I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger

Khamis, 31 Mac 2011

Was-was syaitan


Perlu disedari bahawa apabila sembahyang seseorang itu tidak diterima Allah, maka sembahyang yang dilakukan itu tidak akan berupaya menahan atau mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan. Kerana itulah terdapat orang yang melakukan sembahyang, tetapi di luar sembahyang ia tetap melakukan kemungkaran. Dalam sebuah hadis, riwayat daripada Abdullah bin Zaid, katanya: ``Pernah diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. tentang ada lelaki yang merasakan ada sesuatu keluar (daripada duburnya) ketika sedang sembahyang. Baginda menjawab agar ia tidak seharusnya keluar dari tempat sembahyang, sehinggalah ia mendengar bunyi, ataupun tercium baunya.'' Berdasarkan hadis ini ternyata bahawa apabila seseorang itu tidak yakin bahawa dirinya benar-benar terkentut atau tidak ketika sembahyang, dia jangan memberhentikan sembahyang. Kecuali ia telah pasti yang dirinya benar-benar terkentut iaitu dengan mendengar suara kentut ataupun tercium baunya. Khayalan seumpama ini boleh terjadi semata-mata kerana waswas syaitan, bukan benar-benar terkentut. Dalam Musnad dan Sunan Abu Daud, riwayat daripada Abu Said al-Rhudri dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Bahawasanya syaitan itu mendatangi salah seorang daripada kamu ketika sembahyang, lalu ia mengambil sehelai rambut dari duburnya lalu diusapnya, sehingga orang itu merasakan seolah-olah telah terkentut maka janganlah dia beredar sehinggalah ia mendengar bunyi atau tercium bau.
Untuk mengatasi masalah waswas syaitan ketika berwuduk, seseorang itu hendaklah membasuh anggota wuduk itu tiga kali sahaja, tidak lebih daripada itu, biarpun ia mengambil air wuduk di sungai yang sedang mengalir airnya. Sekiranya seseorang itu berasa waswas seperti yang dijelaskan dan ia tidak puas atau tidak yakin dengan wuduk yang dilakukan, lalu mengulanginya, maka rasa waswas itu akan terus berlaku, menyebabkan masalah waswas terus menebal. Orang yang mengalami masalah waswas ketika membaca al-Fatihah hendaklah menemui orang yang baik bacaannya lalu memperdengarkan bacaannya. Ia hendaklah membetulkan bacaannya dan diperdengarkan kepada orang tadi. Pastikan bacaannya benar. Apabila datang waswas dalam diri, ketika sembahyang merasakan al-Fatihah yang dibaca tidak betul, dia hendaklah meneruskan bacaannya. Jangan diulangi biarpun sekali kerana bacaannya telah disahkan benar oleh orang yang berautoriti. Jangan cuba membetulkan bacaan ketika sembahyang.
Untuk mengatasi pelbagai lintasan yang datang dalam ingatan ketika sembahyang, seseorang itu hendaklah memohon perlindungan Allah.
Rasulullah s.a.w. selepas membaca doa Iftitah, baginda memohon perlindungan Allah dengan membaca: A'udhu bi `Llahi mina `sy-syaitani `r-rajim min hamzihi, wa nafkhikhihi, wa nafathih (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada gangguannya dan keangkuhannya juga tipu dayanya). Kadang-kadang baginda menambah bacaan sebelumnya dengan membaca: A`udhu bi `L-lahi `s-sami`i `I-alim mina sy-syaitani (Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui daripada syaitan yang direjam.) Rasulullah s.a.w. menegah orang yang sembahyang mengangkat pandangannya ke atas. Jangan menoleh pandangan ke kanan ataupun ke kiri. Pandangan yang dilihat memudahkan datangnya khayalan ataupun ingatan yang boleh melalaikan sembahyang. Sesungguhnya, orang yang munafik itu ialah mereka yang apabila bangun mendirikan sembahyang, mereka berdiri dalam keadaan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia dan tidak mengingati Allah, kecuali sedikit.

Awak! / Akak! / Bro! / Mak Cik! / Pak Cik!






ShoutMix chat widget
Thank You Myspace Comments
MyNiceProfile.com