Hari ini, tergerak kerajinan saya untuk menulis entry mengenai "Monkey Love" / "Cinta Monyet"...
Sebenarnya saya pun dah naik muak and malas nak berbahas masalah couple kalanga remaja, jemu dah. Tapi ada satu perkara paling penting saya nak share dengan semua kaum hawa beragama Islam.
Selitan :
Alhamdulillah, kita masih boleh merasa nikmat Islam, dan Iman. Kita ni bertuah lahir dalam keluarga Islam, kalau tak kita meraba-raba dan tercari-cari agama yang sebenar, Tuhan sebenar. Mungkin jugak, tidak akan dapat merasai dan mengenal Islam. Pernah tak korang fikir, betapa susah dan peritnya perjuang Rasulullah S.A.W. dan para sahabat berjuang demi Islam, supaya kita dapat merasa nikmatnya dan manisnya Islam. Tapi kita tak pernah berfikir, tak pernah nak ambil tahu, dah tak pernah bersyukur.Walaupun kita lahir dalam Islam, kadang-kadang amalan dan perbuatan kita jauh menyimpang daripada ajaran Islam, perbuatan kita tidak seperti ajaran Islam.
Bayangkan, sekiranya kita bertungkus lumus dan berpayah mengumpulkan sejumlah wang, demi membelikan kekasih kesayangan hati hadiah. Sehingga kita sanggup berdarah berluka, tapi apabila diberi kepada ur Mrs. Love dibuangnya hadiah tersebut, dibuat tidak endah, tidak dipandang dan tidak digunakan. Tidakkah sedih dan pilu hati korang? Mesti korang rasa nak sepak je kan awek tu? Jenis tak sedar diuntung! Bagaimana nikmat agama Islam yang diperjuangkan Rasulullah S.A.W. bersama para sahabat untuk kita? Amatilah...
Okay, fokus kepada isi utama, Monkey Love...
Wah wah wah! ~ asyiknya bercinta, seronoknya ada orang sayang, ada orang yang sokong kita kalau kita down or time kita lemah, bestnya boleh bercerita dengan dia, then pegang tangan dia, ada orang belai. Semuanya indah bersama.
Tapi. Sampai tak sedor diri jauh bebenor terlontar daripada landasan Islam. Dah lupa nama sendiri Fatimah, Khairiah, Muhammad, Ahmad...(nama ini hanya gimik/simbolik bagi orang Islam).
Tahukah kalian, "Tidak akan sempurna iman seseorang sekiranya dia mencintai selain Allah dan Rasulnya melebihi Allah dan Rasulnya".
Iman itu amat penting. Something paling penting disanyangi : Iman
Berapa ramai umat mengaku bahwa takut masuk neraka tapi tetap menaiki kenderaan ke neraka (melakukan dosa). Takut neraka, jauhi neraka.
"La takrobu zina" , jangan dekati zina, ada dinyatakan dalam kalam Allah. Couple adalah salah satu perkara yang membawa/mendekati kepada zina. Tahu tak? Bergegar Arasy Allah setiap kali berlakunya zina, betapa murkanya Allah terhadap penzina, para malaikat semua ketakutan. Tapi kita atas dunia, tak rasa apa-apa, relaxs je, buat tu buat ni, sape nak hukum? Sebab kita tak nampak kan? So, bolehlah buat sesuka hati?
Hukum sebat yang Allah tetapkan, pemimpin tak nak jalankan, katanya terlalu kejam, padahal Allah dah tetap hukum bersesuian dengan fitrah manusia. Percayalah sekiranya hukum sebat dijalankan, konpem tak berlaku lagi zina. Allah tahu apa keperluan makhluk ciptaannya. Jangan lupa kita makhlukNya. Hukum yang dijalankan bukan sahaja memberi pengajaran kepada orang lain, malah menghapuskan dosa penzina tersebut. Bukan saja-saja tahu. Maka, terhapuslah dosa mereka. Di akhirat, Insya Allah mereka selamat.
So, dorang ingat sekarang tak de orang tahu. Tapi dorang lupa, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pengampun. (Basmalah) Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Jangan lupa tu. Pintu taubat sentiasa terbuka sehinggalah nyawa sampai ke kerongkong. Maka tertutuplah pintu taubat.
Between perempuan dan lelaki, macam magnet, ada tarikan, sebab tu dorang tak boleh dekat-dekat. Mudah tertarik. Dekat-dekat sikit, tertarik. Jauh-jauh sikit, susahlah nak tertarik. Kalau dah melekat, bahaya menanti. Oleh itu, cuba elakkan.
Orang yang masuk neraka jahanam, ialah orang yang ada hati tapi tak mahu faham, ada mata tak mahu lihat, ada telinga tak mahu dengar. Bersetimbun lembaran-lembaran, editan, catatan, dan sebagainya yang menasihatkan kepada kita couple itu haram. But, still buat, oleh itu termasuk golongan manakah orang seperti itu? Kemanakah akhir mereka?
Allah pagarkan syurga dengan perkara-perkara yang meng'enak'kan atau menyeronokkan kita diatas dunia. Bergitu juga sebaliknya (neraka).
Allah menguji kita pada titik kelemahan kita, sekiranya kita lemah apabila dipuji dan di belai oleh lelaki, kita akan diuji sebegitu. Sekiranya kita jenis yang ujub(merasa dirinya hebat) maka kita kan sentiasa dilimpahi pujian. Oleh itu, berhati-hatilah dan sentiasa beringat. Ujian yang diberikan mengikut kemampuan seseorang.
Ini yang last saya nak bagitahu, paling penting.
Perempuan yang baik itu lebih baik dari segala dunia dan isinya.
Then, saya terfikir satu lirik dalam lagu P-Ramlee. Yea! memang tepat. Seperti dalam lagu P-Ramlee..
Madu Tiga
Senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Terasa dunia ini
Ana yang punya
Tak mustahilkan??! untuk menjadikan lirik lagu tersebut sebagai realiti? Sekiranya kita berusaha?
Betapa bertuahnya lelaki yang dapat isteri macam ni kan?
Tahu tak kalian wahai perempuan, orang lelaki hendakkan yang baik-baik, walau seburuk dan seteruk mana pun dorang. Hampir 100% tau.
Apapun, jodoh telah ditetapkan, jangan takut, jadilah yang terbaik anda mampu, Insya Allah anda akan tetap bertemu dengan orang sebaik anda. Belum terlambat. Jangan gopoh sebelum masanya, anda rugi. Buat apa bazirkan masa dan gadaikan dan kotorkan belaian manja untuk bukan yang halal? Sehingga tercicir hal-hal lain di dunia? betul tak?
Segalanya tak mustahil, anda masih berpeluang untuk memperbaiki diri, sekiranya awak lalu jalan yang salah, jalan takut untuk berundur, kerana awak tahu jalan itu adalah jalan yang salah. Sekiranya awak terus maju, buruk padahnya, sekiranya awak berundur, Insya Allah awak selamat. Walaupun tak sampai ke destinasi, awak adalah orang yang sedang berjihad. Begitu juga dalam hal-hal lain dalam kehidupan. (idea berundur jalan dikongsi oleh salah seorang eksekutif yang berjaya).
Adalah bodoh sekiranya anda tetap mengikuti jalan yang salah padahal sudah terang-teranga ianya jalan yang sesat, seperti awak takut untuk luka tetapi awak tetap menghiris diri sendiri.
Put away monkey love, take human love, With the scent of Islam
Titipan Cik Grrr: Isi-isi dipetik oleh Tuan Hj Abu Bakar, semua yang baik daripada Allah, yang buruk daripada saya sendiri, mana yang baik, ambil pengajaran, yang buruk ditinggalkan. Entry sebgai peringatan kepada kaum hawa diluar sana dan saya sendiri. Semoga masihat yang disampaikan berbuah dan bermakna untuk kita bersama. Sekiranya kita berjaya menghidupkan sebenar-benar Islam dalam kehidupan harian, tahulah kita betapa manisnya. Saya sendiri pun belum tercapai. Insya Allah, sama-samalah kita. Amin.
1 ulasan:
hahaha cinta monyet ni best apa...
Baru Lagi : Letih
Catat Ulasan