I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger

Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidul Adha


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha...dan selamat menjalankan ibadah kurban.
Tiba-tiba terasa teringin pulak nak pergi buat haji...huhu
Bukan apa, tadi tengok tv3, citer 'haji bakhil' tu. 

Alahai kedekut sungguh dia ni, tu lah niat nak pergi haji tak betul maka jadi la lagu tu.
Apa pun sebelum pergi haji ni baik kita bertaubat dulu, mintak ampun mintak maaf kat semua orang selesai semua hutang. Supaya ibadah kita nanti dapat dijalankan dengan baik, tenang dan mabruk.
Apa yang menarik minat saya, time-time dorang nak naik bas nak ke airport sebelum ke Makkah tu. Rasa macam best je. Huhu. 

Ditambah pulak kawan saya sorang tu dia dah pernah sampai Mekkah ni. Dia buat umrah tahun ni. Saya pun teringin la jugak nak ke sana, dengar katanya sampai sana rasa macam tak nak balik. 
Yelah kan, kat sana tanah Islam, tanah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W..
Kekasih Allah S.W.T. yang telah membawa sinar Islam kepada seluruh umatnya. Kekal hingga hari ini. Kat sana jugak adanya makam Beliau. Kalau sebelumnya duk dengar je kisah-kisah perjuangan beliau tengok dalam tv, lihat peninggal Beliau (ajaran Islam). Teringin jugak nak ada dekat dengan Beliau. Nak rasa sendiri, mesti sedih sangat-sangat. Nak sangat rasa semua tu.
Hm. 

Saya dah google gambar-gambar Kaabah. Jom kita tengok, mana tahu dapat auranya, tahun depan kita sampai sana pulak. InsyaAllah. =D

\
Subhanallah. 



Ya Allah, izinkan daku dan keluargaku untuk sampai ke sana untuk beribadah kepada-Mu.
Amin.


Inilah hajarul aswad. Batu hitam. Batu ni ada sejarahnya tersendiri. Haa...untuk pengetahuan sesiapa yang belum tahu, batu ini adalah daripada syurga. Seronok tak? Asal dulu ia berwarna putih. Namun, setelah sekian lama, ianya dicium oleh anak cucu Adam A.S., ia telah berubah menjadi hitam.

Hm, kenapa erk? Batu ni mampu menghapus dosa mereka.  Itulah dosa-dosa anak cucu Adam A.S.. Wallahualam. 

Sedikit daripada kisahnya lah.


Apa pun saya doakan semoga semua umat Islam di Makkah Al-Mukaramah berada dalam keadaan sihat untuk menunaikan ibadah haji dengan sempurna. InsyaAllah. Esok kita semua pakat pi solat then tengok lembu di korban ye... =)
Sekian saja, salam aidul adha.


p/s: Sebarang silap sila tegur ye. TQ.

2 ulasan:

nik lan nik mat berkata...

bila la agaknya giliran kita utk buat haji kn

cik grrr berkata...

InsyaAllah..suatu hari nanti..
sama2 la kita usahakan...

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com