Seperti itulah yang berlaku di Jepun...
Beberapa bandar di Timur Laut Jepun mulai berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, air dan minyak selepas dilanda musibah berkembar itu.
1) Di bandar Yamagata, penduduk beratur panjang bagi mendapatkan bekalan asas.Keadaan sama turut melanda wilayah Iwate.
2) Pusat membeli belah serta kedai runcit kehabisan bekalan makanan.
3) Negara itu pada masa sama turut dilanda cuaca sejuk melampau.
4) Mangsa lebih terdesak bagi mendapatkan gas, keratin dan bekalan elektrik bagi menghidupkan pemanas.
5) Salji dijangka melanda dalam tempoh beberapa hari lagi.
So, macam manalah dorang agak nya kat sana kan?? Kita kat Malaysia patut bersyukur masih selamat.
Itu lah kejadian yang berlaku sekarang, tahukah kalian betapa famous nya berita ni?
Sekiranya anda nak tahu, sampai dalam game pun ada jugak pasal tsunami yang melanda Jepun, tengok lah betapa hebatnya kejadian ini.
Bukan nak memperlekeh or buat gurauan or what okay, baru tadi Grrr main game Cityville dalam facebook...
Tup tup keluar mesej ni:
Earthquake Relief Fund
Zynga's Cityville and Save the Children are donating 100% of the purchase price fromsweet potato sales to help the victims of Japanese earthquake. Plant sweet potatoes and donate today!
This mean: Hmm so kalau ada sesiapa yang tak tahu jugak pasal earthquake/tsunami di Jepun ni memang katak bawah tempurung berlayer-layer laaa....
...okay jom kita tengok gambar tsunami ni...
Kawasan pergunungan hijau semua da jadi camni. |
Kawasan padat rumah-rumah semua dah kosong. Hilang. |
Tambahan pulak terjadi letupan loji janakuasa nuklear Daiichi, Fukushima menyebabkan rakyat di Jepun mengalami radiasi.
Ada berita bahwa letupan ni akan memberi kesan kepada cuaca di Malaysia sekarang, sebenarnya, ancaman radiasi Tahap 4 ini mengikut Skala Kejadian Radiologi dan Nuklear Antarabangsa hanya meliputi kawasan loji itu sahaja. Faktor cuaca di Jepun menyebabkan kesan radiasi tidak tersebar secara meluas. Malaysia setakat ini juga tidak menunjukkan sebarang peningkatan tahap radiasi.
So, jangan risau sangat lah.
Jepun bagai jatuh ditimpa tangga, tak ke gitu??!
But, ramai yang yakin negara Jepun mampu bangkit semula dalam kadar yang pendek malah lebih baik dari sekarang.
Pengajaran: Kuasa Allah S.W.T. begitu hebat. Subhanallah.
Okkay tu jela peringatan tuk rakyat di negara Malaysiaku tercinta.
Takut tengok gambar-gambar ni. Siapa yang tak pernah mandi laut, haaa, beware laa. Tak la...kita sama-sama doa la, okay.
p/s: sumber daripada http://mediamalaya.com/gambar-satelit-sebelum-dan-selepas-tsunami-melanda-jepun/#more-10123 , http://kulanzsalleh.com/pasca-gempa-bumi-tsunami-jepun-2011/ , http://www.tv3.com.my/ and google image,
2 ulasan:
huk.. serius sedih bila tau sal tsunami ni.. sedih sebab dalam kitA duk heppi2 ni ada mereka kat sana hilang tempat tinggal hilang sedara mara... huk3
http://www.contengcorner.com/2011/03/wajah-baru-yes.html
Erm3...btol tu!
Catat Ulasan