesungguhan dan semangat pemain bermain di padang pihak lawan, Stadium Gelora Bung Karno. Skuad Harimau Muda tidak mudah patah semangat dan sentiasa focus dalam permainan, mereka tidak mudah terpedaya dengan sorakan penyokong Indonesia. Alhamdulillah, akhirnya perlawanan malam tersebut menjadi rezeki Malaysia. Saya berpuas hati dengan mereka dan saya juga berbangga dengan cara permainan yang sangat bagus. Syukur Alhamdulillah.
Lihat bagaimana coach Malaysia kasi semangat ni. Wow. :) Teach them what being Malaysian is all about!!! CONRATES JUGAK BUAT ONG KIM SWEE. Teruskan kejayaan ini... |
Namun, malam ini pasukan Malaysia kecundang dengan pasukan dari Syria dalam perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berakhir dengan keputusan Malaysia 0, Syria 2.
Apapun saya tidak menyalahkan Skuad Harimau Muda atas kekalahan ini. Wajar sahaja mereka tidak mampu memberikan prestasi yang sangat memberangsangkan pada malam ini atas fator keletihan. Namun, saya juga kagum dengan pasukan Syria, apabila mereka berjaya menjaringkan gol mereka sujud syukur kepada Allah. Itulah kekuatan mereka.Perlawanan dengan Indonesia juga begitu, mereka juga berdoa sebelum meneruskan perlawanan. Pergantungan kepada Allah, segalanya pasti boleh. (Tapi tak nampak pulak pasukan kesayangan saya buat camtu..huhu). Mugkin saya terlepas pandang sewaktu Skuad Harimau Muda sama-sama berdoa. Mungkin juga tidak dipadang perlawanan.Walau dimana sahaja pasukan Malaysia berada, mereka tetap dihati saya.
Paling membanggakan kejayaan ini adalah hasil sepakan-sepakan rakyat Malaysia sendiri, bukan pemain import. YEAH!
InsyaAllah, dalam perlawanan dengan pasukan bola sepak dengan Bahrain pada hari Ahad ini, Skuad Harimau Muda pasti mengaum kembali setelah direhatkan selama 4 hari dan dicas tenaga dengan sepenuhnya. InsyaAllah! Amin!. Sama-samalah kita doakan kejayaan Skuad Harimau Muda.
Sedikit renungan, saya perolehnya daripada perkongsian rakan di facebook. (saya gunakan ayat sendiri)
Alangkah bagusnya sekiranya agama Islam kita juga diberikan sokongan dan perpaduan seperti perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia. Melupakan pangkat, politik dan sebagainya demi 1 matlamat. Pasti syiar Islam akan terus megah di dunia. InsyaAllah, Amin.
Kepada Skuad Harimau Muda, ayuh tingkatkan prestasi kalian. Segala yang berlaku pasti adalah kerana takdir Allah. Namun, takdir itu ada yang mampu diubah, dan ada yang tidak mampu diubah. InsyaAllah kalian pasti akan berjaya menewaskan Bahrain malam Ahad ini. Bergeraklah dengan 3 perkara, Usaha, Doa, Tawakkal. Jangan lupa untuk bersyukur dengan kurnianya. Hehe. Hanya Allah tempat pergantungan kita sebagai hamba-Nya yang Maha Kuat (Allah S.W.T.)
AYUH!!! KITA ADALAH MALAYSIA BOLEH!!!! SEGALANYA BOLEH!!!
(dengan izin Allah S.W.T.)
AYUH! MENGAUM LAGI!
AUMM! =D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan